Thursday, April 10, 2008

Blogging Dari Hati?

Saya gembira Datuk Menteri Penerangan sedar dan tahu yang blog bukan semata-mata agenda pembangkang. Blog merupakan satu newsletter oleh orang-orang biasa untuk berkongsi pandangan dan pendapat peribadi juga. Ya bloggers menulis dari hati dan feeling. Sebab itulah cybertroopers BN tidak dapat menandingi mereka.

Tapi rasanya payah hendak mencari bloggers yang menyokong BN seratus peratus, menulis dengan penuh jiwa raga. Ini diakui oleh seorang kawan yang merupakan penyokong BN berkata... payah nak tulis untuk sangkal kerana hujah bloggers-bloggers kiri ini begitu kuat dan make sense.

Lagipun, buat apalah hendak BN ceburi bidang blog beruk ini sedangkan BN sudah menguasai seluruh media lain. Orang membaca blog kerana jemu dengan media semasa, kalau blog juga dikuasai BN...maka adeh....tak dapat nak dibayangkan keadaannya.

Kalau Datuk Menteri Penerangan begitu menyebelahi bloggers pun menakutkan juga. Takut ada batu disebalik udang. :)



Posted by Picasa

2 comments:

Jie said...

dulu depa kata blogger tu surirumah nak lepas stress, gadis kecewa cinta... he he he

wat ape nk takut, kan...mcm blog kakjie yg kisah anakpinak, periuk belanga je..:p

tapikan..sejak isu blogger ni top, rasa bangga la juga kan sbb kita ni blogger..org pandang pun ade kelasss je..tak buta IT:p

ezza erisa said...

oh..skrg ada juga spesis ahli politik yang sudah jatuh tangga jadi blogger...kekekeke

kakjie, berblog periuk belanga kalu menteri penerangan kutuk gak..kita sama-sama baling periuk belanga itu kepada dia..kekek

tu la..skrg ni..tak habis-habis isu blogger...kalah isu keretapi sabah tergelincir ke dalam sungai.