Friday, April 11, 2008

HINDRAF - Perkara Sebenar

Aku mendapat kiriman cd ini di dalam peti surat sewaktu balik kerja petang semalam. Masih belum pasang jadi tidak ada yang dapat aku ceritakan. Mungkin hari minggu ini akan aku menonton, apakah isi kandungannya. Siapa lagi yang menerima CD ini mungkin boleh cerita apa isi kandungannya kerana rasa seperti malas hendak memainkannya di tv aku.. ;)


Update 12:30malam : Balik kerja petang tadi, sempat menonton. VCD 10 minit itu rupanya merupakan lebih kepada serangan kepada Anwar Ibrahim. Ingatkan nak terangkan perjuangan HINDRAF. Pengeluar VCD (yang entah siapa itu), mempersoalkan kenapa Anwar Ibrahim menjadi ejen negara asing, menyokong tindakan perdana menteri India untuk masuk campur hal berkenaan HINDRAf. Dipaparkan juga Anwar Ibrahim berceramah bercerita tentang pengalaman dia ditemuramah oleh wartawan dan stesen tv sewaktu di India. Menyesal lah tengok. Tak ada info satu haram pun!

Posted by Picasa

1 comments:

Azli Rimon said...

Persoaalan : Adakah isu hindraf ini sebenarnya di rancang oleh anuar untuk menarik pengundi kaum india memangkah parti PKR pada election yg lepas?