Tuesday, April 29, 2008

Al Kisah Lucu E Filing

Tinggal dua hari sebelum e-filing 2007 di tutup. Berpusu-pusu lah yang mengisi borang secara dalam talian. Termasuk lah dua rakan sepejabat aku. Oh ini adalah cerita kelakar versi awal. Jika dalam penceritaan ini ia menjadi tidak kelakar maafkan aku

Pembayar cukai 1 sedang cuba mengisi borang e filing. Terpapar di skrin 'kata laluan'
Pembayar cukai 1 tidak tahu maksudnya lantas menelefon Pembayar Cukai 2.
Pembayar cukai 2 juga tidak tahu.

Semasa Pembayar Cukai 2 hendak mengisi borangnya, terpapar di skrin perkataan 'kata laluan'
Pembayar Cukai 2 memasukkan perkataan 'terima kasih' kerana dia rasa itulah yang dikehendaki oleh 'kata laluan'
Selepas dua kali percubaan dan sistem sudah memberi amaran, Pembayar Cukai 2 sudah takut lantas terus menutup komputernya.

Apabila Pembayar Cukai 2 bercerita kepada aku yang dia mengisikan 'kata laluan'nya sebagai terima kasih, aku gelak terkekeh-kekeh. Lantas berkata 'kalau dia minta kata aluan, mungkin boleh digunakan perkataan itu'. Kata laluan maksudnya password. Dalam e-filing, ia bermaksud pin nombor yang berdigit-digit itu.

Ceriakan hari anda dengan membayar cukai. Hehe.

Betul Ke Sebab Keris Nan Sebatang



Beriya-iya Hishamudin minta maaf selepas menantu paklah kata sebab utama kekalahan BN dalam pilihanraya lepas adalah kerana Hishamuddin dan keris berdrama masa persidangan UMNO? Betul ke? Mungkin menantu Paklah terlupa, dia pun ada cium keris. Gambar diambil dari jeffooi.com




Aku bertanya kawan-kawan yang bukan Melayu...mereka tanya aku balik ‘bila itu sapa cium keris?’ I undi parti lain sebab I tak suka. Itu keris ke..pistol ke..i dun care. What I care about is, apa ruling party bikin’


Itu baru pendapat seorang sahaja. Tak ingin pula aku buat kajian terperinci berapa ramai orang bukan Melayu yang kecil hati dengan Hishamudin cium keris. Yang kecil hati meraba punggung awek tu mungkin.


Aku sendiri tidak nampak isu cium keris sesuatu yang begitu besar. Lantak dia lah nak cium arang kayu sekalipun pun. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak bodoh. Kalau dibaca dari blog-blog pembangkang bukan PAS dan PKR..ada ke isu keris yang diwar-warkan? Yang aku banyak baca ialah berkenaan tingkat 4, janji-janji manis Paklah yang tidak tertunai...harga minyak naik diikuti oleh janji-janji pelesu (palsu) yang menjanjikan harga barang tidak akan dinaikkan dan akan dipantau. Nah lima hari selepas janji-janji pelesu itu, harga barang meningkat berganda-ganda ditambah dengan harga kereta nasional mahal, sama mahal dengan harga kereta import berkualiti dinegara jiran walaupun chasis kereta nasional sama kuat dengan tin aluminium., isu berkenaan menantu Paklah, SCOMI, Patrick Lim dan sebagainya.
Mungkin aku terlepas pandang.

Tetapi sepanjang sebelum pilihanraya, aku tidak terpandang isu cium keris sebagai punca besar dan utama. Mungkin juga faktor Akademi Fantasia dan One In A Million. Orang sibuk mengundi rancangan realiti tv sehingga tidak sempat nak menyokong parti pemerintah.

PS: Mastika Mei menarik, walaupun keluaran utusan tetapi berani juga menyuarakan sesuatu dengan benar. Ada jejaka berambut dreadlock menyatakan ada sebuah buku tulisan siapa tah, bercerita mengenai Malaysia. Buku ini dihasilkan pada tahun 1937. Sedangkan ikut sejarah Malaysia, Malaysia wujud pada namanya pada 1963. Jadi Malaysia ciptaan siapa? Pemimpin dahulu atau penjajah dahulu?

Monday, April 28, 2008

Artis kita, Artis Orang

Terbaca rencana di dalam mingguan Malaysia semalam (sebelah kolum berita mengenai Mahathir dan Hard Talknya) mengenai seorang pengacara yang terlebih seksi.

Antara ayat dalam tulisannya ialah ‘dua pengacara perempuan yang mengacarakan rancangan berkenaan lelaki’ (hint: Macam Oh! Lelaki di Astro Ria). Bayangan ke dua, ‘seorang pengacara tersebut bukan anak mat salleh, tetapi berbapa kan orang melayu dan berasal dari Selatan Tanah air' (hint ke dua, Fara Fauzana orang Shah Alam, Nana orang Johor).

Cerita, baju terlebih seksi.masuk studio dengan baju tak berlengan bersiaran langsung, menemubual tetamu di luar studio dengan berbaju ala-ala nak pergi gim. Kalau betul Nana, aku tak terkejut..kaedahnya dari zaman Akademi Fantasianya dahulu memang begitu. Maklumlah bertubuh mengiurkan (kang mati tinggal tulang je..tak boleh menunjuk)

Begitu juga dengan seorang pelakon yang sangat popular iaitu Fasha Sandha. Aku rasa lakonannya biasa-biasa sahaja. Disebabkan dia banyak sangat berlakon..kadangkala nampak stereotaip pun ia. Yang aku perasan sekarang, dia...begitu suka menunjukkan perutnya. Baju mesti pakai sesenteng mungkin..asal senget sedikit mesti nampak perut. Kononnya seksi lah tuh.

Termasuk artis-artis lain yang memang begitu mementingkan keseksian. Kalau tak seksi tak laku dan tak popular. Tak kisahlah asal jadi artis penghias muka depan majalah, walaupun tak ada produk. Yang penting ada cerita dalam suratkhabar. (Ini minda sempit pemikiran artis kita yang memang tak sekolah tinggipun). Sedangkan penyanyi paling popular tanah air contohnya Siti Nurhaliza semasa zaman popularnya dulu..tidak pernah pula aku melihat dia memakai pakaian seksi melampau. Masih juga amat popular. Kalah yang seksi – seksi maut itu tapi tak pernah jadi artis paling popular mahupun yang terbaik itu.

Sesekali tengok drama Korea dan Jepun, aku rasa macam pelik. Mereka yang bukan melayu, bukan Islam...nak buat adegan peluk pun buat dalam kononnya hero dan heroin itu malu-malu. Bercinta bagai nak rak dalam drama, adegan tidur sekatil pun tidak ada. Pakai seksi jauh sekali. Kalau watak awek crook sekalipun, tidaklah seseksi watak heroin dalam drama melayu. Terdedah sana terdedah sini. Apakah di Malaysia tak cukup kedai kain? Atau artis terlalu miskin nak beli baju labuh sedikit?

Eh wait seminit, bukankah kain ela buat baju kurung boleh didapati dengan harga serendah RM15.00 / 4 meter. Apa alasan artis Malaysia sampai kena pakai baju yang tak cukup inci?

Apakah kemajuan seni tanah air diukur dari segi sentengnya baju dan kain? Tak juga maju ke depan industri. Artis-artis murahan beginilah yang selalunya merosakkan industri apabila orang lebih memandang bentuk badan yang mengiurkan tetapi terlupa apa sumbangan mereka. Nyanyi pun sumbang, berlakon pun ke laut...tapi masih ada dalam industri. Apabila gambar bogel tersiar merata-rata, tahu pula segan dan malu. Padahal selama ini pun pakai kain baju tahap minimum. Huhu...

Dan satu lagi, tolonglah jangan mengada-ngada minta privasi dan berdolak dalih apabila ditanya pasal peribadi. Kalau tanya hal tangkap khalwat atau tengah bercinta dengan sesiapa....alasan 'itu hak peribadi artis...'. Kalau waktu nak jual album atau nak promosi filem....gembar gembur bercinta dengan kambing pun tak kisah dengan alasan 'artis milik peminat' Wek wek wek...kau terjun dalam industri seni yang penuh glamour...what do you espect? Kalau taknak orang peduli hal peribadi kau...jadi orang biasa. Jadi orang biasa pun kadangkala orang masih ambil tahu juga!

Entry ini merupakan entry peringatan kepada seorang yang berjanji tidak mahu pakai seksi walaupun dah terjun dalam dunia seni. Jangan sebelum terkenal satu Malaysia..sudah perasan diva you! Hehehe

Monorel, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

Berita mengenai monorel Penang mungkin dibatalkan sekiranya tiada sefahaman antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat mengisi ruang berita utama di Mingguan Malaysia semalam. Terperanjat Khairyl (read: beruk) aku seketika. Tak ada angin, tak ada ribut, tsunami 8 Mac sahaja yang ada. Apa tiba-tiba keluar berita nak dibatalkan ni?

Malam tadi berita utama pula membicarakan hal yang sama. Kemungkinan monorel akan dibatalkan. Tetapi bukan untuk menghukum rakyat. Kalau dah tak jadi buat, bukan ke menghukum rakyat? Cis belit macam ular sawa punya cerita la lu.

Mengikut kenyataan ketua menteri Pulau Pinang, belum ada sebarang rundingan dibuat mengenai monorel. Jadi kenapa berita sudah menwar-warkan mengenai kemungkinan pembatalan sesuatu yang belum di bincangkan pun??? Sebab ia membabitkan parti pembangkang memerintah negeri Pulau Pinang? Memang dasar hampeh.

Menurut ketua parti gerakan iaitu Koh Tsu Koon pula, ia adalah perkara normal sekiranya sesuatu projek dibatalkan sekiranya tiada sefahaman. Ya normal. Memanglah normal kalau berita mengenai kemungkinan pembatalannya di siarkan SELEPAS perbincangan, bukan sebelum. Stupido idiota betul.

Saturday, April 26, 2008

Tali Pinggang Belakang Yang eee Terbelit

Mula-mula baca dulu berita kat bawah ni.

Sumber berita:
Berita Harian

Penumpang boleh disaman
Oleh Haika Khazi

PUTRAJAYA: Penumpang di tempat duduk belakang kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar akan disaman mulai September ini, tiga bulan selepas tempoh pengenalan penguatkuasaan undang-undang baru itu mulai Jun ini tamat. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertanggungjawab mengeluarkan saman terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan berkenaan.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga bulan pertama undang-undang itu dikuatkuasakan, penumpang di tempat duduk belakang kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar akan hanya diberi nasihat dan amaran.

