Wednesday, April 16, 2008

Awak Sorang Je Ada Hon?

Alkisah di sebuah tempat, bernama Bangsar berhampiran NST ketika aku hendak masuk tempat letak kereta sambil memberi signal ke kanan tip tap tip tap bunyinya. Kereta belakang tiba-tiba hendak memotong di sebelah kanan aku, walaupun aku dah bagi signal yang masih duk berbunyi tip tap tip tap itu.

Kemudian disebabkan aku sudah bagi signal ke kanan, dan aku tak jangka ada pemandu yang bila kita beri signal kanan, dia lagi hendak potong belah kanan.. aku membawa kereta aku masuk ke tempat letak kereta. Tiba tiba aku dengar bunyi hon kuat semasa aku tengah membelok masuk parking. Terkejut separa monkey aku seketika.

Aku buka tingkap..jeling lebih kurang..dia macam marah-marah aku sebab aku belok sewaktu dia hendak memotong. Ingat dia sorang ada hon ya? Aku jawab secara tak puas hati, dah bagi signal...apsal duk nak potong lagi. Dia marah aku ‘kenapa aku macam nak belok ke kiri sedangkan aku bagi signal kanan’ Huh. aku kata...try la masuk parking camni tanpa perlu ke kiri sedikit. Orang bagi signal kanan..maksudnya nak pergi ke kananlah.

Agaknya orang tersebut rasa aku tak kenal signal kiri kanan? Dia malas nak bertengkar agaknya dan malu orang tengok satu hal... Akhirnya dia angkat tangan dan berlalu pergi. Of course aku berani tinggikan suara sebab aku benar. Lagipun dia pun dah tinggikan suara. Lain kali aku nak tengok..berjaya ke dia masuk parking seperti dibawah ini, tanpa perlu membelok ke kiri terlebih dahulu untuk masuk ke kanan. Hahahaha


Posted by Picasa

3 comments:

Dr Azwan said...

Salam,

oh oh... saya pun slalu terkena masa nak parking depan klinik. Bila parking ke kiri dan bagi signal ke kiri kita pun ambil lajak ke kanan sikit. Dia kat blakang sibuk pulak nak potong kita belah kanan yang sempit tuh. Adalah kat 5 kali dah kena hon... buat bodo jer.

Ada sekali tuh nak masuk kiri dan bagi signal kiri. Bila lajak ke kanan sikit, dia overtake belah kiri. Hampir nak berlanggar. Kita pulak kena sumpah..

Diorang nih tak boleh lah kita bagi signal nak belok, mesti nak tekan minyak, nak potong. Padahal sebelum kita bagi signal tuh drive bukan main pelahan...

Kesimpulannya, bila kita bagi signal, orang jadi salah faham sebab kita bergerak ke arah yang berbeza dengan signal yang kita bagi.

Lain kali jangan bagi signal.. buat derk jer.. hoho..

ezza erisa said...

Ada orang...jenis tak boleh sabar 5saat. Orang bagi signal sahaja..dan dan itulah ketikanya nak selit juga.

Lain kali jangan bagi signal.. buat derk jer.. hoho..
wahaha kejam idea ni...nanti ada pula yang datang pecahkan lampu signal dan berkata 'kalau ada pun bukan guna...baik dirosakkan sahaja'...kekek

Anonymous said...

kat malaysia sekarang ni dah ramai yang gila kat jalanraya..samseng pun dah ramai..hati-hati erisa..~venomie~