Friday, March 14, 2008

Senario Selepas Pilihanraya

Iye, selepas pilihanraya yang sangat agung ini. Pelbagai spekulasi mula muncul Kononnya BN sengaja mengalahkan diri bagi membuang beberapa muka yang dirasakan menyusahkan dan menekan BN dari maju. (Teori tak boleh pakai kalau minta pendapat aku, kekecewaan di wajah Paklah pada malam pengumuman keputusan pun itu pun sudah menyangkal teori ini, dah kalah-kalahlah <-- Pemimpin apa yang memberi jawapan lemai lesu begini kepada wartawan???). Kalau betul teori untuk membuang beberapa kerat muka yang menyusahkan, kenapa harus mereka menawarkan jawatan Menteri melalui Senatorship kepada Uncle Samy Vellu?

Spekulasi lain ialah mengenai Penang dengan Ketua Menteri yang baru, naik-naik sahaja terus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan sepatutnya membantu kaum melayu. Yang begitu digembar gemburkan sehingga Paklah sendiri turut masuk campur. Aku tak tahu apa Dasar Ekonomi Baru kepada aku. Betul aku tak tahu. Tak terasa kesan DEB kepada aku. Tanah kubur percuma sahaja yang mungkin aku merasa dalam hidup aku.

Spekulasi lain pula, rakyat negeri Penang menolak kemajuan. Ini buat aku hendak tergolek sampai ke Pulau Pinang tergelak. Alahai mentalnya laporan media. Rakyat Pulau Pinang tolak BN, apakah BN itu sama maksud dengan kemajuan? Rakyat Pulau Pinang menolak BN bukan menolak kemajuan. Alangkah sempit minda si wartawan yang menulis berita ini.

Ada pula sang pengikut UMNO yang otak udang di Penang meminta agar RAPID PENANG ditarik balik,

PULAU PINANG 13 Mac – UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan Pusat menghentikan semua projek mega yang dirancang di negeri ini termasukperkhidmatan bas RapidPenang yang telah beroperasi 31 Julai tahun lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, langkah tersebutperlu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerajaan baru Pulau Pinangdi bawah pimpinan DAP merencanakan projek mengikut acuan mereka sendiri.


Beliau berkata, tindakan itu juga sebagai memenuhi keinginan rakyatPulau Pinang yang tidak mahukan kemajuan dan pembangunan yangditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

‘‘Ini bukan balas dendam. Ini tanggungjawab kerajaan negeri yangbaru untuk memajukan dan membangunkan negeri ini mengikut cara merekasendiri.

‘‘Kami akan memujuk, merayu dan meminta kepada kerajaan Pusat supaya segala projek mega di Pulau Pinang ditarik balik,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat UMNO negeri diMenara UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa projek seperti pembinaan Jambatan KeduaPulau Pinang, projek monorel, Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER),Jalan Raya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan Penang Sentral perlu dihentikan.

Azhar menjelaskan, selama ini UMNO telah berusaha membantu mereka sedaya mungkin semata-mata untuk memberi kemajuan yang sama rata kepadasemua kaum.

Masa berkempen iya-iyalah, mengungkit akan semua yang telah dibuat, apabila dah kalah..yang dah buat pun nak tarik balik. Macam dejavu pula apabila teringat zaman Terengganu jatuh ke tangan PAS tahun 1999, serta merta duit royalti minyak di tarik balik. Yang berkesudahan selepas BN kembali memerintah, tak tahu kemana pun pergi duit royalti yang kononnya sudah kembali di berikan itu? Aku tak dapat pun?

Tak habis disitu, kontroversi perlantikan jawatan Menteri Besar di Perak pun menjadi isu besar. Mujurlah DAP masih tahu menggunakan otak. Selepas DAP, PKR pula buat hal. Iyalah, secara logiknya, kenapa DAP sampai dapat 8 spot untuk exco kerajaan negeri? Kenapa PKR dan PAS masing-masing berkongsi satu tempat sahaja? Tapi semuanya sudah selesai dengan tolak ansur DAP 6 kerusi, PKR 3, dan PAS 2. jangan cepat bertelagah wahai Barisan Rakyat. Kamu sekarang sedang diperhati, apakah kamu betul-betul ada barisan atau tidak. bersatu atau tidak, Jangan lupa, Barisan Rakyat bukanlah satu barisan yang sangat popular, rakyat cuma menyampah dengan Barisan Nasional maka memilih barisan rakyat. Jangan besar kepala dengan bangga yang rakyat memilih kamu kerana begitu suka dengan kamu.

Di Selangor tidak kurang kontroversinya, kisah Kerajaan Lama Barisan Nasional menyeludup masuk ke pejabat dan memusnahkan dokumen-dokumen penting masih menjadi isu hangat.

Di Kedah, isu sekolah tadika yang dihalau dari balai raya juga cuba dicetuskan. Entahlah yang pasti aku rasa kelakar. Sekolah pun tengah cuti, apa yang dihalau? Pandai betul buat drama swasta

Di negeri Kelantan yang hendak di rawat itu juga harus dipuji kerana berjaya kembali tenang tak ada kecoh kecoh tak ada rusuh-rusuh. Kepimpinan BN nya harus dipuji, dah kalah senyap. Tak banyak bunyi.

Di Terengganu pula, masih tertanya-tanya siapakah bakal Menteri Besar kerana Sultan tidak bersetuju berMB kan Idris Jusoh dan nama-nama lain yang dicadangkan oleh BN Terengganu.

Di Perlis pula, Shahidah Kasim yang menemui Paklah sehingga enam kali tidak dilantik menjadi Menteri besar. Majlis angkat sumpah menyaksikan Dr Mohd Isa bin Sabu menjadi MB. Sultan sudah bersuara, Paklah tidak boleh derhaka seperti Lim Kit Siang juga terpaksa taat pada pilihan Sultan Perak. Nanti keluar suratkhabar sama yang mengatakan Lim Kit Siang derhaka memanggil Paklah derhaka pula. Hehe

Oh..adakah anda ada mendengar, Datuk Muhkriz membuat petisyen untuk mengundurkan Paklah dari jawatannya sekarang? Dan melalui forum cari aku juga dapat tahu sudah banyak sepanduk dinaikkan di tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur untuk mengundurkan Paklah. Adeh, pertama kali dalam sejarah hidup aku. Kalau Paklah turun, siapa pengantinya? Aku tidak nampak sesiapa yang boleh menjadi PM ada di dalam barisan kepimpinan parti BN sekarang. Entahlah, mungkin orang lain nampak, tetapi aku tak nampak.

Photobucket

Lain –lain gambar yang di ambil oleh saudara Minaq_Jinggo sila disini


0 comments: