Thursday, April 10, 2008

Alahai Telekom

Kronologi cerita tak puas hati aku kepada Telekum yang telah bertukar nama konon merintis kemungkinan tetapi kemungkinan kemana pun aku tidak tahu.

3 April – Menelefon 100 untuk bertanya prosedur pemindahan talian kediaman. Di beritahu perlu isi borang (yang aku sudah ambil siap-siap semasa kunjungan ke TM Point beberapa ketika lepas) dan perlu di hantar semula ke Telekom melalui samada berkunjung ke TM Point atau melalui Fax ke no 1 800 88 9393. Untuk memudahkan kerja, aku fax sahaja.

Menjelang petang, aku buat panggilan ke 100 lagi untuk bertanya samada borang permohonan yang aku fax, sudah masuk ke dalam sistem atau belum. Di jawab sudah. Dan diberitahu proses pemasangan akan dilakukan dalam masa 3 hari. Aku minta penjelasan langsung berkenaan jumlah bayaran dan sebagainya. Wah cepat!

4 April – menunggu kot kot ada panggilan dari Telekom. Zero. Aku menelefon ke 100 meminta sekiranya boleh dihantarkan borang permohonan streamyx ke no fax pejabat aku disebabkan adalah amat tidak efisyen untuk ke TM Point semata-mata untuk mengambil borang.

Kenapa aku perlu menelefon 100? Kerana aku telah meronda selama 30minit di website TM yang penuh mengelirukan mencari borang permohonan streamyx yang beberapa ketika dahulu boleh dipindah turun dari websitenya. Tetapi sekarang borang itu sudah dibuang, diganti dengan permohonan dalam talian. Ya, bolehlah kalau nak buat permohonan individu. Dalam kes aku, talian telefon adalah milik syarikat, permohonan streamyx di atas nama invidivu. Jadi pilihan permohonan dalam talian tidak boleh digunakan.

100 memberitahu aku mereka tidak ada borang itu untuk di faxkan (oh stupido), meminta aku memfaxkan permohonan aku ke mana-mana TM Point. Aku memfaxkan permohohan aku ke TM Point Menara. Selepas 10 minit, aku menerima panggilan dari TM Point bertanya itu dan ini. Semuanya telah aku berikan. Fiza (si pemanggil) berjanji akan memfaxkan borang itu.

Ok, aku menunggu sehingga waktu petang. Tiada

5 April – 6 April – cuti hujung minggu

7 April – Aku memfaxkan surat aku kepada TM Point sekali lagi. Sudahlah tidak ada di website, minta faxkan pun lembab. Aku juga menghubungi 100 sekali lagi untuk bertanya mengenai status permohonan permindahan telefon aku.

Penjawab berkara, oh...semua tiada masalah nanti saya akan sendkan kepada bahagian pemprosesan. Aku bertanya, bila boleh pasang, jawabnya nanti kita akan telefon bagitahu. Sepatutnya tak ada apa-apa masalah ni.

8 April – disebabkan tidak mendapat apa-apa panggilan dari Telekom dah sudah lebih 3 hari daripada apa yang dijanjikan, aku telefon Telekom kembali. No 100 lagi pada jam 8:36pagi.

Pesanan robot itu sungguh kelakar, waktu perkhidmatan kami dari jam 8:30pagi sehingga 9:30 malam. Sila telefon dalam jangka masa tersebut. Lebih kurang macam itulah bunyi pesanannya. Apa 8.30pagi? Sekarang 8.36pagi lah. Kenapa masih memutarkan itu? Tiada option untuk bercakap dengan manusia pula tuh.

Pukul 9.00 lebih, aku kembali menelefon no 100. Barulah boleh bercakap dengan orang, bukan lagi robot perempuan mesin itu. Dia juga berkata, ooo ok.nanti kita hantar dekat bahagian proses. Semalam cakap akan hantar juga. Hari ini hantar juga. Adus...sabar tinggi lagi nih.. 

Petangnya setelah tidak mendapat sebarang respon, aku ke TM Point Menara. Selain mendapatkan borang streamyx, aku membuat pertanyaan di kaunter. Ya, jadinya setelah berjumpa orang di kaunter, aku dijanjikan 9/4 kontraktor akan datang memasang telefon.

9 April – selepas pukul 3, (waktu yang dijanjikan sewaktu aku ke TM Point Menara semalam ialah pukul 2 petang), aku menelefon 100. Bertanya, apa sudah jadi, sedangkan kontraktor sepatutnya datang pukul 2. Orang yang menjawab telefon itu, berkata ya sepatutnya tetapi tiada nombor telefon kontraktor pun di dalam sistem. Eh mana aku tahu.

10 April – Sudah tidak sabar. Aku telefon 100. Katanya bukankah sepatutnya sudah pasang semalam? Aku cakap, kalau sudah, tidak perlu saya membuat panggilan setiap hari dari Khamis sehingga menjelang khamis semula.

