Friday, April 18, 2008

Ah Long, Jusco, Meter dan Road Tax Online

Nota kepala: Rasa malas nak banyakkan entry. Jadi aku rangkum semua dalam satu sahaja. Hehehe

1. Kad Perniagaan Ahlong
Aku menerima kad ahlong dalam peti surat rumah aku. Sekali pandang cukup menghiburkan. 'Tidak makan janji, informasi pasti DISULITKAN' (sulit di huruf besarkan). Mari belajar makna sulit ya kawan-kawan. Sulit ada dua maksud.

a. Sulit : (Rahsia / Private)
b. Sulit: (Susah / Hard)

Mungkin sesetengah orang terdesak ingin memakai duit akan membaca penerangan dibawah (abaikan dalam tulisan cina itu..kerana aku tidak pandai membaca nya..hehe) sebagai akan maklumat peribadi akan dirahsiakan. Tetapi bagi orang yang tidak terdesak memakai duit, akan membacanya sebagai ' Hidup anda pasti akan DISUSAHKAN!' Hahaha.By the way, apakah maksud 'Tidak makan janji?' ya?




2. Jualan JCard, Jusco
Ini pula adalah gambaran rusuhan membeli belah di JUSCO semalam bersemperna hari J Card di JUSCO Wangsa Maju. Kalah jualan hari raya you! Kuasa pendingin hawa tidak terasa sebab ramai sangat orang. Orang-orang yang sama inilah kalau ditemuramah masuk TV akan bersungut tentang kenaikan harga barang. Waktu shopping tak ada pula kira barang naik harga atau tidak.

Aku menghabiskan masa di bahagian pakaian perempuan sahaja selama 2jam. Naik kematu nak bersesak-sesak dengan orang. Oh...di satu jam terakhir sebelum JUSCO tutup, mereka mengadakan Happy Hour. Menyaksikan banyak barangan di turunkan harga lagi 10%! Yang mana 70% jadi 80%. Yang 50% jadi 60%. Aku? akhirnya pulang dengan sehelai baju liplap anak mami sahaja. :D



3. Meter kereta
Ini adalah versi menampal gambar meter kereta bernombor yang cantik-cantik. Kronologi meter sama nombor aku
55555 = aku dalam perjalanan pulang dari pejabat di kawasan Jalan Perumahan Gurney
66666 = Kat atas lebuhraya pantai timur, baru balik dari Kuantan.
77777 = Kebetulan sedang-sedang elok sampai di tempat letak kereta di rumah
88888 = Dalam perjalanan balik ke Terengganu sewaktu raya aidilfitri lepas
99999 = Dalam perjalanan ke pejabat.

Hebat betul memori pasal nombor-nombor di meter aku ini. Kalaulah zaman belajar dulu gini punya hebat memori..mesti dah dapat lawan Sufiah (jadi genius math ya)





4. Bayar Road Tax Online
Sekarang sudah boleh bayar online. Rasanya lagi murah dari upah runner. Kali terakhir aku upah orang buat roadtax dan insuran upahnya ialah RM29.00. Huh. Kos penghantaran dalam Kuala Lumpur RM6.00 + caj perkhidmatan RM2.75. Tidak perlu keluar mencari runner. Cuma perlu ada talian internet. Agak menarik.


Posted by Picasa

1 comments:

zairulkm said...

okeylah..kat uk ni pun br implement roadtax melalui online..kalu mereka ikut model uk nih...system akan trace insurans dan MOT (cam puspakom) sebelum transaksi diluluskan. Cuma rasanya kat m'sia..musti ada service caj & caj2 lain...kat uk bayar je duit roadtax melalui debit card , kos lain semuanya free termasuk bayaran kurier ke rumah.