Thursday, March 13, 2008

Pengalaman Saya Naik Pengangkutan Awam

Walaupun saya benci dengan kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur tetapi saya tidak pernah merungut kecuali kesesakan luar biasa. Apabila tiba-tiba sahaja kereta saya meragam dan harus meninggalkannya di bengkel, saya merasa saya seperti anak kecil yang tidak tahu berdikari.

Saya membeli kereta saya pada bulan November 2003. Iaitu selepas empat bulan saya mula bekerja di Kuala Lumpur. Empat bulan yang pertama itupun, saya sekadar menunggu bas dihadapan rumah (rumah sewa pertama) yang jarak ke tempat kerja (tempat kerja pertama) hanya 6kilometer. Sesak dalam bas tidaklah terasa sangat.

Dengan ketiadaan kancil putih peneman setia itu, saya terpaksa naik pengangkutan awam. Bermula dari komuter dari Shah Alam ke Angkasapuri. Yang ini tdak bermasalah sangat. Perjalanan pulang ke rumah dari pejabat menaiki LRT dari Stesen Bangsar boleh tahan mencabarnya. Terpaksa menolak-nolak untuk masuk ke LRT. Oh....tiada tempat nak berpegang. Patutlah kawan saya yang lelaki itu suka naik LRT waktu sesak. Boleh peluk awek-awek tak dikenali free-free je. Awek-awek pun tak bantah. Siot. (ayat ini tidak sesuai untuk karangan pelajar sekolah)

Sampai di LRT Setiawangsa, saya berfikir-fikir samada menaiki bas atau teksi. Apabila saya berkeputusan hendak menaiki bas, ada satu lagi masalah peribadi. Apa tatacara naik bas? Tambang berapa? Saya malu hendak bertanya orang-orang yang sedang menunggu bas, nampak sangat keterasingan saya. Saya jalan jauh – jauh seikit dari orang ramai. Mendail nombor telefon adik saya di UITM Shah Alam. Seterusnya bertanya ‘wei, nak naik bas wat camner?’ Reaksi pertama adik saya, gelak terguling-guling (Iye ke guling? saya agak je..tapi suaranya memang tergelak besar’).

Saya ala-ala berbisik je bercakap, konon cam rahsia padahal sebab malu kalau orang dengar, Nak naik bas pun tak tahu macammana. Akhirnya, selepas mendengar taklimat, dapatlah saya naik bas. Sampai ke rumah.

Ok, hari ini pula, saya tunggu bas ke LRT. Lama betul. Kalau naik kereta dah sampai ke Bangsaya buat lawak bodoh lagi. Saya hulurkan duit RM2.30, saya katakan...Setiawangsa. Heh..orang kaunter tu kata..ni stesen Setiawangsa lah ni kak. Dus. dush dus..malu. Patutnya saya kata, bangsar.

Naik ke tempat menunggu LRT. mang ai..ada beratus orang sedang beratur untuk ke aliran Kelana Jaya. Train yang datang dari Wangsa Maju itupun sudah penuh dengan umat, bagaimana orang yang tunggu di Setiawangsa nak naik? Saya yang sedikit bijak ini, mengambil train yang sebaliknya, ke Gombak. Nanti saya akan patah balik di stesen terakhir. Jadi trainnya kosong, boleh dimasuki.

Pengalaman ini bukanlah pahit sangat, tetapi sebab saya tak biasa bersesak, tak biasa menunggu, maka sepertinya saya rasa seolah-olah ini adalah hari yang amat teruk. Kalau saya tidak berkereta dan saya terpaksa melalui pengalaman ini setiap hari, tidaklah terasa apa-apapun. Baru sehari dah merungut-rungut. Orang lain yang hari-hari bersesak pun tak ada merungut macam saya.

Saya juga pelik tengok orang dalam LRT berbual bual dengan kawan-kawan dalam keadaan bersesak-sesak dengan happy macam tiada masalah, sedangkan saya...merasa perjalanan dalam LRT suatu yang amat mengerikan. Dua dua tangan pegang palang kemas dan erat. Takut punya pasal. Haha

Oh...saya terlewat sejam hari ni. Kerana saya lupa saya perlu menaiki pengangkutan awam dan saya lupa mereserve masa untuk menunggu. Siapa kata naik pengangkutan awam cepat? I spend satu setengah jam hari ini untuk sampai ke pejabat.Jika berkereta kereta, saya cuma mengambil masa satu jam sahaja.

Gosh, I miss my knight rider. Eh...my kancil putih.

1 comments:

zuhairy.mustafa said...

kan byk lagi pengangkutan awam yg ko boleh gunakan selain LRT tu, cthnya; ferri ke, flight ke... apa raa