Sunday, March 30, 2008

Apabila Syaitan Beraja Di Hati

Sewaktu makan malam bersama seorang kawan yang baru membeli telefon Sony Ericsson, kebetulan siaran televisyen di kedai makan tersebut menyiarkan berita mengenai bayi yang dibuang berhampiran Sogo Kuala Lumpur. Sedih pun iya, tetapi sebab jauh dari televisyen dan tidak dapat mendengar dengan jelas, berita itu kurang terkesan di hati aku.

Hari ini, aku melayari laman forum yang hari-hari aku layan iaitu www.kcarlife.com. Ada yang menghantar gambar bayi berkenaan masih di dalam plastik Mydin. Astaga, serta merta hati aku jadi sayu. Apakah ini? Kucing mati pun kita sediakan kubur, apatah lagi manusia?

Nampaknya kita perlu ayat ' kau jahat seperti binatang' atau segalanya yang kita bandingkan dengan binatang kerana manusia hari ini lebih jahat dari binatang. Apalah malang, apalah dosa bayi kecil ini begitu tersiksa sehingga matinya begitu hina di buang ke dalam tong sampah?

Beberapa minggu lepas, sewaktu mendengar berita di Radio 24, aku juga menitiskan air mata akibat tidak mampu menahan sebak. Seorang bayi ditemui di belakang sebuah restoren dalam keadaan remuk dipercayai di gilis dengan kereta. Mengikut berita, bayi berkenaan mungkin ditinggalkan oleh makhluk tak bertanggungjawab berhampiran tong sampah. Dan mungkin secara tidak sengaja di gilis oleh kereta yang melalui jalan belakang itu. Oh sengsara hidupnya yang tidak sampai 4-5hari itu.

Apabila kejahilan menguasai diri, seks bebas berlaku di sana sini dan pelakunya dengan bangga bercerita dengan kehebatan mereka mendapatkan mana-mana yang disukai untuk menjadi teman tidur semalaman maka bertambahlah gejala sosial. Nafsu dijadikan perkara utama untuk dilampiaskan, perkataan dosa punya hanya mempunyai pengertian kecil. Di ucapkan sambil gelak ketawa tanpa ada sekelumit perasaan takut dan bersalah kepada Pencipta kita...bertambahlah lagi kes-kes begini.

Sama-sama kita tangisi siksaan si anak kecil ini.
Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

wawa said...

oh ezza,

aku dapat imagine betapa comelnya baby nih.

:(

Anonymous said...

apabila manusia bertuankan nafsu..begini lah jadinyer....kemodenan dan pembangunan negara yg dibawa tak seiring dgn pembangunan sahsiah dan rohaniah....

zuhairy.mustafa said...

sian btol, anak aku demam pn aku dh x smpai ati tgk, kesian kat anak ni.. xnak bagi kat aku lah. bleh jd geng anak aku apa