Monday, March 17, 2008

Siapa Lebih Derhaka?

Lim Kit Siang?
Shahidan Kassim?
Abdullah Ahmad Badawi?

Bukan apa, minggu lepas bersungguh-sungguh media arus perdana menteri memburuk-burukkan Lim Kit Siang dari DAP apabila beliau pada mulanya tidak bersetuju dengan perlantikan ADUN Pas menjadi Menteri Besar Perak sepertimana yang dititahkan oleh Sultan Perak walaupun DAP, PKR dan PAS sama-sama menghantar nama calon masing-masing.

Maka gegak gempitalah. media melaporkan Lim Kit Siang menderhaka dan memaksa beliau untuk meminta maaf kepada Sultan Perak. Lim Kit Siang akhirnya memohon maaf, tetapi masih dijadikan isu. Malah ada beruk beruk jalanan berarak di taman-taman (perhimpunan AMAN :P) mendesak Lim Kit Siang memohon maaf. Apa yang aku rasa kebodohan beruk beruk ini ialah, Lim Kit Siang telah memohon maaf, jadi untuk apa perlunya perhimpunan supaya Lim Kit Siang memohon maaf? Berapa kali harus Lim Kit Siang kata "Saya minta maaf"?

Apa beruk-beruk ini tidak pandai membaca kah? Di internet ada, di suratkhabar ada. Jadi untuk apa perlu perhimpunan mendesak Lim Kit Siang memohon maaf???? Aneh bukan?

Kemudian cerita kedua bermula, Shahidan Kasim yang menemui Paklah sebanyak enam kali sebelum pilihanraya begitu ceria pada sangat akhir sebelum pilihanraya kerana kekal menjadi Menteri Besar sekiranya Perlis dimenangi oleh BN.

Tiba-tiba sahaja pada penghujung minggu lepas, kejutan berlaku apabila Raja Perlis melantik ADUN Bintong, sebagai Menteri Besar. Shahidan Kasim mula berteriak-teriak. Menyatakan dia yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Malah sudah menerima watikah perlantikan dari Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Raja Perlis. Dalam hal ini, sudah terang Raja Perlis memilih BUKAN Shahidan Kasim untuk menjadi Menteri Besar. Jadi tidak derhakakah Shahidan Kasim apabila seolah tidak dapat menerima hakikat tersebut seterusnya pergi mengadu domba kepada Perdana Menteri?

Ya, Perdana Menteri telah memberikan watikah perlantikan kepada Shahidan Kasim tetapi bukankah sepatutnya Istana yang memutuskan siapa yang mereka rasa lebih layak memerintah? Apabila Raja Perlis sudah bertitah, kenapa pula Abdullah Ahmad Badawi dan Shahidan Kasim tidak dapat menerima kenyataan? Berduyung-duyung dibawa penyokongnya untuk kononnya tidak membantah, menerima tetapi kata-kata tidak dapat menyembunyikan perbuatan.

Shahidan mendakwa ditikam dari belakang. Siapa tikam? Cermin diri sendiri dulu. Apabila keputusan sudah dibuat, janganlah banyak bunyi lagi. Sudahnya, anda akan dikenang sebagai rakyat derhaka.

Dalam kes ini, rasanya berbanding Lim Kit Siang. Shahidah Kassim juga derhaka apabila tidak menerima dengan sepenuh hati keputusan yang telah dibuat.

Sama-sama kita analisa, siapa lebih derhaka antara mereka bertiga.

1 comments:

Wireless said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Wireless, I hope you enjoy. The address is http://wireless-brasil.blogspot.com. A hug.