Monday, April 07, 2008

BN Kalah Kerana Sabotaj?

Begitulah ucapan Paklah di dalam berita jam lapan malam tadi. Katanya ada beberapa tempat yang dijangka menang tetapi kalah dek kerana sabotaj oleh ahli sendiri. Pulak??? Dalam masa dua-tiga hari....Paklah buat kenyataan berbeza. Aduhai....rasa nak terguling akibat lawak sakan sahaja. Tak sangka Paklah ini memang kelakar orangnya. Tahun depan cuba pergi ujibakat Raja Lawak mana tahu boleh menang dan berada di tahap yang sama seperti Nabil.

Di Sarawak, Paklah kata...beliau bertanggungjawab dengan kekalahan BN. Hari ini pula katanya di sabotaj. Pening kepada cik kiah tau. Mana satu sebenarnya ni Paklah? Kotya pun cuma baca teks ucapan yang ditulis oleh orang lain, boleh tak baca dulu sekali imbas sebelum baca di hadapan wartawan????

Dengan kenyataan sabotaj ini, sebenarnya Paklah cuba menafikan kekuatan kebangkitan parti lawan. Dalam erti kata lain...'alah..pembangkang menang bukan sebab ramai penyokong, tetapi sebab orang kita sendiri yang sabotaj' .

Kronologi Paklah dan pernyataan suratkhabarnya:
1. Minggu pertama selepas pilihanraya, beliau berkata sudah dapat dan faham mesej dari rakyat

2. Minggu ke dua selepas pilihanraya, beliau mengadakan temuramah dengan Bernama TV yang disiarkan oleh TV1, TV2, TV3, TV7, 8TV, TV9. Dalam temubual tersebut beliau menjelaskan yang beliau tidak akan sesekali meletak jawatan.

3. Minggu ke tiga selepas pilihanraya, beliau menyatakan yang beliau bertanggungjawab sepenuhnya di atas prestasi buruk BN

4. Minggu ke empat selepas pilihanraya, beliau kata orang BN sabotaj???

5. Minggu ke lima, apa pula? Sama-sama kita bet.

6. Minggu ke seratus??

7. Minggu terakhir sebelum pilihanraya umum ke tiga belas??

Dari terus menunding salah kepada sesiapa, baik Paklah mula bekerja. Membuktikan dan mengotakan janji-janji manisnya itu.

PS: Dalam buletin 1.30 hari ini, ada pasal sekurang-kurangnya 70,000 anak semaian pokok cili di Perlis terbiar dalam semak samun. Projek semaian itu dimulakan sebaik sahaja Paklah mengumumkan koridor utara. Anak-anak pokok itu terbiar kerana pihak bertanggungjawab masih belum dapat mengenalpasti pengusaha dan mereka yang layak untuk diagih-agihkan. Disitu sudah berapa ratus ribu terbuang? Apa ke bangang tanam anak semaian pokok cili SEBELUM mengenalpasti bakal pengusaha??? Apakah pokok cili itu memerlukan lima tahun untuk hidup sebab itu semaian harus dimulakan segera tetapi pengusaha tidak perlu dikenal pasti dengan segera???? Huh.

2 comments:

suealeen said...

aku tengok kerja tak buat2 lagi.. tapi yang 'banyak' hanya cakap2.. kalo dok banyak cakap lagi banyak menipu.. alamat kena tsunami lagi... bukan takat sufiah kena tolong ni, PL pun sama... doa2 la dia dapat hidayah..

Mohd Azli Rimon said...

banyak faktor kekalahan BN.
Mmg betul BN kena sabotaj.
Tp pak lah kena la fikir kenapa orang BN sendiri ndak sabotaj.
Dah tentu ada yg depa tak suka dgn pak lah. At the end kekalahan BN adalah salah pak lah sendiri.
Itu pun tak leh pikir ker pak lah..apa raaa.