Selepas tempoh pengenalan itu berakhir, kita akan mengenakan saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan berkenaan, tetapi kadarnya belum ditetapkan kerana masih pada peringkat rundingan," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Suret berkata, penguatkuasaan peraturan pemakaian tali pinggang keledar itu membabitkan kenderaan yang dikeluarkan selepas 1 Januari 1995 dan bagi kenderaan yang tidak mempunyai alat itu, pemiliknya diberi tempoh tiga tahun untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, peraturan baru itu tidak tertakluk kepada kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1 Januari 1995 dan kereta Perodua Kancil serta Kenari yang dikeluarkan pada pertengahan 1998 hingga 2004

Beliau berkata, walaupun kenderaan berkenaan dikecualikan daripada penguatkuasaan undang-undang, pemiliknya tetap digalakkan memasang tali pinggang keledar atas sebab keselamatan.

Mengenai penumpang keempat dalam sesebuah kenderaan, Suret berkata tindakan saman tidak boleh dikenakan kerana hanya ada dua set tali pinggang keledar disediakan di bahagian tempat duduk belakang.

Tapi berita di atas ini turut berbelit seperti aku nampak tiga mesej sesekali macam dua mesej sahaja.

1. Kenderaan sebelum Jan 1995 dan kancil serta kenari tahun 1998 - 2004 tidak akan dikenakan saman

2. Kereta-kereta lain akan berkuat kuasa Setember ini.

3. Kereta yang belum ada tali pinggang keledar belakang, diberi masa sehingga tiga tahun. (Yang rasanya ialah kategori satu itu).

Sebagai pemilik kancil tahun 2003, aku mengucapkan selamat kena saman kepada kereta-kereta lain yang sudah memiliki tali pinggang belakang. Ahaks.

TETAPI, kenapakah peraturan ini hendak dilaksanakan dalam tempoh terdekat? Apa salahnya bagi masa tiga tahun untuk semua kenderaan, tidak kira samada mereka ada atau tidak tali pinggang keledar belakang? Tiga tahun untuk mendidik dan membiasakan diri, rasanya tidak keterlaluan permintaan itu berbanding berpuluh tahun kita tidak mempunyai peraturan itu langsung.

Kadar samannya belum pun ditentukan, implikasinya sudah dikuatkuasakan. Pening lah makcik kiah macam ni. Malah lebih memeningkan sekiranya, polis trafik tahan, patutkah cik kiah bagi jawapan..kak kiah pandu kereta tahun 2003. Tidak tertakluk kepada peraturan. Apakah polis trafik akan mendengar dan menerima jawapan cik kiah?

Thursday, April 24, 2008

Wall Moo Berubah Simbol

Sewaktu di Giant petang semalam, sempat aku melihat ke bahagian aiskrim. Aiskrim yang menjadi kontroversi dulu pun ada disitu. Secara jujurnya, aku juga melancarkan perang boikot kepada Wall's kerana ia adalah barangan Belanda. Tapi boikot aku kepada Wall's bukan bermula sebulan lepas. Aku memulakan boikot kepada syarikat aiskrim tersebut sejak hampir dua tahun sebelum itu.

Sebelum kontroversi aiskrim Wall's Moo, aku merupakan pelanggan tegar aiskrim Wall's Lava. Apabila Wall's Moo mula menjadi satu isu hangat, aku turut mengikuti perkembangan berkenaannya. Ianya berkenaan lambang yang kononnya seperti tanda salib di atas biskut aiskrim itu. Yang selepas kecoh-kecoh, Wall's mendakwa ianya adalah secara kebetulan, dan tidak akan menukarnya. Ya, kebetulan. Kebetulan. Dari entah berapa zillion bentuk-bentuk dan simbol lain yang boleh digunakan, kenapakah lambang seperti salib juga yang dipilih?

Ada yang berkata, alah....makan jelah aiskrim itu. Sensitif sangat, macam ni lah orang kita...benda-benda kecil pun nak bising. Mungkin betul dan memanglah...ianya biskut sahaja. Tetapi dari pelbagai pilihan biskut dan juga aiskrim yang lain..kenapa kita hendak juga yang itu? Yang kononnya secara kebetulan berbentuk seperti salib? Dan pihak Wall's sendiri enggan memohon maaf dan menukarnya kerana katanya pasaran aiskrimnya besar. Tidak terjejas pun sekadar dengan kontroversi murahan ini.

Jadi sejak ayat bangga diri yang mengatakan aiskrimnya tetap laku walau dilanda kontroversi itulah yang membuatkan aku membuat self boycott campaign. Aku beralih ke aiskrim lain. Kings. Nestle. Dan pelbagai lagi jenama lain.

Semalam, aku terpandang Wall's Moo sudah tiada tanda salib. Dihiasi dengan lambang-lambang lain. Ha..bukan susah pun berubah kan? Soalan aku bilakah perubahan ini dilakukan? Sejak kempen boikot produk Belanda kah? Atau lebih dahulu dari itu?

PS: Ada sesiapa masih ingat tentang duit kertas lima ringgit lama (hujung tahun 80-an kot) yang tiang benderanya bertanda salib?



Posted by Picasa

Tuesday, April 22, 2008

Nyanyuk Agaknya Kak Pidah....

Image Hosted by ImageShack.us

Payah betul apabila golongan tua bersuara. Hendak dikatakan nyanyuk tetapi masih menjadi pemimpin. Tetapi kadangkala terasa macam persembahan opera. Oh mungkin juga seperti menonton aksi cerita kungfu. Terajang sana, sepak sini..tetapi sepak angin. Dan sebagaimana. Dalam erti kata lain, bunyi kuat...tetapi rupanya peluru kapur. Sedikit lagi boleh guna kapur barus.

Aku cuba mengelak menonton berita politik di televisyen, waktu berita perdana sengaja aku alih-alihkan saluran agar tidak mendengar mengenai babi, ayam hutan dan juga zirafah. Aku lebih suka baca surat khabar percuma di pejabat kerana aku boleh skip mana-mana berita yang aku rasa membosankan dan mungkin juga bohongan.

Dalam artikel di atas, aku tak faham kenapa Kak Pidah nak slam slam parti pembangkang? Isu paling lawak ialah, kenapa pembangkang masih berdiam diri mengenai janji nak turunkan harga minyak. Eh bukankah itu bidang kuasa Kementerian yang jatuh dalam Kerajaan Persekutuan? Sepertimana cadangan Shahrir sebelum ini untuk menggunakan minyak Ron95? Apa kena mengena dengan bidang kuasa kerajaan negeri?? Aku rasa setahu aku yang tak berapa cerdik ini, janji turun harga minyak hanya boleh dikotakan sekiranya kerajaan persekutuan turut diperintah oleh pembangkang. Jadi apa masalah kak Pidah? Nyanyuk?

Adehei..

Wat Maghi Semule Pitih Minyok Tuh...

Mungkin begitulah dalam loghat Terengganunya Menteri Besar Terengganu yang baru meminta duit royalti minyak (seketika di panggil wang belas kasihan aka ehsan)di kembalikan kepada Kerajaan Negeri dan tidak lagi diberikan secara terus kepada Kementerian-kementerian tertentu melalui Kerajaan Pusat. (mengikut berita hari Ahad di dalam akhbar-akhbar utama tempatan). Bagus juga Menteri Besar baru ini, berani bersuara.

Terlupa sejenak aku, siapakah yang menarik wang royalti itu sehingga diuruskan oleh Kerajaan Pusat? Bukankah di zaman Tun Dr Mahathir yang tidak senang melihat akan pemerintahan PAS menarik balik wang royalti itu dengan penuh kata-kata yang tidak ada perjanjian di antara kerajaan negeri dan pusat dan tidak ada duit royalti?? Oh. Tun Mahathir memang sudah nyanyuk. Penyangak besar ini orang! Kemudian selepas hampir 10 tahun, dia mengaku pula ada perjanjian berkenaan wang royalti tetapi di tarik balik (memutar-mutarkan ayat kerana itu merupakan kemahiran utamanya) kerana takut akan disalah guna oleh kerajaan pemerintah Terengganu ketika itu. Iaitu kerajaan PAS.

Sebelum PAS memerintah Terengganu, berpuluh tahun Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar Terengganu, hampir sama tempoh dengan Tun Mahathir memerintah Malaysia, apakah hasil pembangunan dari wang royalti minyak yang dapat dilihat?? Tidak ada juga, jadi Tun Mahathir amat ngok ngek mengatakan takut wang royalti di salah guna oleh kerajaan Pas. Kerajaan BN sebelum 1999 entah bagaimana gayanya? Sayangnya ketika itu tiada internet, tiada blog, tiada kamera canggih untuk mengintip kegiatan. Tidak seperti sekarang. Masjid Kristal pun boleh diedit menjadi muka hantu dan setan. Kalau 2004- 2008 penuh kecaman terhadap Paklah, Idris Jusoh, Patrick Lim, Khairyl Jamaluddin memonopoli duit wang ehsan, sebelum 1999 siapa yang memonopolinya? Tun M, usah seperti meludah ke langit, setinggi-tinggi perginya, jatuh ke muka sendiri.

Aku harap Ahmad Said boleh menghafal lagu tema filem Pontianak Harum Sundal Malam untuk didendangkan di telinga pihak tertentu.

Pulangkan.....pulanglah...pulangkan........pada ku.....
(lirik sila rujuk kepada Misha Omar)

Tapi bukankah kes tuntutan royalti minyak ini masih berlanjutan di mahkamah dari zaman pemerintahan Pas lagi? Takkan tiba-tiba mudah sahaja ia dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu. Tunggulah pihak-pihak berkepentingan dapat menangguk sehingga boleh bina rumah berdindingkan kristal berbumbungkan permata di luar negara dulu. Barulah rocks!

Apapun, masa Ahmad Said bersuara memang tepat. Serba salah pemimpin utama. Apapun keputusan yang dibuat oleh Paklah berkenaan isu ini, sudah pasti memberi kelebihan dan isu kepada penentangnya. Bak kata pepatah, ditelan mati keluarga, diluah mati kedudukan.

Monday, April 21, 2008

Filem-filem Lain

Ada orang berkata, Ezza kau bias. Sangat-sangat bias. Kenapa hanya Congkak sahaja yang engkau hentam secukup rasa. Apakah itu sahaja filem yang kau tengok? Atau kau memang anti filem Melayu?

Ini jawapan aku. Tidak. Aku menonton banyak filem. Aku juga tidak anti filem Melayu. Buat apa aku nak anti? Bukannya ada kesan pada kehidupan aku. Mungkin sesetengah orang merasa itu adalah membuang masa tetapi bagi aku tidak. Ia salah satu aktiviti sosial. Jadi disebabkan aku juga merasa tidak adil untuk membuat ulasan untuk Congkak sahaja, disini aku cuba review filem-filem terbaru yang masih berada di pawagam yang sempat aku tonton.

