Tuesday, March 04, 2008

Sekitar Kehidupan Minggu Ini

Ini edisi nak meriak. Absorber depan aku yang baru. APM Performax gas type. Baru sahaja di tukar. Maklumlah kereta dah beransur-ansur menjadi kereta tua dan lama, apabila proses penuaan berjalan, kita samada sediakan duit untuk beli spare part atau sediakan duit beli kereta baru. Hehehe



Ini pula mesin basuh baru aku. Yang aku mimpi-mimpi sejak 2-3bulan yang lepas (ehek sejak deida pindah sebab pemalas nak basuh dengan tangan). Jenama pilihan TOSHIBA. Ehek, sebenarnya bukan pilihan, itu sahaja yang masuk rank budget aku. Tapi kalau orang datang rumah aku mesti ingat aku peminat TOSHIBA. Mesin basuh TOSHIBA, televisyen TOSHIBA. Nasib peti sejuk jenama yang dah pupus, NATIONAL. Hehehe. Deida, I tunjuk gambar mesin basuh ni, khas tuk meriak kat u tahu. Hahahaha.




Ini pula aku nak komplen dan mengomen mengenai kepandaian parking. Tahulah pakai kereta robocop, besar...tapi rasanya petak itu muat untuk semua jenis kereta kecuali BAS dan BASIKAL. Samada memang tak pandai parking, atau parking tanpa tengok garisan atau memang jenis kawasan parking, uncle tokki dia punya. Hahaha. Contohi kancil putih di sebelah itu, walaupun ruang petaknya telah dimakan oleh Waja disebelahnya tetapi beliau masih berjaya memasukkan kereta tanpa memakan petak orang lain. Hidup Kancil Putih. :P



Oh yang terakhir ini adalah rupa sebenar senario jalan masuk ke parking di atas. Dimanakan jalan yang sangat huduh ini? Di mana? Putrajaya. Buat mencemar imej sahaja. Bangunannya cantik bagai tak terkata, lanskapnya indah sekali. Tetapi jalan masuk ke tempat letak kereta sungguh mencelarukan. Berhabis berjuta buat bangunan boleh, nak tampal jalan masuk ke tempat letak kereta tiada budget? Oh, ini merupakan parking kereta berhampiran bangunan Jabatan Imigresen Putrajaya.



Image Hosted by ImageShack.us
Posted by Picasa

2 comments:

Jie said...

owh...tuan kancil putih, anda di spot oleh Matspot..sila sms no kereta anda ke 668899

hikS!

deidaa said...

Owh apekah?
Manne mu beli robot toshiba tu?
Kedai pakcik keramat permai kah?
Idok.. ku idok jeles.. nganganga!

~setelah sekian lama baru leh masuk blog mu.. muhuhu tmnet sak~