Oh, saya akan segera maklumkan kepada pihak pemasangan untuk pasang. Aku bertanya, how soon is soon? Oh, dalam minggu ini. Aku yang sudah agak nipis sabar ini, meminta nombor telefon / email supervisor atau pihak atasan Telekom. Siap gunakan ayat ‘Saya sudah dengar perkataan segera dari hari Isnin dan saya tidak mahu mendengarnya lagi. Saya rasa seperti saya diperkotak katekkan, setiap kali saya telefon, saya dimaklumkan yang ia akan dihantar ke bahagian prosesan, apakah pihak telekom memerlukan 10 hari untuk menekan butang enter / save document?’ Ha ambil ko!

Dia menyuruh aku menunggu seketika di talian dan kemudian berkata, dia akan telefon aku sekejab nanti untuk memberitahu bila pemasangan di buat. Aku katakan dengan lembut, terima kasih kerana menolong.

Dalam masa tidak sampai setengah jam, aku menerima panggilan dari dia, yang memaklumkan nombor kontraktor dan telefon akan di pasang pada hari ini juga. Menjelang 15 minit selepas itu, aku menerima panggilan dari kontraktor yang mengatakan dia sudah sampai di rumah itu. Aku meminta 10 minit untuk beredar dari pejabat.

Laju pula apabila pelanggan sudah hilang sabar. Mementang suara aku merdu, lemah lembut tetapi tidaklah bermakna aku tidak boleh menjadi sakastic. Nota kaki: jika anda sudah tidak sabar melayan kerenah orang di 100 Telekom, ugut sahaja ingin menulis surat rasmi kepada pihak pengurusan. Mungkin akan ada peluang yang tindakan akan dipercepatkan.

Kronologi di atas adalah 100 benar.

5 comments:

Anonymous said...

Saudari Eizza,

Bukan anda sahaja yang menhadapi masalah dengan Telekom, ramai lagi.
Kisah saya pula, untuk memohon talian pejabat, masa yang dijanjikan untuk kontraktor datang pasang line 2-3 hari, dalam masa yang sama mereka beri nombor telefon TM Point (PJ State) jika ada apa2 masalah boleh telefon mereka di nombor tersebut.

Apabila saya cuba telefon nombor tersebut selama 2 hari berturut2 tiada sekor pun makhluk yang bertugas atau bekerja disitu yang menjawap telefon, hingga membuatkan saya terpaksa perdi ke TM Point (PJ State), sambil2 tu bertanya juga kenapa nombor yang di berikan itu tiada jawapan (sambil menunjukan nbr tersebut) jawapannya semua orang mungkin sibuk, sabar jelah pasal malas nak layan.

Sememangnya TELEKOM is suck.....

zairulk said...

Itulah keburukan dasar monopoli kat m'sia ni...servis semua company nih (telekom, tnb, astro etc) hampeh. Sudahlah harga mahal customer servis amat teruk.

Teringat pengalaman sy ketika install tv kabel Virgin Media kat UK nih...setelah pasang 2-3 hari...decoder rosak dan hanya dibaiki selepas seminggu. Tapi bila komplen & bagitau kesusahahan takde tv channel seminggu (provoke je sebenarnya), mereka beriya-iya memohon maaf (siap hantar surat maaf lagi) dan terus bagi pengecualian bayaran bil selama sebulan.

Kalu Astro..hujan kalu..servis tarak ..bil tetap kena byr ..tak bayar kalu servis gantung..nak connect RM20...
Moral : dlm realiti business ..setiap services mesti ada persaingan..baru customer dapat benefits..cth..MAS ngan Air Asia

ezza erisa said...

Beberapa ketika dahulu, apabila streamyx office amat slow..laju mereka bertindak.kononnya mereka memberi keutamaan kepada pelanggan perniagaan.

kenapa mesti ada bias? kalau iye pun keutamaan tetapi seharusnya pelanggan kediaman mendapat service yang tip top juga la kan?

byk terbaca dlm paper pasal org komplen tentang telekom, bila dah mengalami sendiri..memang terasa nak bakar je Menara TM itu..hehehe

ya, perniagaan monopoli amatlah tidak bagus. seperti ASTRO itu...telefon khidmat pelanggan mengambil masa yang sgt lama untuk diangkat..jawab hendak tak hendak sahaja.

Jie said...

hahaha..kakjie dah pernah alami, isi borang nak potong Dail Up 1515, dia p ptong SNAILmyx.....

http://kujie2.blogspot.com/2007/10/tm-sengal.html

http://kujie2.blogspot.com/2007/10/jumpa-lepas-raya.html

cik bintang said...

bravo ezza!!

aku pun sokmo facing problem dgn TM
mmg lah lembab nak mampos..