1. Evolusi: KL Drift
Kenapa aku tidak buat entry tentang filem ini? Reviewnya merata. Kebanyakkannya memuji. Ada juga yang mengeji. Ada yang kata ianya adalah cerita copy paste filem lumba kereta barat yang lain. Mungkin ada benarnya.

Tetapi secara peribadi, aku suka cerita ini. Mungkin scene lumbanya terlalu panjang tetapi namanya lagi filem drift. Nanti kalau buat scene mengawan sana, mengawan sini, dikutuk macam filem Remp It pula. Mengumpan penonton dengan adegan seks.

Yang tak menarik pada KL Drift ialah kesan tayar di atas jalan kesan latihan. Yang tak menarik pada KL Drift pelakon membaca dialog. malah semasa di hospital...siap bergilir-gilir membasuh Zack yang digambarkan mengakibatkan kecederaan kepada kawan baiknya.

Selain itu, aku rasa filem ini menghiburkan. Cuba tipikal dialog filem Yusof Haslam ialah pasangan kekasihnya tidak romantik. Berbicara aku kau. Asyik bergaduh sahaja kerjanya. Entah bila mula bercinta sebab asal jumpa mesti ada sahaja adegan gaduh-gaduh. Hahahah

KL Drift bagi aku..merupakan kejayaan pengarah muda Shamsul. Ada banyak cubaan berani dalam filem ini. Dengan lakonan Aaron Aziz sebagai ketua gangster yang sungguh mengagumkan termasuk penggunaan dialeknya. Kereta-kereta idaman, drifter professional Malaysia dan sebagainya. Cukup membanggakan. Apa salahnya selepas Tokyo Drift, ada KL Drift kan? Bebudak kereta Malaysia pun ilmu tinggi jugak per? Ahaks!

2. Definately, Maybe
Dengan tagline 'Three Relationship, Three Disaster'. Mengisahkan seorang bapa tunggal bercerita kepada anak perempuannya tentang kisah percintaannya semasa di alam remaja sehingga berkahwin dengan ibunya. Bunyinya menarik. Three Relationship, Three Disaster. Tagline yang bagi aku agak tidak kena. Kerana perhubungan cinta lelaki berkenaan tidak disudahi dengan kemusnahan teruk. Ya hubungan tersebut tidak berhasil..tetapi ia bukan kemusnahan kerana setiap satu aweknya boleh berbual dan menerima sang lelaki ini kembali.

Sangat membosankan... kecuali apabila tiba adegan anak perempuannya yang sungguh keletah itu.

3. Over Her Dead Body
Mengisahkan seorang bakal pengantin yang meninggal di hari menjelang perkahwinannya dan terperangkap di dunia. Si hantu seksi ini cuba merosakkan hubungan seorang awek baru yang mendapat tempat di hati bekas bakal suaminya. Lakonan Eva Longoria dari Desperate Housewives. Jangan terpedaya dengan iklan yang ditunjukkan Kalau anda nampak iklan seolahnya cerita ini kelakar. ya...scene dalam iklan itu sahajalah yang kelakar. Selebihnya, perjalanan amat perlahan dan agak membosankan.

4. The Water Horse
Oh, tolonglah. Cukuplah ada satu free willy. Saya tidak mahu menonton Free Willy edisi naga pula. Mungkin bagi yang tidak menonton Free Willy, filem ini menarik. Tetapi aku rasa tidak menarik. Sedikit membosankan.

5. Gone Baby Gone
Ya filem yang menarik. Berkisar pada polis yang korup dan kehidupan sekeliling juga.

Sunday, April 20, 2008

Cubaan Sabotaj Filem Congkak

Ya, aku ingin membuat cubaan ini. Diharapkan ada yang terpengaruh lantas tidak menontonnya di pawagam. Sepatutnya sebaik aku menontonnya, aku segera membuat ulasan agar tidak ramai yang keluar panggung sambil rasa ruginya RM10.00 dan masa yang digunakan untuk berada di dalam wayang untuk cerita itu.. Lebih baik duit RM10.00 itu digunakan untuk membeli CD haram. Dah dapat dua filem!

Aku suka lakonan Ruminah Sidek. Terutama part menangis dan bertenggek kat tepi tingkap tu.. Ho..seram wo!

Filem Congkak dibikin dengan penuh rakus dan bermotivasikan keuntungan semata-mata. Gelojoh...tidak ada kajian mendalam dilakukan, jimat belanja, skrip yang tidak konsisten dan diluar kelogikan akal orang Malaysia. Kita sinopsiskan dulu jalan ceritanya supaya yang tidak tahu..akan mengetahui ceritanya mengenai apa.

Satu keluarga telah pergi bercuti ke sebuah rumah yang dibeli oleh si suami setahun yang lalu di satu perkampungan yang mereka tidak pernah pergi sebelum ini. Sebaik masuk ke rumah, si isteri mula mendengar bunyi seperti orang bermain congkak di satu bilik yang berkunci. Seterusnya, pada malam tersebut...si anak yang bongsu (mereka ada dua anak) melihat satu bayangan orang tua sebaik lampu dipadamkan.

Kakak sulung dirasuk akibat bermain dikawasan jin. Si ibu di rasuk sewaktu membuka pintu tempat bermulanya bunyi congkak. Si adik dibawa oleh nenek tua entah ke mana. Dengan kehebatan orang tua dikampung itu...semuanya kembali normal. Dan akhirnya..sewaktu dalam perjalanan pulang ke mana pun aku tidak tahu...si suami menerima panggilan dari broker jualan rumahnya (Saiful) yang bertanya kemana dia pergi? Kerana mereka sekeluarga tidak sampai-sampai ke rumah yang sepatutnya mereka pergi. Sekali mereka salah rumah daa

Ok, itu dia sinopsis dua perenggan aku yang filemnya dijangka mendapat pungutan RM10juta oleh penerbitnya. Kalau Jangan Pandang Belakang menjadi titik ukur, Congkak adalah versi cubaan menakutkan penonton secara berlebihan. Pengarah mungkin mengharapkan penonton menjerit sepanjang 1jam 30minit.

Cubaan sabotaj ini merangkumi:
1. Jalan cerita yang terlalu pendek. Boleh dikatakan...tidak ada jalan cerita langsung.

2. Si suami membeli rumah untuk mereka pergi bercuti tanpa melihat rumah itu terlebih dahulu. Siapakah di Malaysia ini yang mempunyai kemungkinan membeli rumah hanya dengan mendengar khabar dari sang broker tanah?

3. Pelakon yang hanya sepuluh orang. Akibat hendak menjimatkan budget, Ahmad Idham selaku pengarah turut muncul berniaga di kedai runcit.

4. Sewaktu anak sulung mereka di rasuk...bagaimana mereka mencari tok bomoh? tahu -tahu sahaja sudah sampai di pondok bomoh. Bukankah mereka pergi bercuti ke situ? Takkan satu malam bercuti sudah tahu kemana hendak dituju Dan mana orang kampung yang lain?

5. Ceritanya sepatutnya mengenai congkak dan penjaga congkak (as of voice over sewaktu permulaan cerita, kononnya permainan congkak berasal dari kerajaan langit (yang mungkin dibawa turun oleh Ayah Pin) dan entah bagaimana terjatuh ke bumi). Penceritaan dan dialog si voice over pun bagai tiada bunga. Tidak mencantikkan penceritaan. Oh ya...sepatutnya cerita mengenai hantu congkak...tetapi entah bagaimana hantu penunggu bas stop boleh muncul, jin entah dari mana merasuk anak sulung mereka akibat bermain dikawasan mereka dan lain-lain lagi.

6. Rumah yang dikatakan sudah 20tahun tidak ada penghuni..tidak ada penjaga..lengkap dengan kipas syiling yang cantik. set televisyen..peti ais yang berisi seolah mereka sudah lama tinggal disitu...bilik mandi yang sungguh cantik seolah di hotel dan sebagaimana. Oh..sungguh "logik". sekali.

7. Cara pengubatan orang yang dirasuk sepertinya pendekar berbalas serangan. Tidak ada unsur-unsur biasa dilihat.Tunjukkan pada aku....sesiapa di Malaysia ini yang mengubati pesakit kena rasuk atau diganggu hantu syaitan dengan menulis perkataan Alif Lam Lam Ha di awan-awangan dan seterusnya menolak perkataan tersebut ke arah hantu? Sikit lagi nak jadi cerita lawak..kalau-kalau hantu itu mengelak dan berkata dengan nada mengejek 'tak kena tak kena'.

8. Solekan hantu amat cacat sekali. Sampai dileher sahaja...sewaktu terapung..siap boleh nampak paras leher ke bawah yang tidak bersolek.

9. Apa kena mengena hantu congkak dengan tapak rumah itu? Di ceritakan tapak rumah itu merupakan kawasan pemujaan. Sebab itu banyak hantu dan syaitan. Jadi ini bukan cerita hantu congkak, ini merupakan cerita hantu tapak rumah!

10. Terlalu banyak cubaan menakutkan penonton sehingga bosan. Pantang ada ruang, terus diselitkan bunyi hantu. Malah semasa tok bomoh sedang mencampakkan garam ke dalam satu bekas pun ada bunyi hantu. Adeh...hantu pun naik penat mengilai.

11. Kakak yang kena rasuk tu..dia main kat mana sampai kena rasuk? Lepas tu meraung-raung semasa hendak diubati...nak pulang nak pulang. Sepatutnya hantu itu tergelak dan marah-marah budak itu menceroboh kawasannya (Sekadar pendapat)

12. Dialog ya dialog yang tidak konsisten. Si isteri, sekejab membahasakan dirinya Su..sekejab I, sekejab panggil suaminya abang..sekejab you. Si suami pun sama..sekejab Su..sekejab Yang. Adeh. pelakon tambahan pun sama. Entah apa-apa dialognya

13. M Rajoli apabila semua orang tahu suaranya bagaimana, menggunakan suara orang lain...jadinya sangat tidak feel. Malah satu babak...sang suara orang lain tidak dapat mengikuti apa yang dibaca oleh M Rajoli sehingga memaksa ia di senyapkan. Mungkin semasa dubbing M Rajoli sudah sakit kot? Tapi mungkin boleh guna suara orang yang bukan jadi bomoh dalam Jangan Pandang Belakang la. Terasa macam tengok spin off Jangan Pandang Belakang pula.

14. Tak habis-habis dengan kubur. sewaktu disimpang jalan jumpa kubur. Sewaktu di tepi hutan jumpa kubur. Tepi rumah pun ada kubur. Yang menarik..semuanya kubur yang sama. Tak ada budget beli batu nisan lain fesyen ke sikit?

15. Sebelum sampai ke kampung tersebut...berpuluh kilometer sebelum sewaktu masih dalam perjalanan...si isteri sudah bermimpi mengenai hantu opah tua itu. Sewaktu malam pertama di rumah tersebut juga si isteri bermimpi hantu congkak. Kenapa masih nak selitkan adegan mimpi dalam cerita hantu. Bukankah semua sudah sedia maklum mimpi dalam cerita hantu adalah sangat buruk dan taktik kotor.

