Tuesday, March 11, 2008

Siaran Radio Pagi Ini

Dalam perjalanan ke pejabat, eh bukan ke Shah’s Village Hotel di Petaling Jaya pagi ini, aku secara sengajanya mendengar radio 24. Saluran Berita 24jam pertama di Malaysia. Dan topik perbincangan telefon dengan seorang penganalisis politik itu sungguh menarik perhatian.

Lebih kurang begini:

DJ bertugas: Kalau sebelum ini kita boleh lihat media begitu menyokong parti pemerintah, apakah selepas ini kita akan melihat perubahan dari segi penulisan kerana banyak negeri diperintah oleh pembangkang?

Penganalisa Politik: Media-media arus perdana seharusnya memberi peluang kepada semua parti. Kalau RTM, kita fahamlah, ia merupakan milik kerajaan maka kerajaan menggunakan RTM sebagai medium kempen, tetapi apabila media media yang kita panggil sebagai Media Prima bertindak lebih dari RTM itu sendiri, maka sekarang apabila sudah banyak negeri diperintah oleh parti bekas pembangkang maka dengan sendirinya mereka terpaksa mengubah cara penulisan mereka.


Dari apa yang saya dengar, lima negeri ini akan mewujudkan stesen tv mereka sendiri di internet. Oleh kerana kemajuan teknologi pada masa sekarang, stesen tv streaming di internet bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Jadi apabila media prima mengambil kenyataan dari satu pihak sahaja, stesen stesen tv milik kerajaan negeri ini mempunyai ruang yang cukup untuk menjawab apa yang diperkatakan.

Itu antara yang menarik perhatian aku.

Betul juga, sekali tengok Media Prima terutama amat-amatlah bias. Paling kelakar berita mengenai tadika kemas di Kedah yang dihalau. Tengah cuti sekolah ni nak halau apa? Apa tak menyempat ke nak tunggu cuti sekolah buka untuk mulakan drama terbaru Cengkerama?

PS: Aku suka dengan topic
sebol. Hari ini pun masih ditutup lagi. Sampai bila nak tutup? Nak wayang kat siapa kata sebab pembangkang menang maka Index BSKL merudum?


0 comments: