Sunday, April 20, 2008

Cubaan Sabotaj Filem Congkak

Ya, aku ingin membuat cubaan ini. Diharapkan ada yang terpengaruh lantas tidak menontonnya di pawagam. Sepatutnya sebaik aku menontonnya, aku segera membuat ulasan agar tidak ramai yang keluar panggung sambil rasa ruginya RM10.00 dan masa yang digunakan untuk berada di dalam wayang untuk cerita itu.. Lebih baik duit RM10.00 itu digunakan untuk membeli CD haram. Dah dapat dua filem!

Aku suka lakonan Ruminah Sidek. Terutama part menangis dan bertenggek kat tepi tingkap tu.. Ho..seram wo!

Filem Congkak dibikin dengan penuh rakus dan bermotivasikan keuntungan semata-mata. Gelojoh...tidak ada kajian mendalam dilakukan, jimat belanja, skrip yang tidak konsisten dan diluar kelogikan akal orang Malaysia. Kita sinopsiskan dulu jalan ceritanya supaya yang tidak tahu..akan mengetahui ceritanya mengenai apa.

Satu keluarga telah pergi bercuti ke sebuah rumah yang dibeli oleh si suami setahun yang lalu di satu perkampungan yang mereka tidak pernah pergi sebelum ini. Sebaik masuk ke rumah, si isteri mula mendengar bunyi seperti orang bermain congkak di satu bilik yang berkunci. Seterusnya, pada malam tersebut...si anak yang bongsu (mereka ada dua anak) melihat satu bayangan orang tua sebaik lampu dipadamkan.

Kakak sulung dirasuk akibat bermain dikawasan jin. Si ibu di rasuk sewaktu membuka pintu tempat bermulanya bunyi congkak. Si adik dibawa oleh nenek tua entah ke mana. Dengan kehebatan orang tua dikampung itu...semuanya kembali normal. Dan akhirnya..sewaktu dalam perjalanan pulang ke mana pun aku tidak tahu...si suami menerima panggilan dari broker jualan rumahnya (Saiful) yang bertanya kemana dia pergi? Kerana mereka sekeluarga tidak sampai-sampai ke rumah yang sepatutnya mereka pergi. Sekali mereka salah rumah daa

Ok, itu dia sinopsis dua perenggan aku yang filemnya dijangka mendapat pungutan RM10juta oleh penerbitnya. Kalau Jangan Pandang Belakang menjadi titik ukur, Congkak adalah versi cubaan menakutkan penonton secara berlebihan. Pengarah mungkin mengharapkan penonton menjerit sepanjang 1jam 30minit.

Cubaan sabotaj ini merangkumi:
1. Jalan cerita yang terlalu pendek. Boleh dikatakan...tidak ada jalan cerita langsung.

2. Si suami membeli rumah untuk mereka pergi bercuti tanpa melihat rumah itu terlebih dahulu. Siapakah di Malaysia ini yang mempunyai kemungkinan membeli rumah hanya dengan mendengar khabar dari sang broker tanah?

3. Pelakon yang hanya sepuluh orang. Akibat hendak menjimatkan budget, Ahmad Idham selaku pengarah turut muncul berniaga di kedai runcit.

4. Sewaktu anak sulung mereka di rasuk...bagaimana mereka mencari tok bomoh? tahu -tahu sahaja sudah sampai di pondok bomoh. Bukankah mereka pergi bercuti ke situ? Takkan satu malam bercuti sudah tahu kemana hendak dituju Dan mana orang kampung yang lain?

5. Ceritanya sepatutnya mengenai congkak dan penjaga congkak (as of voice over sewaktu permulaan cerita, kononnya permainan congkak berasal dari kerajaan langit (yang mungkin dibawa turun oleh Ayah Pin) dan entah bagaimana terjatuh ke bumi). Penceritaan dan dialog si voice over pun bagai tiada bunga. Tidak mencantikkan penceritaan. Oh ya...sepatutnya cerita mengenai hantu congkak...tetapi entah bagaimana hantu penunggu bas stop boleh muncul, jin entah dari mana merasuk anak sulung mereka akibat bermain dikawasan mereka dan lain-lain lagi.

6. Rumah yang dikatakan sudah 20tahun tidak ada penghuni..tidak ada penjaga..lengkap dengan kipas syiling yang cantik. set televisyen..peti ais yang berisi seolah mereka sudah lama tinggal disitu...bilik mandi yang sungguh cantik seolah di hotel dan sebagaimana. Oh..sungguh "logik". sekali.

7. Cara pengubatan orang yang dirasuk sepertinya pendekar berbalas serangan. Tidak ada unsur-unsur biasa dilihat.Tunjukkan pada aku....sesiapa di Malaysia ini yang mengubati pesakit kena rasuk atau diganggu hantu syaitan dengan menulis perkataan Alif Lam Lam Ha di awan-awangan dan seterusnya menolak perkataan tersebut ke arah hantu? Sikit lagi nak jadi cerita lawak..kalau-kalau hantu itu mengelak dan berkata dengan nada mengejek 'tak kena tak kena'.