16. Oh terakhir, SALAH RUMAH???? SALAH RUMAH??? WHAT THE HECK? Bagaimana mereka boleh masuk menggunakan kunci rumah lain pula???

Itu sahaja. Terima kasih kepada makcik dalam panggung yang asyik melatah dengan kuat setiap kali adegan terkejut kerana turut membuatkan seluruh panggung terhibur dengan aksinya. :)

Friday, April 18, 2008

Kickapoo Bukan Keluaran Syarikat Arak

‘Assalamualaikum..pengumuman untuk semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK! nama syarikat itu adalah Monarch Baverage. Untuk bukti lebih lanjut, layari: http://www.monarch-beverage.com/home.htm, http://www.kickapoojoy.com/history.html Tolong sebar2kan kepada semua. Tolong berheti membelinya’

Ini antara yang aku terima dalam forwarded YM beberapa minggu sudah. Aku tidak mengambil peduli. Satu sebab nyata...aku bukan minum pun air kickapoo. Ke dua, aku ada nampak tanda halal di tin dan botol minuman tersebut. Jadi aku agak ia adalah satu cara sabotaj.

Semalam aku terbaca lagi, mengenainya di dalam forum kcarlife disini. Tiba tiba sahaja rasa ingin membuat membuat kajian lanjut atas dua dasar

1. Bagaimana kickapoo di buat oleh syarikat pengeluar arak? Industri wine dan beer pastinya sangat menguntungkan.
2. Bagaimana JAKIM boleh meluluskan minuman dari syarikat pengeluar arak? Sepertimana Calsberg mengeluarkan minuman tanpa alcohol dan tidak laku (itu sudah obvious)

Akhirnya kerana pakcik google, aku temui jawapan. Mungkin ia bukan jawapan konkrit tetapi aku sudah dapat jawapan. Kickapoo yang didakwa dibuat oleh syarikat arak BUKAN keluaran syarikat arak. Malah di Malaysia, ia dibuat oleh Permanis Sdn Bhd yang merupakan pembekal Pepsi F&N dan pelbagai minuman ringan yang lain.

Ini hasil tanyaan Pakcik Google.
Aku mendapati ada dua buah company dengan nama yang lebih kurang sama 1. Monarch Beverage Company
url: http://www.monarch-beverage.com
Alamat:
3737 Waldemere Road
Indianapolis, IN 46241
1-800-382-9851

2. The Monarch Beverage Company
url: http://www.monarchbeverages.com
Alamat:
1123 Zonolite Road NE
Suite 10
Atlanta, GA 30306

Syarikat (1) merupakan pengeluar Beer dan Wine dan segala macam mak nenek lagi.
Info lanjut disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Monarch_Beverage,_Inc.

Syarikat (2) merupakan pengeluar softdrink.
Info lanjut disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Monarch_Beverage_Company

Yang menariknya menurut Wikipedia
"Monarch Beverage Company is a localized beverage distributor entirely unrelated to the Atlanta, Georgia international beverage company, The Monarch Beverage Company."

Jadi rasanya isu ini tidak timbul. Mereka berdua tidak berkaitan langsung. dan kickapoo dikeluarkan oleh syarikat softdrink. Bukan syarikat pengeluar minuman keras. Kuasa encik google sangat besar. Kita hanya perlu kreatif mencari informasi.

Banjir! Banjir! Banjir! Kuala Lumpur Banjir Lagi!



DBKL tidur ke? DBKL pengsan ke? Eh tak juga. Hari-hari nampak ada sahaja kakitangan dia duk menulis saman (untuk menambahkan pendapatan DBKL apatah lagi sekarang samannya sudah jadi RM100.00) kereta-kereta yang letak kereta di garisan kuning atau tiada garisan kuning. Sudahlah tidak sediakan tempat letak kereta....apa hak nak menyaman kalau tiada tempat letak kereta disediakan??

DBKL itu apa? Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Apa tugas DBKL? Menjaga kebersihan, memperindahkan, membersihkan sampah sarap Kuala Lumpur dan sebagainya. Saman letak kereta RM100.00 termasuk dalam senarai utama atau yang keberapa???

Saman beribu-ribu ringgit sehari (mengambil kira RM100 per kereta, takkan hanya ada 9 kereta sehari di saman di seluruh Kuala Lumpur kan?), apa tidak mampu menyediakan jalanraya tanpa gangguan banjir ke?

Terowong Smart yang berjuta ringgit pun takkan mampu mencegah banjir kalau lubang-lubang longkang tersumbat tidak dapat menyalirkan air ke Sungai Klang. Hujan di Kuala Lumpur bukan hanya berlaku sekali dua. Untuk pengetahuan DBKL (yang mungkin lahir di negara Eropah), Malaysia adalah negara tropika. Adalah menjadi kebiasaan negara tropika dilanda hujan selebat-lebat alam.

Pada hari Rabu dan semalam hujan turun dengan lebatnya mengakibatkan banjir kilat guruh sportlight di Jalan Travers (kesesakan turut membabitkan jalan bangsar tentunya!). Menurut Malay Mail edisi Khamis, orang hubungan DBKL apabila dihubungi tidak mempunyai alasan kukuh selain menyalahkan hujan yang turun dengan lebat. Takkan selepas 50tahun merdeka, masih nak jawab ‘what to do..heavy rain lor’.

Cuba kereta dia yang berada di jalan raya semasa itu. Boleh ke dia salahkan mother nature? Selepas salahkan mother nature..mereka salahkan longkang sempit tersumbat dek kotoran yang dibawa air. Hello....siapa buat longkang sempit?

Gambar diambil dari The Star dan Malay Mail






Posted by Picasa

Ah Long, Jusco, Meter dan Road Tax Online

Nota kepala: Rasa malas nak banyakkan entry. Jadi aku rangkum semua dalam satu sahaja. Hehehe

1. Kad Perniagaan Ahlong
Aku menerima kad ahlong dalam peti surat rumah aku. Sekali pandang cukup menghiburkan. 'Tidak makan janji, informasi pasti DISULITKAN' (sulit di huruf besarkan). Mari belajar makna sulit ya kawan-kawan. Sulit ada dua maksud.

a. Sulit : (Rahsia / Private)
b. Sulit: (Susah / Hard)

Mungkin sesetengah orang terdesak ingin memakai duit akan membaca penerangan dibawah (abaikan dalam tulisan cina itu..kerana aku tidak pandai membaca nya..hehe) sebagai akan maklumat peribadi akan dirahsiakan. Tetapi bagi orang yang tidak terdesak memakai duit, akan membacanya sebagai ' Hidup anda pasti akan DISUSAHKAN!' Hahaha.By the way, apakah maksud 'Tidak makan janji?' ya?




2. Jualan JCard, Jusco
Ini pula adalah gambaran rusuhan membeli belah di JUSCO semalam bersemperna hari J Card di JUSCO Wangsa Maju. Kalah jualan hari raya you! Kuasa pendingin hawa tidak terasa sebab ramai sangat orang. Orang-orang yang sama inilah kalau ditemuramah masuk TV akan bersungut tentang kenaikan harga barang. Waktu shopping tak ada pula kira barang naik harga atau tidak.

Aku menghabiskan masa di bahagian pakaian perempuan sahaja selama 2jam. Naik kematu nak bersesak-sesak dengan orang. Oh...di satu jam terakhir sebelum JUSCO tutup, mereka mengadakan Happy Hour. Menyaksikan banyak barangan di turunkan harga lagi 10%! Yang mana 70% jadi 80%. Yang 50% jadi 60%. Aku? akhirnya pulang dengan sehelai baju liplap anak mami sahaja. :D



3. Meter kereta
Ini adalah versi menampal gambar meter kereta bernombor yang cantik-cantik. Kronologi meter sama nombor aku
55555 = aku dalam perjalanan pulang dari pejabat di kawasan Jalan Perumahan Gurney
66666 = Kat atas lebuhraya pantai timur, baru balik dari Kuantan.
77777 = Kebetulan sedang-sedang elok sampai di tempat letak kereta di rumah
88888 = Dalam perjalanan balik ke Terengganu sewaktu raya aidilfitri lepas
99999 = Dalam perjalanan ke pejabat.

Hebat betul memori pasal nombor-nombor di meter aku ini. Kalaulah zaman belajar dulu gini punya hebat memori..mesti dah dapat lawan Sufiah (jadi genius math ya)





4. Bayar Road Tax Online
Sekarang sudah boleh bayar online. Rasanya lagi murah dari upah runner. Kali terakhir aku upah orang buat roadtax dan insuran upahnya ialah RM29.00. Huh. Kos penghantaran dalam Kuala Lumpur RM6.00 + caj perkhidmatan RM2.75. Tidak perlu keluar mencari runner. Cuma perlu ada talian internet. Agak menarik.


Posted by Picasa

Wednesday, April 16, 2008

Awak Sorang Je Ada Hon?

Alkisah di sebuah tempat, bernama Bangsar berhampiran NST ketika aku hendak masuk tempat letak kereta sambil memberi signal ke kanan tip tap tip tap bunyinya. Kereta belakang tiba-tiba hendak memotong di sebelah kanan aku, walaupun aku dah bagi signal yang masih duk berbunyi tip tap tip tap itu.

Kemudian disebabkan aku sudah bagi signal ke kanan, dan aku tak jangka ada pemandu yang bila kita beri signal kanan, dia lagi hendak potong belah kanan.. aku membawa kereta aku masuk ke tempat letak kereta. Tiba tiba aku dengar bunyi hon kuat semasa aku tengah membelok masuk parking. Terkejut separa monkey aku seketika.

Aku buka tingkap..jeling lebih kurang..dia macam marah-marah aku sebab aku belok sewaktu dia hendak memotong. Ingat dia sorang ada hon ya? Aku jawab secara tak puas hati, dah bagi signal...apsal duk nak potong lagi. Dia marah aku ‘kenapa aku macam nak belok ke kiri sedangkan aku bagi signal kanan’ Huh. aku kata...try la masuk parking camni tanpa perlu ke kiri sedikit. Orang bagi signal kanan..maksudnya nak pergi ke kananlah.

Agaknya orang tersebut rasa aku tak kenal signal kiri kanan? Dia malas nak bertengkar agaknya dan malu orang tengok satu hal... Akhirnya dia angkat tangan dan berlalu pergi. Of course aku berani tinggikan suara sebab aku benar. Lagipun dia pun dah tinggikan suara. Lain kali aku nak tengok..berjaya ke dia masuk parking seperti dibawah ini, tanpa perlu membelok ke kiri terlebih dahulu untuk masuk ke kanan. Hahahaha


Posted by Picasa

Tuesday, April 15, 2008

Black 14 dan Pesta Pembohongan

Sewaktu menonton berita di NTV7 sebentar tadi, rasanya mahu sahaja aku lempar plastik pisang goreng yang aku beli dalam perjalanan balik. Ada pelbagai cerita dongeng yang disampaikan dalam berita itu berkenaan dengan Black 14 sehingga rasa nak muntah warna pelangi. (Bukan setakat muntah hijau!)

