Tuesday, April 15, 2008

Black 14 dan Pesta Pembohongan

Sewaktu menonton berita di NTV7 sebentar tadi, rasanya mahu sahaja aku lempar plastik pisang goreng yang aku beli dalam perjalanan balik. Ada pelbagai cerita dongeng yang disampaikan dalam berita itu berkenaan dengan Black 14 sehingga rasa nak muntah warna pelangi. (Bukan setakat muntah hijau!)

Auta paling utama berita (Pesta Pembohongan)
1. Makan malam bertukar menjadi perhimpunan haram
2. Majlis makan malam itu bertujuan untuk meraikan 10tahun perjuangan PKR.

Black 14 bukan acara makan malam. Siapa yang ubah fakta-fakta ini? Ia merupakan satu acara mengira turun menjelang tarikh 15 April semperna tarikh Anwar Ibrahim boleh bebas bergiat dalam politik semula. Umum sudah tahu ini adalah perhimpunan untuk Anwar Ibrahim. Apa yang bodoh sangat penulis skrip berita untuk mengatakan ia makan malam yang bertukar jadi perhimpunan haram??

Black 14 bukan acara makan malam untuk meraikan 10tahun perjuangan PKR. Bukan bukan dan bukan. Semua orang tahun apa sebenarnya Black 14 (kecuali NTV7). Apa kaitan 10tahun perjuangan PKR dengan Black 14??? Dush dush dush...rasa nak sepak sahaja televisyen aku. Tapi idaklah sanggup aku menerajangnya.

Perhimpunan Black 14 diarahkan bersurai oleh polis selepas 1jam berhimpun. Ok, ini aku tidak kisah sangat. At least mereka beri sedikit masa sebelum nak tembak-tembak orang dengan gas pemedih mata.


Tetapi hari ini aku tidak puas hati. Sangat-sangat dan sangat.


Kenapa, Wan Azizah, Khalid Musa dan Azmin Ali dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan? Majlis itu majlis tertutup. Tidak ada sebarang kekecohan, tidak ada sebarang kecederaan, hanya FRU sahaja yang ramai. Bertrak-trak. Jalan dua lorong di Kampung Baru sampai sesak teruk sebab penuh dengan trak FRU. Semasa ahli UMNO berhimpun di hadapan KOMTAR Penang dan di Shah Alam, apakah sehari selepasnya pemimpin utama mereka dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan dan diberi tempoh 24 jam???? Tidak langsung! Malah digambarkan sebagai terhormat, diberi penghormatan keluar dalam berita waktu perdana serta dipuji sebagai perhimpunan aman (bukan haram walaupun tak ada permit juga!).Inikah yang diwar-warkan sebagai adil dan saksama? Blah. Muntah warna pelangi berterusan.

PS: Aku tidak akan menonton berita TV3 hari ini kerana rasanya mesti tambah sakit hati tengok pembohongan melampau mereka. Siakap sinohong, gelama ikan duri...Baca berita bohong...lama-lama mencuri. Hahaha

7 comments:

Anonymous said...

betul tu sya sokong 100%,kok ye pun nak berperang biarlah adil klu berlawan tangan kosong biar sesama kosong,tak lah bacul namanya,betul tak?

rastom said...

Kesihatan kita amat berharga. Jaga kesihatan, jangan lagi tonton TV3 atau mana mana TV sekalipun. Saya dah lama melugai (cakap Kedah untuk meloya) dengan TV tv tiga suku ni semua.
elromantisi

ezza erisa said...

Bila tengok berita berkaitan politik di TV sahaja mulalah darah menyirap-nyirap tinggi lebih dari klcc...kekekek...

ps: luga juga digunakan di kelantan dan besut untuk ganti word loya..

Anonymous said...

dah lama tak tengok berita..lagi baik tengok discovery channel...lagi banyak fakta betul ~venomie~

Azli Rimon said...

samo jo tuh...tv pembohong..PKR pun pembohong...dua kali lima jer...

Arin said...

ye ar..waktu org ameno bertepik depan KOMTAR tuh hari..lagik haru biru ..nih tade pe kecoh pon..nak gak panggil pemimpin PKR..aduihhhhh

hashim habeed said...

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Cakap Bohong
Lama Lama jadi Menteri