Tuesday, March 04, 2008

Selamat, Aman, Makmur

VS Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

Itulah yang diwar-warkan oleh Be End pada pilihanraya 2004. Sebagaimana kita boleh lihat tidak ada banyak kecemerlangan, kegemilangan, keterbilangan sepanjang empat tahun ini, jadi kita jangan mengimaginasikan yang lebih-lebih dengan motosikal (terima kasih pawarut) eh manifesto Be End yang terbaru ini.

Manifesto Selamat, Aman, Makmur hanyalah meneruskan siri manifesto Be End dalam pilihanraya yang lepas. Itu sahaja. Sebab 2004 Be End pakai 3 perkataan yang hampir semua tak faham, bunyi je sedap, kali ini mereka datang dengan Selamat, Aman, Makmur. Agak kurang menyengat..sebab dah hilang rhythm berbanding manifesto lepas.

Mungkin tahun pilihanraya seterusnya ia akan berbunyi, Selam, Tenggelam, Karam,

Sementelah manifestonya sungguh kelakar, dan terasa mereka membuat lawak, maka kita rakyat jelata hampir pasti menyebik apabila terbaca manifesto itu ditepi-tepi jalan raya yang penuh semak dengan poster.

Ke arah negara yang lebih:
Selamat – Ya ke? Ulang fakta sebelum ini, banyak betul kes-kes membabitkan rogol, penculikan, pembunuhan. Mana selamatnya? Dulu tahun-tahun 70-an, 80-an selamat. Sekarang? Tidak. Kalau nak menjamin keselamatan rakyat, kenapa nak tunggu pilihanraya pula. Mandat 50tahun yang rakyat beri sebelum ini tidak cukup untuk memberi keselamatan kepada rakyat.

Sebelum parlimen dibubarkan, adalah berita-berita dongeng kata nak banyakkan balai polis. Nak sewa rumah kedai etc. (itu sudah tentu kempen secara tersirat). Tetapi apa guna balai polis kalau tiada hasilnya?

Contoh terdekat, Balai Polis Setiawangsa. Tidak boleh membuat aduan polis. Kalau penduduk Setiawangsa hendak membuat aduan sebarang kecurian atau apa sahaja, mereka perlu ke Balai Polis Jalan Tun Razak. Buat apa diwujudkan balai polis sebanyak mungkin kalau tidak ada apa-apa fungsi? Pelik bukan?

Aman – Aman ke? Setiap hari ada kes rompakan, ada kes pecah rumah. Rakyat hidup dalam mimpi ngeri. Memanglah Malaysia belum ada kes bunuh berbunuh, bom mengebom. Tapi apakah kes rompakan itu suatu perkara kecil?

Sekarang, kes kecurian motor dan kes pecah masuk rumah curi barang kemas sudah menjadi senario biasa Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya. Jadi amankah itu?

Boleh ke Be End berjanji kalau mereka menang, mereka akan pasang CCTV setiap tingkat untuk setiap apartment di Malaysia? Kalau boleh, undi saya milik Be End

Makmur – setahu aku makmur datang bersama dengan Aman, yang bermaksud aman lagi aman. Haha. Tapi mungkin bahasa melayu aku memang agak tidak membanggakan sementelah aku baru berbahasa Melayu 7-8tahun. Sebelum itu aku habiskan dengan berbahasa loghat kelantan dan terengganu.

Makmur, yang diterjemahkan sebagai Prosperity. Bukan Burger Prosperity dari McDonald ok? Bermaksud kekayaan, kesenangan. Senang ke? Kaya ke? Sara hidup makin tinggi, desakan hidup makin menyiksakan. Apakah ini kemakmuran yang Be End boleh janjikan? Ataupun kemakmuran Be End ialah, setiap kali harga minyak naik, mereka akan janjikan ‘Barang keperluan tidak akan naik harga, kerajaan akan mendenda mereka yang ingkar’ Dan juga apakah kemakmuran bererti membanding-bandingkan harga keperluan asas dengan Singapura, Thailand dan negara serantau yang lain (kecuali Brunei) dan mendakwa harga kita lebih murah? Apakah juga kemakmuran bermaksud setiap kali harga barang naik, rakyat dipaksa mendengar alasan demi alasan sehingga yang tidak munasabah langsung pun keluar.

Oh, saya pergi ke ceramah Be End, saya juga pergi ke ceramah PAS dan Keadilan. DAP je saya tak pergi sebab luar kawasan kediaman.

3 comments:

sebol said...

kan ada youtube khas untuk "explain" manifesto tu

kumb@ng said...

yok..yok..o..je Bee End.. boleh jamin ke? selamat, aman, makmur?!

ezza erisa said...

ada ke?
aku jumpa yang khairil geng beruk jalanan berkata.

bulan(PAS) akan musnah pada hari kiamat
tetapi tidak dacing (BN). hari kiamat buat apa nak kira parti parti lagik???

stupid tul

http://www.youtube.com/watch?v=ielaIErgWVc