Auta paling utama berita (Pesta Pembohongan)
1. Makan malam bertukar menjadi perhimpunan haram
2. Majlis makan malam itu bertujuan untuk meraikan 10tahun perjuangan PKR.

Black 14 bukan acara makan malam. Siapa yang ubah fakta-fakta ini? Ia merupakan satu acara mengira turun menjelang tarikh 15 April semperna tarikh Anwar Ibrahim boleh bebas bergiat dalam politik semula. Umum sudah tahu ini adalah perhimpunan untuk Anwar Ibrahim. Apa yang bodoh sangat penulis skrip berita untuk mengatakan ia makan malam yang bertukar jadi perhimpunan haram??

Black 14 bukan acara makan malam untuk meraikan 10tahun perjuangan PKR. Bukan bukan dan bukan. Semua orang tahun apa sebenarnya Black 14 (kecuali NTV7). Apa kaitan 10tahun perjuangan PKR dengan Black 14??? Dush dush dush...rasa nak sepak sahaja televisyen aku. Tapi idaklah sanggup aku menerajangnya.

Perhimpunan Black 14 diarahkan bersurai oleh polis selepas 1jam berhimpun. Ok, ini aku tidak kisah sangat. At least mereka beri sedikit masa sebelum nak tembak-tembak orang dengan gas pemedih mata.


Tetapi hari ini aku tidak puas hati. Sangat-sangat dan sangat.


Kenapa, Wan Azizah, Khalid Musa dan Azmin Ali dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan? Majlis itu majlis tertutup. Tidak ada sebarang kekecohan, tidak ada sebarang kecederaan, hanya FRU sahaja yang ramai. Bertrak-trak. Jalan dua lorong di Kampung Baru sampai sesak teruk sebab penuh dengan trak FRU. Semasa ahli UMNO berhimpun di hadapan KOMTAR Penang dan di Shah Alam, apakah sehari selepasnya pemimpin utama mereka dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan dan diberi tempoh 24 jam???? Tidak langsung! Malah digambarkan sebagai terhormat, diberi penghormatan keluar dalam berita waktu perdana serta dipuji sebagai perhimpunan aman (bukan haram walaupun tak ada permit juga!).Inikah yang diwar-warkan sebagai adil dan saksama? Blah. Muntah warna pelangi berterusan.

PS: Aku tidak akan menonton berita TV3 hari ini kerana rasanya mesti tambah sakit hati tengok pembohongan melampau mereka. Siakap sinohong, gelama ikan duri...Baca berita bohong...lama-lama mencuri. Hahaha

ASTRO STUPID HOTLINE

Ya, itu yang aku rasakan. Beberapa hari ini Esteruk (nama manja bagi ASTRO) sibuk dengan iklan StupidKad baru. StupidKad itu dalam penghantaran, ada yang sudah menerima, ada yang belum. Maka katanya kalau tak dapat digunakan sila hubungi hotline / pusat khidmat pelanggannya di talian 1 300 82 3838. Menurut laman web Esteruk ini pula, call centre nya bermula pada pukul 8.00pagi dan berakhir pada pukul 12 malam.

Disebabkan aku mempunyai pertanyaan, (yang tidak berkait langsung dengan StupidKad) aku perlu menelefon Esteruk. Soalan aku berbunyi, ‘Saya ingin menyambung kembali perkhidmatan Esteruk yang disuspend sebulan lepas, kerana saya telah berpindah ke tempat baru.’.

Apa yang aku dapat, setiap kali aku mendail nombor perkhidmatan yang diwar-warkan oleh Esteruk, nada dering tut tut tut tut.. Bukan nada ringing. Mungkin nada engage? Hanya nada itu sahaja yang aku dengar. Tiada suara robot perempuan menyapa ‘Terima kasih kerana menghubungi pusat panggilan Esteruk’ dan sebagainya.

Aku kasihankan makcik pakcik di kampung, yang baru menerima StupidKad baru mereka. Perlu menelefon untuk bertanya bagaimana mengaktifkan Stupidkad itu, sedangkan khidmat pusat panggilan yang beriya-iya disiarkan di televisyen itu langsung tidak berfungsi. Memanglah saluran 100 sudah menyiarkan how to StupidKad baru tetapi kadangkala ada timbul juga masalah.

Perniagaan monopoli Esteruk ini sebenarnya sudah lama kedengaran bunyi-bunyi tidak puas hati pelanggan, tetapi rakyat Malaysia tidak ada pilihan. Hendak subsribe MiTV, harga decodernya sahaja mencecah ribuan ringgit. Saluran pula entah dari mana-mana. Korea lah, China lah. Hollywood please!

Hendak menggunakan parabola pula, menjadi sesuatu yang terlarang di Malaysia. Huh, hendak tak hendak perlu juga melanggan Esteruk yang makin lama makin besar ketiak dan perut.

Ketika aku menaip entry ini, telefon pejabat aku yang auto redial jika tiada sebarang jawapan masih mengerlip ngerlip mencari jalan untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan esteruk yang mungkin sudah bertukar menjadi beruk! Haha.

Sunday, April 13, 2008

Alahai Rahim Tamby Chik

Terbaca berita di Malaysiakini yang bekas ketua menteri melaka ini berkata sekiranya ada sokongan dari bahagian-bahagian Pemuda, beliau bersedia menimbang untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Pendapat aku:
Muda lagikah dia hendak memimpin Pemuda UMNO? Berapa had umur untuk jadi pemuda sebelum jadi PETUA? Kalau tiada had umur, maka veteran UMNO seperti Tokmat bekas menteri penerangan itupun boleh juga bertanding. Agaknya, asal nama jantina dalam kad pengenalan ialah 'Lelaki' sampai bila-bila boleh jadi muda. Dan bertanding jadi ketua Pemuda. Hahahha

Bagilah sahaja jawatan-jawatan itu untuk orang-orang muda nak mengasah bakat. Kalau semua orang yang hendak berebut jawatan besar (termasuk Ku Li yang masih bercita-cita hendak menjadi Presiden UMNO) adalah orang-orang yang resab umurnya ikut akal waras adalah 10tahun maximum sahaja, bila kita akan mempunyai muka-muka baru?

Dan kalau betul beliau ada yang menyokong untuk dipertandingkan, makanya orang UMNO sudah pendek akal. Memang masa boleh mengubat dan membuatkan orang lupa apa yang menyebabkan sang pemimpin seorang ini jatuh tertirap suatu ketika dulu.

Masihkah anda ingat bagaimana sang pemimpin ini berjaya menyelamatkan diri dari tuduhan merogol gadis dibawah umur dengan alasan sang gadis ini rendah maruahnya, sudah bersetubuh dengan ramai lelaki lain sebelumnya. Dan sang pemimpin yang jatuh tertirap ini, dinodai...tertipu daya oleh sang gadis bawah umur ini yang tidak bermaruah itu. Dengan itu, dia dibebaskan dan selamat hidup dengan normal sambil berkata..semua yang berlaku adalah fitnah.

Tidak kira dia bersalah atau tidak, dia sudah terlalu tidak relevan untuk pemuda UMNO. Melainkan ada 'sabotaj' dari ahli pemuda sendiri untuk melihat UMNO karam lebih cepat dari perahu bocor. :)

Friday, April 11, 2008

HINDRAF - Perkara Sebenar

Aku mendapat kiriman cd ini di dalam peti surat sewaktu balik kerja petang semalam. Masih belum pasang jadi tidak ada yang dapat aku ceritakan. Mungkin hari minggu ini akan aku menonton, apakah isi kandungannya. Siapa lagi yang menerima CD ini mungkin boleh cerita apa isi kandungannya kerana rasa seperti malas hendak memainkannya di tv aku.. ;)


Update 12:30malam : Balik kerja petang tadi, sempat menonton. VCD 10 minit itu rupanya merupakan lebih kepada serangan kepada Anwar Ibrahim. Ingatkan nak terangkan perjuangan HINDRAF. Pengeluar VCD (yang entah siapa itu), mempersoalkan kenapa Anwar Ibrahim menjadi ejen negara asing, menyokong tindakan perdana menteri India untuk masuk campur hal berkenaan HINDRAf. Dipaparkan juga Anwar Ibrahim berceramah bercerita tentang pengalaman dia ditemuramah oleh wartawan dan stesen tv sewaktu di India. Menyesal lah tengok. Tak ada info satu haram pun!

Posted by Picasa

Somethings Fishy

1. Susulan Rompakan di KLIA
2. Keretapi Sabah Tergelincir

1. Susulan Rompakan di KLIA
Berita hari ini sungguh mengejutkan. Kamera CCTV tidak dipasang. Wow, mengejutkan. Apa masalah MAB sehingga kamera yang sepatutnya menjadi mata dan telinga pusat kawalan tidak di pasang? Secanggih-canggih KLIA yang mendapat tempat sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia akhirnya kantoi juga. Kamera CCTV tidak dipasang?? Buat apa pasang kamera itu sendiri jika tidak mahu memantau. Kedudukannya yang senang di lihat, mungkin membuatkan pihak pengurusan berkata, 'tak payah on lah...orang nampak cctv ada kat situ....musti tak berani buat dajal.' Nah ambil lah pengajarannya sekarang!

Satu lagi yang fishy mengenai rompakan itu ialah, seorang anggota polis yang off duty, membawa pistolnya ke KLIA. Dan pistol itu jugalah yang diambil oleh perompak untuk menembak dalam kejadian itu. Wow! Bagaimana seorang anggota polis yang diluar waktu bertugas boleh membawa pistolnya ke sana sini seperti dalam cerita koboi?

Dua kebetulan ini, macam ada sesuatu yang tidak kena. Apabila banyak sangat kebetulan, ia macam nampak terancang. Kebetulan apakah ini?

Si yang kena rompak juga, sebenarnya membuat kesalahan. Duit tunai sebanyak itu tidak dibenarkan dibawa keluar atau masuk. Mungkin beliau tidak tahu fungsi TT (Telegraphic Transfer) agaknya.

Oh...bagaimana pula seorang warga Bangladesh, selamat naik kapal terbang sehingga ke Bangkok dengan membawa pisau? Apakah pemeriksaan keselamatan di KLIA amat rapuh dan goyah? Dengan penuh rasa rendah diri aku rasa ya! Aku pernah berjaya membawa air mineral dalam botol 500ml menaiki pesawat MAS. Walaupun had limit cecair ketika itu sudah dikuatkuasakan hanya dibenarkan membawa cecair dibawah 100ML. Beg sandang aku sekadar melalui pemeriksaan tetapi agaknya tidak dipandang???

