Thursday, April 10, 2008

Highlights Minggu Ini

1. Drama di Genting Highlands.
2. Bas Terbalik Di Lebuhraya
3. Tembak Menembak Di KLIA

1. Drama di Genting Highlands
Mengisahkan seorang pemuda membuat cubaan membunuh diri dengan terjun dari Gondola. Memang drama. Dalam keratan akhbar hari ini, rupanya pemuda tersebut terbeban hutang selepas kalah berjudi di atas tanah sejuk itu. Moralnya, jangan berjudi. Anda mungkin kalah dan terbeban hutang seperti pemuda tersebut.



2. Bas Terbalik Di Lebuhraya

Berhampiran Plaza Tol Seremban. Seperti Dejavu. Pemandu bas berkenaan mempunyai 52 saman tetapi masih dibenarkan memandu! Adakah anda dejavu? Ya, sudah banyak kali kes berkenaan kemalangan bas dengan pemandu yang mempunyai jumlah saman yang besar berlaku.

Dulu sewaktu kejadian di Bukit Gantang maka beriya-iya sahaja JPJ mengadakan sekatan jalan raya, pemeriksaan ke atas pemandu bas...tetapi selepas setahun...semuanya kembali seperti biasa. Si pemandu yang entah apa-apa, bas yang entah apa-apa kembali berada di jalan raya.

JPJ, dari memburu kenderaan bercermin gelap yang tidak mendatangkan bahaya langsung kepada jalan raya, baik memburu pesalah jalanraya yang kelihatan begitu kebal ini. Aku ada satu saman sahaja pun sudah tidak senang duduk, tetapi yang ada saman sampai 50keping masih bebas menjadi pemandu pengangkutan awam.

3. Tembak Menembak Di KLIA
Macam dalam filem. Begitu kata seorang kawan yang kebetulan sedang berjalan masuk ke dalam tempat check in semasa kejadian. Mengigil lutut. Kata kawannya yang lain. Manakan tidak, tembakan (satu bunyi yang agak asing bagi warga negara Malaysia kerana satu-satunya bunyi tembakan yang berkumandang di TV adalah bunyi senapang cap gajah milik rancangan TV Gerak Khas) bertalu-talu kedengaran.

RM3.5juta lesap. Wow, sudah pasti si perampok ini sudah membuat perancangan dari awal. Harap-harap mereka tertangkap. Tetapi mungkin juga tidak. Lagikan kes kecurian chip bersama kontena besar di Pulau Pinang pun masih belum dapat diselesaikan sampai sekarang.

Posted by Picasa

3 comments:

hashim habeed said...

SINONIM DENGAN AZAM BEDOLAH

AMAN SELAMAT MAKMUR................

Jie said...

wahhh...menarik sinopsis drama minggu ini...

Mohd Azli Rimon said...

citer bas terbalik ni mmg aku dah tau kesudahannya...memula jer sumer orang bising..itu lah ..inilah..buat tu buat nih..last2 sumer tu habuk pun tader...bas masih jadi raja...sukati jer bawak lelaju. inilah mentaliti orang2 malaysia atau lebih tepat lagi dikatakan pihak berkuasa malaysia.
Media cetak tempatan pun sama jugak..memperbesar2kan cerita hanya untuk melariskan product diorang.
Sapa ndak bet ndan aku kalo diorang akan membuat tindakan atau usul yg akan memberikan kesan atas kejadian ini tidak berulang lagi? kalo kalah bet kita terjun dari gondola genting highland.

Perampok itu mmg berani, dekad dan bijak membuat planning. Tp jgn ingat diorang akan terlepas dari peluru atau bom UTK.