8. Solekan hantu amat cacat sekali. Sampai dileher sahaja...sewaktu terapung..siap boleh nampak paras leher ke bawah yang tidak bersolek.

9. Apa kena mengena hantu congkak dengan tapak rumah itu? Di ceritakan tapak rumah itu merupakan kawasan pemujaan. Sebab itu banyak hantu dan syaitan. Jadi ini bukan cerita hantu congkak, ini merupakan cerita hantu tapak rumah!

10. Terlalu banyak cubaan menakutkan penonton sehingga bosan. Pantang ada ruang, terus diselitkan bunyi hantu. Malah semasa tok bomoh sedang mencampakkan garam ke dalam satu bekas pun ada bunyi hantu. Adeh...hantu pun naik penat mengilai.

11. Kakak yang kena rasuk tu..dia main kat mana sampai kena rasuk? Lepas tu meraung-raung semasa hendak diubati...nak pulang nak pulang. Sepatutnya hantu itu tergelak dan marah-marah budak itu menceroboh kawasannya (Sekadar pendapat)

12. Dialog ya dialog yang tidak konsisten. Si isteri, sekejab membahasakan dirinya Su..sekejab I, sekejab panggil suaminya abang..sekejab you. Si suami pun sama..sekejab Su..sekejab Yang. Adeh. pelakon tambahan pun sama. Entah apa-apa dialognya

13. M Rajoli apabila semua orang tahu suaranya bagaimana, menggunakan suara orang lain...jadinya sangat tidak feel. Malah satu babak...sang suara orang lain tidak dapat mengikuti apa yang dibaca oleh M Rajoli sehingga memaksa ia di senyapkan. Mungkin semasa dubbing M Rajoli sudah sakit kot? Tapi mungkin boleh guna suara orang yang bukan jadi bomoh dalam Jangan Pandang Belakang la. Terasa macam tengok spin off Jangan Pandang Belakang pula.

14. Tak habis-habis dengan kubur. sewaktu disimpang jalan jumpa kubur. Sewaktu di tepi hutan jumpa kubur. Tepi rumah pun ada kubur. Yang menarik..semuanya kubur yang sama. Tak ada budget beli batu nisan lain fesyen ke sikit?

15. Sebelum sampai ke kampung tersebut...berpuluh kilometer sebelum sewaktu masih dalam perjalanan...si isteri sudah bermimpi mengenai hantu opah tua itu. Sewaktu malam pertama di rumah tersebut juga si isteri bermimpi hantu congkak. Kenapa masih nak selitkan adegan mimpi dalam cerita hantu. Bukankah semua sudah sedia maklum mimpi dalam cerita hantu adalah sangat buruk dan taktik kotor.

16. Oh terakhir, SALAH RUMAH???? SALAH RUMAH??? WHAT THE HECK? Bagaimana mereka boleh masuk menggunakan kunci rumah lain pula???

Itu sahaja. Terima kasih kepada makcik dalam panggung yang asyik melatah dengan kuat setiap kali adegan terkejut kerana turut membuatkan seluruh panggung terhibur dengan aksinya. :)

7 comments:

zuhairy.mustafa said...

kekeke.. sib baik aku x nengok!

Anonymous said...

Tak baik kutuk filem kita. Tapi bagi saya walaupun begitu banyak ketidaklogikan, ia tetap sebuah percubaan yang baik bagi industri filem kita. Yang penting kita support walaupun tak besh! btul tak?

ezza erisa said...

menurut pengarahnya..kalau nak kutuk atau puji kena tengok dulu
jadi tidak timbul soal adil

saya dah tgk...jadi adil untuk saya menyuarakan pendapat :)

percubaan itu boleh diberi thumbs up...dek kerana supportlah pagi hari lagi sudah pergi beli tix...:)

Pena Dunia said...

weh mokcik...
nok komen pon..studi la dulu...
ruminah sidek..buke tuminah sidek...
sekian...

p/s:jgn maroh weh...

hashim habeed said...

filem melayu kurang experiment lagi

ezza erisa said...

sorry kayu ria aka pena dunia (tukar nama siot)..,

typo... T letaknya di sebelah R.

sudah diubah... ;)

hashim,
mereka masih terpaksa dalam zon selesa dek kekangan Lembaga Penapisan Filem Negara. takut apabila berbuat lebih-lebih..tidak diluluskan seperti filem Dukun pula. Nanti tak balik modal..hehehe

Jis said...

ahmad idham dh bekap diri sendiri dlm paper(kurang ingat yg mana).

dikatanya kena off suara m rajoli atau pen-dubber kerana arahan Lembapa Penapis. takut kurafat & sebagainya. entahlah. belum tonton. kalo free di tv raya tahun ini, mungkin tgk lah.