2. Keretapi Sabah Tergelincir
Buletin Utama semalam dengan muka penuh gembira dan ceria melaporkan 'Hanya dua orang sahaja yang terbunuh dalam kejadian Keretapi Tergelincir di Tenom' Hanya??? Hanya??? Seolah-olah nyama Tuminah dan Tukiman itu tidak berharga walau lima sen sekali pun.

Dan menurut satu sumber (siap dengan rakaman MMS), ini bukan kejadian pertama. Sudah berlaku dua kali sebelum ini (tetapi tidak mendapat liputan akhbar). Untuk warga Sabah keretapi yang mempunyai 4 stesen sepanjang 49kilometer routenya itu memang sesuatu yang betul-betul keperluan. Dengan ketiadaan jalanraya, keretapi adalah satu-satunya sumber pengangkutan mereka. Mungkin Kerajaan Pusat patut melihat dengan teliti masalah pengangkutan di Sabah dan Sarawak.

Thursday, April 10, 2008

Alahai Telekom

Kronologi cerita tak puas hati aku kepada Telekum yang telah bertukar nama konon merintis kemungkinan tetapi kemungkinan kemana pun aku tidak tahu.

3 April – Menelefon 100 untuk bertanya prosedur pemindahan talian kediaman. Di beritahu perlu isi borang (yang aku sudah ambil siap-siap semasa kunjungan ke TM Point beberapa ketika lepas) dan perlu di hantar semula ke Telekom melalui samada berkunjung ke TM Point atau melalui Fax ke no 1 800 88 9393. Untuk memudahkan kerja, aku fax sahaja.

Menjelang petang, aku buat panggilan ke 100 lagi untuk bertanya samada borang permohonan yang aku fax, sudah masuk ke dalam sistem atau belum. Di jawab sudah. Dan diberitahu proses pemasangan akan dilakukan dalam masa 3 hari. Aku minta penjelasan langsung berkenaan jumlah bayaran dan sebagainya. Wah cepat!

4 April – menunggu kot kot ada panggilan dari Telekom. Zero. Aku menelefon ke 100 meminta sekiranya boleh dihantarkan borang permohonan streamyx ke no fax pejabat aku disebabkan adalah amat tidak efisyen untuk ke TM Point semata-mata untuk mengambil borang.

Kenapa aku perlu menelefon 100? Kerana aku telah meronda selama 30minit di website TM yang penuh mengelirukan mencari borang permohonan streamyx yang beberapa ketika dahulu boleh dipindah turun dari websitenya. Tetapi sekarang borang itu sudah dibuang, diganti dengan permohonan dalam talian. Ya, bolehlah kalau nak buat permohonan individu. Dalam kes aku, talian telefon adalah milik syarikat, permohonan streamyx di atas nama invidivu. Jadi pilihan permohonan dalam talian tidak boleh digunakan.

100 memberitahu aku mereka tidak ada borang itu untuk di faxkan (oh stupido), meminta aku memfaxkan permohonan aku ke mana-mana TM Point. Aku memfaxkan permohohan aku ke TM Point Menara. Selepas 10 minit, aku menerima panggilan dari TM Point bertanya itu dan ini. Semuanya telah aku berikan. Fiza (si pemanggil) berjanji akan memfaxkan borang itu.

Ok, aku menunggu sehingga waktu petang. Tiada

5 April – 6 April – cuti hujung minggu

7 April – Aku memfaxkan surat aku kepada TM Point sekali lagi. Sudahlah tidak ada di website, minta faxkan pun lembab. Aku juga menghubungi 100 sekali lagi untuk bertanya mengenai status permohonan permindahan telefon aku.

Penjawab berkara, oh...semua tiada masalah nanti saya akan sendkan kepada bahagian pemprosesan. Aku bertanya, bila boleh pasang, jawabnya nanti kita akan telefon bagitahu. Sepatutnya tak ada apa-apa masalah ni.

8 April – disebabkan tidak mendapat apa-apa panggilan dari Telekom dah sudah lebih 3 hari daripada apa yang dijanjikan, aku telefon Telekom kembali. No 100 lagi pada jam 8:36pagi.

Pesanan robot itu sungguh kelakar, waktu perkhidmatan kami dari jam 8:30pagi sehingga 9:30 malam. Sila telefon dalam jangka masa tersebut. Lebih kurang macam itulah bunyi pesanannya. Apa 8.30pagi? Sekarang 8.36pagi lah. Kenapa masih memutarkan itu? Tiada option untuk bercakap dengan manusia pula tuh.

Pukul 9.00 lebih, aku kembali menelefon no 100. Barulah boleh bercakap dengan orang, bukan lagi robot perempuan mesin itu. Dia juga berkata, ooo ok.nanti kita hantar dekat bahagian proses. Semalam cakap akan hantar juga. Hari ini hantar juga. Adus...sabar tinggi lagi nih.. 

Petangnya setelah tidak mendapat sebarang respon, aku ke TM Point Menara. Selain mendapatkan borang streamyx, aku membuat pertanyaan di kaunter. Ya, jadinya setelah berjumpa orang di kaunter, aku dijanjikan 9/4 kontraktor akan datang memasang telefon.

9 April – selepas pukul 3, (waktu yang dijanjikan sewaktu aku ke TM Point Menara semalam ialah pukul 2 petang), aku menelefon 100. Bertanya, apa sudah jadi, sedangkan kontraktor sepatutnya datang pukul 2. Orang yang menjawab telefon itu, berkata ya sepatutnya tetapi tiada nombor telefon kontraktor pun di dalam sistem. Eh mana aku tahu.

10 April – Sudah tidak sabar. Aku telefon 100. Katanya bukankah sepatutnya sudah pasang semalam? Aku cakap, kalau sudah, tidak perlu saya membuat panggilan setiap hari dari Khamis sehingga menjelang khamis semula.

Oh, saya akan segera maklumkan kepada pihak pemasangan untuk pasang. Aku bertanya, how soon is soon? Oh, dalam minggu ini. Aku yang sudah agak nipis sabar ini, meminta nombor telefon / email supervisor atau pihak atasan Telekom. Siap gunakan ayat ‘Saya sudah dengar perkataan segera dari hari Isnin dan saya tidak mahu mendengarnya lagi. Saya rasa seperti saya diperkotak katekkan, setiap kali saya telefon, saya dimaklumkan yang ia akan dihantar ke bahagian prosesan, apakah pihak telekom memerlukan 10 hari untuk menekan butang enter / save document?’ Ha ambil ko!

Dia menyuruh aku menunggu seketika di talian dan kemudian berkata, dia akan telefon aku sekejab nanti untuk memberitahu bila pemasangan di buat. Aku katakan dengan lembut, terima kasih kerana menolong.

Dalam masa tidak sampai setengah jam, aku menerima panggilan dari dia, yang memaklumkan nombor kontraktor dan telefon akan di pasang pada hari ini juga. Menjelang 15 minit selepas itu, aku menerima panggilan dari kontraktor yang mengatakan dia sudah sampai di rumah itu. Aku meminta 10 minit untuk beredar dari pejabat.

Laju pula apabila pelanggan sudah hilang sabar. Mementang suara aku merdu, lemah lembut tetapi tidaklah bermakna aku tidak boleh menjadi sakastic. Nota kaki: jika anda sudah tidak sabar melayan kerenah orang di 100 Telekom, ugut sahaja ingin menulis surat rasmi kepada pihak pengurusan. Mungkin akan ada peluang yang tindakan akan dipercepatkan.

Kronologi di atas adalah 100 benar.

Highlights Minggu Ini

1. Drama di Genting Highlands.
2. Bas Terbalik Di Lebuhraya
3. Tembak Menembak Di KLIA

1. Drama di Genting Highlands
Mengisahkan seorang pemuda membuat cubaan membunuh diri dengan terjun dari Gondola. Memang drama. Dalam keratan akhbar hari ini, rupanya pemuda tersebut terbeban hutang selepas kalah berjudi di atas tanah sejuk itu. Moralnya, jangan berjudi. Anda mungkin kalah dan terbeban hutang seperti pemuda tersebut.



2. Bas Terbalik Di Lebuhraya

Berhampiran Plaza Tol Seremban. Seperti Dejavu. Pemandu bas berkenaan mempunyai 52 saman tetapi masih dibenarkan memandu! Adakah anda dejavu? Ya, sudah banyak kali kes berkenaan kemalangan bas dengan pemandu yang mempunyai jumlah saman yang besar berlaku.

Dulu sewaktu kejadian di Bukit Gantang maka beriya-iya sahaja JPJ mengadakan sekatan jalan raya, pemeriksaan ke atas pemandu bas...tetapi selepas setahun...semuanya kembali seperti biasa. Si pemandu yang entah apa-apa, bas yang entah apa-apa kembali berada di jalan raya.

JPJ, dari memburu kenderaan bercermin gelap yang tidak mendatangkan bahaya langsung kepada jalan raya, baik memburu pesalah jalanraya yang kelihatan begitu kebal ini. Aku ada satu saman sahaja pun sudah tidak senang duduk, tetapi yang ada saman sampai 50keping masih bebas menjadi pemandu pengangkutan awam.

3. Tembak Menembak Di KLIA
Macam dalam filem. Begitu kata seorang kawan yang kebetulan sedang berjalan masuk ke dalam tempat check in semasa kejadian. Mengigil lutut. Kata kawannya yang lain. Manakan tidak, tembakan (satu bunyi yang agak asing bagi warga negara Malaysia kerana satu-satunya bunyi tembakan yang berkumandang di TV adalah bunyi senapang cap gajah milik rancangan TV Gerak Khas) bertalu-talu kedengaran.

RM3.5juta lesap. Wow, sudah pasti si perampok ini sudah membuat perancangan dari awal. Harap-harap mereka tertangkap. Tetapi mungkin juga tidak. Lagikan kes kecurian chip bersama kontena besar di Pulau Pinang pun masih belum dapat diselesaikan sampai sekarang.

Posted by Picasa

Blogging Dari Hati?

Saya gembira Datuk Menteri Penerangan sedar dan tahu yang blog bukan semata-mata agenda pembangkang. Blog merupakan satu newsletter oleh orang-orang biasa untuk berkongsi pandangan dan pendapat peribadi juga. Ya bloggers menulis dari hati dan feeling. Sebab itulah cybertroopers BN tidak dapat menandingi mereka.

Tapi rasanya payah hendak mencari bloggers yang menyokong BN seratus peratus, menulis dengan penuh jiwa raga. Ini diakui oleh seorang kawan yang merupakan penyokong BN berkata... payah nak tulis untuk sangkal kerana hujah bloggers-bloggers kiri ini begitu kuat dan make sense.

