Tuesday, April 08, 2008

Kempen Anti Paklah Pulak?

Apa nak jadilah dengan bekas perdana menteri yang seorang ini. Selepas serangan balas Paklah kelmarin...Tun Mahathir nak buat kempen anti paklah pula? Aduh..betullah macam arwah mak aku pernah cakap, orang-orang yang dah lanjut usia...tahap pemikiran mereka macam kanak-kanak semula.

Tindakan berbalas-balas tembak menggunakan media kali ini merupakan yang paling seronok dilihat. Pembangkang terutamanya pasti merasa kelakar dan sangat bertuah serta WAJIB mengambil peluang dari keadaan ini. Manakan tidak, kini peribahasa gajah sama gajah bergaduh..tikus mati tersepit adalah kurang tepat dalam scenario politik negara. Gajah sama gajah bergaduh, tikus melihat dari jauh dengan keriangan.

Tun Mahathir kini sedang menjalankan kempen anti Paklah. Aisey, nanti Paklah akan buat sidang akhbar ‘anti Mahathir’ pula. Mungkin tak, kita akan saksikan siri bergaduh tarik-tarik rambut? Hahahahaha

Sediakan pop corn dan air pepsi anda. Kita bakal menyaksikan wayang yang lebih menarik dan hebat dari Transformers. Cuma yang ini version Decepticons melawan Deceptions. Tiada Optimus Prime dalam episod ini.

6 comments:

mudin001 said...

Malaslah nak campur urusan keluarga ameno tu... biaq pi lah depa. :)

sebol said...

Optimus Prime tidak berlakon dalam siri Transformer itu.

Mohd Azli Rimon said...

mungkin tu perang mulut antara Megatron dengan Star Scream kot.
Optimus Prime duk tgk sambil mulut ternganga.

Jie said...

Kempen " Tak Nak" tu releven lagi kot...walau tiang papan iklan dah tumbang...

suealeen said...

depa ni nak bergaduh ke nak berantak ke.. jangan nak libatkan rakyat malaysia ni.. cerita dalam kandang toksah nak pertontonkan kat orang.. macam dah tak de cerita lain.. buhsan buhsan

adam brown said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is