Friday, April 18, 2008

Banjir! Banjir! Banjir! Kuala Lumpur Banjir Lagi!



DBKL tidur ke? DBKL pengsan ke? Eh tak juga. Hari-hari nampak ada sahaja kakitangan dia duk menulis saman (untuk menambahkan pendapatan DBKL apatah lagi sekarang samannya sudah jadi RM100.00) kereta-kereta yang letak kereta di garisan kuning atau tiada garisan kuning. Sudahlah tidak sediakan tempat letak kereta....apa hak nak menyaman kalau tiada tempat letak kereta disediakan??

DBKL itu apa? Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Apa tugas DBKL? Menjaga kebersihan, memperindahkan, membersihkan sampah sarap Kuala Lumpur dan sebagainya. Saman letak kereta RM100.00 termasuk dalam senarai utama atau yang keberapa???

Saman beribu-ribu ringgit sehari (mengambil kira RM100 per kereta, takkan hanya ada 9 kereta sehari di saman di seluruh Kuala Lumpur kan?), apa tidak mampu menyediakan jalanraya tanpa gangguan banjir ke?

Terowong Smart yang berjuta ringgit pun takkan mampu mencegah banjir kalau lubang-lubang longkang tersumbat tidak dapat menyalirkan air ke Sungai Klang. Hujan di Kuala Lumpur bukan hanya berlaku sekali dua. Untuk pengetahuan DBKL (yang mungkin lahir di negara Eropah), Malaysia adalah negara tropika. Adalah menjadi kebiasaan negara tropika dilanda hujan selebat-lebat alam.

Pada hari Rabu dan semalam hujan turun dengan lebatnya mengakibatkan banjir kilat guruh sportlight di Jalan Travers (kesesakan turut membabitkan jalan bangsar tentunya!). Menurut Malay Mail edisi Khamis, orang hubungan DBKL apabila dihubungi tidak mempunyai alasan kukuh selain menyalahkan hujan yang turun dengan lebat. Takkan selepas 50tahun merdeka, masih nak jawab ‘what to do..heavy rain lor’.

Cuba kereta dia yang berada di jalan raya semasa itu. Boleh ke dia salahkan mother nature? Selepas salahkan mother nature..mereka salahkan longkang sempit tersumbat dek kotoran yang dibawa air. Hello....siapa buat longkang sempit?

Gambar diambil dari The Star dan Malay Mail






Posted by Picasa

3 comments:

sebol said...

Jangan salahkan terowong smart

Terowong smart fungsinya hanya alirkan limpahan air sungai kelang ke takungan air.

Akan tetapi kalau air di Jalan Raya gagal sampai ke sungai, macam mana air itu nak dialirkan keluar melalui terowong smart.

so ini salah DBKL.

ezza erisa said...

sebab tu aku tulis camni

Terowong Smart yang berjuta ringgit pun takkan mampu mencegah banjir kalau lubang-lubang longkang tersumbat tidak dapat menyalirkan air ke Sungai Klang.

hohohoh

Arin said...

dlm banyak2 keta tuh, gambo kia caren tuh cam familiar je..anyway.asalkan uan lebat sket..bab air naik sudah pasti ader..dah tuh..depa tak reti2 ke nak dalam kan longkang, bersihkan longkang..adussss...