Lagipun, buat apalah hendak BN ceburi bidang blog beruk ini sedangkan BN sudah menguasai seluruh media lain. Orang membaca blog kerana jemu dengan media semasa, kalau blog juga dikuasai BN...maka adeh....tak dapat nak dibayangkan keadaannya.

Kalau Datuk Menteri Penerangan begitu menyebelahi bloggers pun menakutkan juga. Takut ada batu disebalik udang. :)



Posted by Picasa

Wednesday, April 09, 2008

Antara Sufiah, Dee, dan Oral Me

Sesiapa kesiankan nasib Shilpa Lee yang enjoy menjadi pelacur angkat tangan dan kaki. Seterusnya sila ke kolam renang berdekatan dan buat terjun tiruk sekarang! Pertama kali disuakan dengan berita beliau menjadi pelacur, aku tertanya-tanya. Kenapa? Kenapa seorang yang begitu cerah masa depan memilih untuk menjadi seorang pelacur dan berbangga dengan perlakuannya itu.

Lebih memarakkan ketidakrespekkan (BM apakah ini?) aku, beliau begitu bangga melakukan temubual dan bergambar sehabis seksi di hadapan wartawan. Dia sudah dewasa, mempunyai akal yang waras dan setiap keputusan adalah menjadi tanggungjawabnya. Ada yang berkata ini adalah tektik suratkhabar barat untuk menjatuhkan Islam. Erm, entahlah aku tidak rasa begitu. Ini adalah berita hangat.


Siapa tidak suka berita hangat untuk melariskan suratkhabar mereka? Malah di Malaysia, kita ada Harian Metro tabloid nombor satu Malaysia yang hampir setiap hari muka depannya adalah berkaitan seks. Jika Sufiah ialah agenda media barat, bagaimana dengan pelacur-pelacur Islam di negara lain? Malah di Malaysia sendiri? Adakah itu juga agenda media barat?

Siapa tidak kenal Dee? Aku tidak kenal dia. Sesekali ke Actors Studio Bangsar menonton persembahannya. Tetapi habis di situ sahaja. Maka apabila seseorang memforwardkan url video youtubenya di dalam temuramah bersama wartawan Melodi mengenai Dee yang suka mengenakan pakaian wanita, aku jadi terperanjat. Dee dalam temubual itu membuat kenyataan apabila ditanya mengenai penampilan ala perempuannya menjawab, KALAU TUHAN NAK LAKNAT, DAH LAKNAT LAMA DAH' Wow. Maksumkah dikau sampai berani mengeluarkan kenyataan begini? Inilah akibatnya apabila semua orang merasa mereka ada hal berbicara pasal hukum hakam dengan menggunakan logik akal. Setiap orang ada masa perjanjiannya, bukannya kalau hendak dibalas sekelip mata macam membeli barang secara tunai Dee oiii.

Siapa pula tahu mengenai Oral Me? Hahaha, aku terbaca mengenai jenama ubat gigi buatan tempatan ini di dalam suratkhabar New Strait Times hari ini. Dari banyak-banyak idea yng boleh diguna pakai kenapa nama Oral Me? Sudah tentu kerana ia menarik perhatian, dan dengan berita tentangnya masuk suratkhabar hari ini, Oral Me mendapat ruang iklan percuma dan secara tidak sengaja menjadi sangat popular. Aku yakin sudah ramai yang pergi mencari ubat gigi ini. Sejak bila Oral menjadi sesuatu yang lucah? Semasa di sekolah menengah dahulu, ada satu ujian untuk bahasa Inggeris di panggil Oral Test. Tidak pula ia menjadi sesuatu yang lucah. Apakah kerana masyarakat sekarang, masyarakat yang terdidik dengan fikiran kotor? Hahahaha. Entahlah.

Tuesday, April 08, 2008

Kempen Anti Paklah Pulak?

Apa nak jadilah dengan bekas perdana menteri yang seorang ini. Selepas serangan balas Paklah kelmarin...Tun Mahathir nak buat kempen anti paklah pula? Aduh..betullah macam arwah mak aku pernah cakap, orang-orang yang dah lanjut usia...tahap pemikiran mereka macam kanak-kanak semula.

Tindakan berbalas-balas tembak menggunakan media kali ini merupakan yang paling seronok dilihat. Pembangkang terutamanya pasti merasa kelakar dan sangat bertuah serta WAJIB mengambil peluang dari keadaan ini. Manakan tidak, kini peribahasa gajah sama gajah bergaduh..tikus mati tersepit adalah kurang tepat dalam scenario politik negara. Gajah sama gajah bergaduh, tikus melihat dari jauh dengan keriangan.

Tun Mahathir kini sedang menjalankan kempen anti Paklah. Aisey, nanti Paklah akan buat sidang akhbar ‘anti Mahathir’ pula. Mungkin tak, kita akan saksikan siri bergaduh tarik-tarik rambut? Hahahahaha

Sediakan pop corn dan air pepsi anda. Kita bakal menyaksikan wayang yang lebih menarik dan hebat dari Transformers. Cuma yang ini version Decepticons melawan Deceptions. Tiada Optimus Prime dalam episod ini.

Monday, April 07, 2008

BN Kalah Kerana Sabotaj?

Begitulah ucapan Paklah di dalam berita jam lapan malam tadi. Katanya ada beberapa tempat yang dijangka menang tetapi kalah dek kerana sabotaj oleh ahli sendiri. Pulak??? Dalam masa dua-tiga hari....Paklah buat kenyataan berbeza. Aduhai....rasa nak terguling akibat lawak sakan sahaja. Tak sangka Paklah ini memang kelakar orangnya. Tahun depan cuba pergi ujibakat Raja Lawak mana tahu boleh menang dan berada di tahap yang sama seperti Nabil.

Di Sarawak, Paklah kata...beliau bertanggungjawab dengan kekalahan BN. Hari ini pula katanya di sabotaj. Pening kepada cik kiah tau. Mana satu sebenarnya ni Paklah? Kotya pun cuma baca teks ucapan yang ditulis oleh orang lain, boleh tak baca dulu sekali imbas sebelum baca di hadapan wartawan????

Dengan kenyataan sabotaj ini, sebenarnya Paklah cuba menafikan kekuatan kebangkitan parti lawan. Dalam erti kata lain...'alah..pembangkang menang bukan sebab ramai penyokong, tetapi sebab orang kita sendiri yang sabotaj' .

Kronologi Paklah dan pernyataan suratkhabarnya:
1. Minggu pertama selepas pilihanraya, beliau berkata sudah dapat dan faham mesej dari rakyat

2. Minggu ke dua selepas pilihanraya, beliau mengadakan temuramah dengan Bernama TV yang disiarkan oleh TV1, TV2, TV3, TV7, 8TV, TV9. Dalam temubual tersebut beliau menjelaskan yang beliau tidak akan sesekali meletak jawatan.

3. Minggu ke tiga selepas pilihanraya, beliau menyatakan yang beliau bertanggungjawab sepenuhnya di atas prestasi buruk BN

4. Minggu ke empat selepas pilihanraya, beliau kata orang BN sabotaj???

5. Minggu ke lima, apa pula? Sama-sama kita bet.

6. Minggu ke seratus??

7. Minggu terakhir sebelum pilihanraya umum ke tiga belas??

Dari terus menunding salah kepada sesiapa, baik Paklah mula bekerja. Membuktikan dan mengotakan janji-janji manisnya itu.

PS: Dalam buletin 1.30 hari ini, ada pasal sekurang-kurangnya 70,000 anak semaian pokok cili di Perlis terbiar dalam semak samun. Projek semaian itu dimulakan sebaik sahaja Paklah mengumumkan koridor utara. Anak-anak pokok itu terbiar kerana pihak bertanggungjawab masih belum dapat mengenalpasti pengusaha dan mereka yang layak untuk diagih-agihkan. Disitu sudah berapa ratus ribu terbuang? Apa ke bangang tanam anak semaian pokok cili SEBELUM mengenalpasti bakal pengusaha??? Apakah pokok cili itu memerlukan lima tahun untuk hidup sebab itu semaian harus dimulakan segera tetapi pengusaha tidak perlu dikenal pasti dengan segera???? Huh.

Sunday, April 06, 2008

Ron95 Menyelesaikan Masalah?

Beberapa hari lalu, aku terbaca sebuah berita yang mengatakan kerajaan dalam perancangan untuk memperkenalkan minyak Ron95 unleaded dan peruntukan subsidi untuk Ron97 akan digunakan untuk subsidi Ron95 ini.Harga Ron97 dijangka akan meningkat berikutan ketiadaan subsidi dan harga Ron95 akan lebih murah. Kereta-kereta biasa boleh menggunakan Ron95 manakala kereta-kereta mewah seperti Mercedes, BMX eh BMW pula menggunakan minyak Ron97 yang lebih berkualiti. Bermakna orang kaya bayar lebih.

Perancangan ini merupakan serampang dua mata kepada kerajaan.
1. Harga minyak tidak dinaikkan.
2. Kerajaan tidak menanggung beban subsidi yang besar.

Jangan pula apabila harga Ron97 dinaiikan kepada 2ringgit lebih selitar, Ron95 diperkenalkan dan diletakkan harganya RM1.92. Sudah tentu dari segi perbandingan, harganya lebih murah tetapi kualitinya sudah berkurangan.

Apakah semua kereta boleh menerima Ron95? Kereta tempatan boleh ke? Gosh aku sendiri tidak tahu apakah grade minyak permulaan yang paling minimun untuk kereta aku.

Kempen Selamatkan Sufiah, Perlu?

Sejak tersebarnya berita bekas kanak-kanak pintar beribukan warga negara Malaysia kini menjadi pelacur di kota London, kita semua terperanjat Khairyl. Eh Terperanjat beruk seluruh rakyat Malaysia. Manakan tidak, Sufiah merupakan pelajar berusia 13tahun apabila beliau diterima masuk ke Universiti Oxford.

Dengan seluruh pendedahan yang kini beliau menjadi pelacur akibat tekanan hidup (senangnya alasan), maka ada lah cadangan Jabatan Perdana Menteri untuk menubuhkan badan dan kempen khas untuk menyelamatkan Sufiah. Soalnya perlu ke?

Dari satu segi, ya perlu. Beliau beragama Islam (mungkin masih beragama Islam walaupun menggunakan nama Shilpaa Lee sekarang). Kita patut menyelamatkan saudara sesama Islam kita dari terjerumus ke lembah lebih hina. Dari satu segi yang lain, perlukah JPM menyelamatkan Sufiah yang jauh nun di Eropah sedangkan berlambak lagi pelacur-pelacur melayu dan Islam di lorong-lorong kotor di Kuala Lumpur dan Malaysia? Apakah ini yang kita panggil "Kuman seberang laut nampak, Gajah di depan mata tak nampak?' atau dalam kes Sufiah dan JPM ini kita boleh peribahasakan sebagai 'Pelacur di Eropah nampak, pelacur di Kuala Lumpur tak nampak?"

Kenapa hanya Sufiah yang hendak diselamatkan? Kenapa hanya Sufiah yang hendak diberi kehidupan baru? Sufiah bukan warganegara Malaysia pun. Hanya kerana dia mencipta sejarah tidak bererti kehidupannya lebih penting dari semua manusia lain. Dan dia bukan lah berusia 12tahun, dia sudah 23tahun. Dia sudah boleh fikir dan nilai sendiri tindak tanduknya itu.

Kalaupun JPM begitu bersungguh-sungguh hendak menyelamatkan Sufiah, kempen dan dana khas adalah tidak perlu. Mungkin boleh tubuhkan dana dan kempen khas untuk menarik semua pelacur Malaysia ke arah kehidupan yang sihat dan benar. Kemudian baru Sufiah. Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab yang lebih kepada warganegara mereka berbanding bukan warganegara. Tidak perlu terbangkan warga negara Malaysia untuk menyelamatkan Sufiah, berhubung sahajalah dengan Pertubuhan Islam di UK.

Friday, April 04, 2008

Berumahkan Tandas...

Klik gambar untuk besarkan. Sedih sungguh sedih. Ditinggalkan anak-anak. Berumah di dalam tandas. Pegawai Keretapi Tanah Melayu yang membenarkan mereka tinggal di dalam tandas pun macam tiada fikiran. Bukankah sepatutnya lebih bagus sekiranya mereka di bawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja?

Apalah jenis anak-anak yang sanggup membiarkan ibu bapa mereka seperti ini? Hampir menitik air mata aku membaca artikel ini. Sejahat mana ibu bapa, tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini. Jangan apabila mereka sudah tiada, barulah si anak berteriak melolong di tepi batu nisan. Hargai ibu bapa anda!


Posted by Picasa

Tsunami Kini Makanan

Beberapa hari yang lepas, aku dan beberapa rakan sepejabat yang lain ke satu kedai baru buka di Bangsar Village. Berhadapan dengan Bangsar Grocer. Setelah duduk, kami diberikan menu. Nampak tak nama menu yang aku snap ini?

Sejak bila Tsunami menjadi sesuatu yang cool? Memang cool jika anda tidak terlibat dalam kejadian itu. Tsunami is not a joke. Tsunami on 26 December 2004 have killed thousands people.

FYI, aku tidak pesan Tsunami pada makan malam tersebut..tidak mahu aku menelan sesuatu yang mengenangkan terus kepada ombak besar pembunuh itu...





Posted by Picasa

Wednesday, April 02, 2008

Mahathir, Senyaplah!

Mula-mula Mahathir mula bersuara mengenai kedudukan negara, aku terasa mahu respek dia. Apabila dia kata UMNO sudah jadi lumpuh, aku respek lagi dia. Apabila beliau mengutuk Paklah secara terbuka berkenaan isu banjir di Johor dan perasmian Restoren Nasi Kandar di Australia aku masih respek dia.

Tetapi sejak berakhirnya pilihanraya, sejak beliau mula berbunyi lebih dengung dari bacaan, aku mula rasa menyampah. Terasa seolah-olah beliau ingin kembali menjadi Perdana Menteri (atau bapa kepada Perdana Menteri mungkin?)

Banyak betul yang di komplennya. Itu tak kena, ini tak kena. Padahalnya semua itu bermula dari semasa eranya menjadi PM yang selama 22 tahun itu! Sistem Kuota pencalonan patut dimansuhkan, siapa yang mewujudkan kuota itu dahulu??

Beliau turut tanpa segan silu meminta Paklah meletak jawatan, setiap kali buka mulut itulah yang menjadi isu utama. Siapa yang naikkan Paklah menjadi Presiden Parti dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia kalau bukan dia?

Sekarang beliau kata Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri, baru beberapa ketika lepas, dalam satu temubual dan heboh dalam media beliau berkata..dia dan Paklah ada perjanjian mulut. Paklah memerintah sepenggal dan memberikan jawatan itu kepada Najib. Apa ni Mahathir???? Jangan jadi nyamuk.

Kalau ada orang kata Khairil Jamaluddin punca BN kalah, orang yang sama patut kata Mahathir turut ada saham dalan kekalahan BN itu. Beliau yang tidak sudah sudah bercakap di sana sini tentang kepincangan kerajaan Paklah. Sudah pasti dia juga turut menyumbang keputusan pilihanraya itu. Pakatan Rakyat seharusnya menjadikan dua orang ini sebagai orang tertinggi dalam senarai 'acknowledgement' mereka. :)

Sekarang, aku tidak faham...aku nampak penyokong pembangkang banyak juga yang menyokong Mahathir. Mungkin kerana Mahathir berani menyatakan apa yang mereka ingin katakan, terus ke telinga dan muka Paklah. Tetapi aku tidak suka apabila penyokong pembangkang terus menerus menquote kata-kata Mahathir dan menyanjung beliau seperti hero. Sudah lupakah zaman pemerintahannya dahulu? Berapa banyak suara di internet minta dia turun takhta sahaja, tetapi tidak..dia juga tidak mendengar suara permintaan itu.

Tuesday, April 01, 2008

Mana Pengerusi OIC?

Sejak beberapa hari lepas negara dan seluruh dunia Islam bagaikan tidak senang duduk apabila sebuah filem pendek dari seorang ahli politik Belanda (The Netherlands) yang berjudul Fitna tiba-tiba memasuki dunia alam maya. Sungguh hina sekali filem itu, maka tidak hairan ia mengundang kemarahan yang bukan sedikit oleh mereka yang beragama Islam. Yang tidak menonton pun sudah tidak dapat mengawal kemarahan apabila agama mereka diperkotak katekkan sebegitu apatah lagi yang berpeluang menontonnya.

Di Indonesia, rakyatnya mengadakan perhimpunan di hadapan kedutaan Belanda. Di Malaysia juga ada perhimpunan itu diadakan. Ada juga pasaraya-pasaraya mengambil pendekatan memberi tahu pengguna apakah barangan keluaran Belanda semperna kempen boikot barangan keluaran negara tersebut. Banyak juga forum-forum di internet yang turut membincangkan perkara ini.

Tetapi, aku merasa ada sesuatu yang hilang. Tun Mahathir sudah menyatakan pendiriannya. Parti pembangkang sudah, Persatuan Pengguna Islam sudah. Mana pernyataan dari Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of the Islamic Conference)? Mana? Aku masih menunggu. Agama Islam sudah dihina sebegitu rupa, tetapi seseorang yang dipanggil Pengerusi OIC hanya diam tidak membuat sebarang pernyataan. Mungkinkah apabila ditanya wartawan, beliau akan menjawab 'Saya tidak tahu'? atau 'Oh I See'?

Sepatutnya OIC melalui Pengerusilah, orang pertama yang bersuara. Dan Perdana Menteri Malaysia juga tidak memberi sebarang ulasan terhadap penerbitan filem ini. Kenapa mesti beliau dan beliau (Pengerusi OIC dan Perdana Menteri Malaysia) mendiam seribu bahasa?

The Star Buat Lawak 1 April

Terasa hendak gelak berdekah-dekah sewaktu seorang rakan memberitahu aku yang The Star hari ini buat lawak April Fool mungkin kepada penerbitan itu sendiri mengenai Bintang Paling Popular yang baru dinobatkan. Setelah Mawi mengaku Ikin adalah wanita teristimewa dalam hidupnya kepada KOSMO maka The Star agaknya tidak sabar-sabar hendak menunjukkan rupa Ikin kepada pembacanya sehingga tersalah Ikin.

Pengajaran kepada wartawan The Star, buat kerja rumah. Hehehe. Ikin dalam gambar yang diletakkan dalam berita ini adalah Ekin bekas pelajar Akademi Fantasia bukan Ikin buah hati pengarang jantung, intan payung umbrella porch garaj Mawi.

Skrin captured dibawah di ambil dari laman web The Star disini

Aku kepilkan bersama entry ini rupa Ikin pujaan Mawi yang sebenar, bolehlah wartawan The Star salin dan tampal di suratkhabarnya esok. Hehe. Dus...menjadi betul lawak tak sengaja The Star ini.







Posted by Picasa

Yang Baik Jangan Di Ubah


Imej boleh dibesarkan dengan menklik pada gambar.


Berikutan entry semalam mengenai suratkhabar semalam yang mencadangkan farmasi dan klinik diasingkan menjadi seperti negara lain, hari ini terbaca dalam ruangan reaksi di NST. Rupanya ramai lagi yang tidak dapat menerima akan cadangan super duper tak kena tempat ini.

Malaysia suka meniru orang lain sedangkan sistem sendirik sudah jauh lebih baik dari sistem yang diguna pakai di negara orang lain. Tertarik dengan pandangan Doktor Azwan di entry sebelum ini, mungkin akan ada banyak klinik dan farmasi yang akan marak dibakar jika cadangan ini dilaksanakan. Hehe. Betul, orang dah sakit tak ada mood nak shopping ubat ke sana sini.

Banyak lagi benda lain yang boleh diubah, tidak usah mengubah sesuatu yang sedia bagus. Agaknya rakyat negara lain pun suka dengan sistem kita. Seorang expatriate di pejabat aku dari US mendapat flu sewaktu cuti Krismas di negaranya. Dek kerana dua sistem ini, beliau berjaya menghabiskan duit medical benefit yang pejabat peruntukkan iaitu RM1000 setahun hanya untuk satu kali sakit. Sebab itulah orang US tidak gemar ke klinik walaupun berada di Malaysia kerana mereka terasa phobia dengan kos perubatan yang mahal di negara mereka. Dan sebab itulah juga orang US di pejabat aku berjuang habis-habisan untuk mengubah admin and finance manual untuk mendapatkan cuti sakit tanpa Sijil Cuti Sakit dari klinik / hospital kerana mereka merasa kalau sehari sakit tidak perlu ke klinik. Hanya perlu berehat di rumah.

Dari satu segi lain yang bagus jika cadangan ini dilaksanakan ialah tentunya permintaan terhadap khidmat bomoh tradisional di Malaysia akan meningkat berkali ganda kerana bagi yang tidak mampu membayar kos dua tempat, bomoh merupakan alternatif. Alternatif kepada farmasi ialah air jampi bomoh. Mungkin akan ada sekolah sekolah pembomohan tumbuh bagai cendawan bagi memberi alternatif perubatan lebih murah.

PS: Kita tidak akan bergelar negara maju hanya kerana perlaksanaan membezakan antara klinik dan farmasi. Ingatkan lepas pilihanraya harga petrol naik dahulu, rupanya harga kesihatan yang lebih mendapat tempat. Huh

Posted by Picasa