Monday, March 31, 2008

Mungkin Kita Mati di Tengah Jalan

Membaca berita di muka surat hadapan hari ini membuatkan aku rasa macam nak pelangkong sahaja sesiapa yang buat cadangan agar sistem perubatan negara diubah. Diubah menjadi seperti India, Philipina dan negara-negara lain.

Cadangannya begini: Klinik dan Farmasi di asingkan. Tugas doktor di klinik memeriksa dan memberi prescription ubatan. Tugas farmasi adalah membekalkan ubat seperti yang di perjelaskan di dalam prescription yang diberikan oleh doktor.

Apakah ini? Apabila kita sakit, kita ke klinik. Setelah berjumpa doktor..kita kena berlari membawa prescription itu ke Farmasi untuk membeli ubat. Empat kos nyata terbabit. Kos jumpa doktor, Kos pengangkutan ke dua tempat, Kos beli ubat di Farmasi. Farmasi tidak selalunya berada disebelah klinik ok? dan Kos Masa

Menurut temuramah itu berkata, negara lain sudah mengamalkannya, kenapa tidak kita? Memberi lebih peluang pekerjaan dan sebagainya. Hoh, kalau yang tak praktikal begitu nak sangatlah diamalkan. Kalau bab-bab kebebasan media dan sebagainya, tak pula nak diamalkan.

Bayangkan, jika sistem ini diamalkan...bagi yang tengah kecemasan..berlari ke klinik untuk diperiksa...semasa berlari untuk dapatkan ubat di farmasi..sudah meninggal dunia di tengah jalan. Lambat sangat. Bayangkan pula apabila farmasi pertama yang dituju kehabisan ubat, perlu pula berlari ke farmasi ke dua dan seterusnya. Membuang masa betul.

Kita juga tengok dalam banyak drama Hindustan, pelakon yang pura-pura miskin itu tidak mampu membeli ubat di farmasi selepas di prescript oleh doktor. Begitukah yang kita mahu terjadi kepada pesakit-pesakit yang ketiadaan duit di Malaysia?

Mungkin ada orang akan setuju dengan pengasingan ini. Tetapi tidak aku! (Walaupun aku dah hampir tiga tahun tak demam)

6 comments:

Wawa said...

sungguh tak adil kan.

banyak lagi ebnda yang pboleh diperbaiki, tapi yang menyusahkan rakyat jugak yang nak diubah sesuka hati.

aku sedihla jadi rakyat malaysiaku ini.

zairulkm said...

itulah adalah kaedah medication di uk...dr satu segi amatlah menyusahkan dan membebankan terutama org yg sakit teruk. Tp di uk rakyatnya tak tunggu sakit teruk br jumpa GP..mereka buat appoitment secara berkala..dan beli ubat w/pun masih sihat.

sbb tulah sy tak faham stail gov M'sia nih...dr segi tu semua nak ikut UK..etc..tp bab2 kebajikan x nak ikut..cth..kat UK...sapa x de keje dpt elaun pengganggur, benefits rumah sewa..etc...

Jie said...

Dulu Kementerian Pelajaran, sekali tukar menteri sekali ubah alih segala bagai sistem...takkan Kem.Kesihatan pun nak usik benda yang dah elok.

Jangan lah jadi seperti tikus membaiki labu.

sebol said...

Kabinet bersidang kat sini lak.
Jap aku panggil Menteri Kesihatan KBBP untuk beri ulasan.

miLLa said...

hey there! diatas arahan YAB sebol, saya diarahkan memberi komen. ngeh ngeh

anyway,when i was oversea dulu, diorg wat style cenggini gak. and really, memang menyusahkan and membazir. cuz some pharmacy siap overcharged lagi. at one time this one pharmacist tak bleh bace tulisan doctor yg prescribed tu, saya kene patah balik kat doctor utk mintak die tulis betul2.

ceh..

tu la jadinya if menteri kesihatan bukannye medical doctor. cuz they dont understand from the doctor's perspective.

perlu ke semua nak ikut cara orang..kot ye pun nak buat utk kebaikan rakyat, ade cara lain kan? heish..

sekian time kasih :)

Dr Azwan said...

Assalamualaikum Warahmatullah...

Ini respons saya selaku Menteri Kesihatan Beras Padu....

Perkara ini telah menjadi perbincangan para doktor dan ahli farmasi di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Kini, sejak lebih ramai ahli farmasi telah dilahirkan melalui kolej2 swasta dan kerajaan, sedangkan jawatan yang ada sedikit, maka mungkin tekanan semakin dirasai oleh Kementerian.

Mungkin di bawah pemerintahan Teow Longlai.. ke Leow Tiong Lai... maka beliau ingin mengimplimentasikannya semula.

Kebaikannya cara ini ialah doktor akan menguruskan pesakit sahaja, ahli farmasi pula jaga ubat. Jika ikut di Hospital setting - hanya ahli farmasi saja yang boleh bagi ubat. Doktor cuma jaga pesakit. Kecuali pada emergency setting, doktor ada direct contact dengan ubat2 penting tanpa melalui ahli farmasi. Ini juga boleh mengelakkan doktor di klinik swasta menjual ubat2 larangan sewenang-wenangnya.

Saya pernah melawat Hospital di Indonesia. Mereka terima rawatan di Hospital kerajaan tetapi terpaksa beli ubat di Apotek (farmasi swasta) sebab hospital kerajaan tak bekalkan ubat kerana melibatkan kos. Ini menyebabkan ramai di kalangan mereka yang miskin tidak dapat bekalan perubatan kerana harga ubat Apotek yang mahal. At the end, mereka lari ke bomoh2 tradisional untuk berubat.

Di klinik swasta, saya merasakan bahawa cadangan ini akan menyusahkan pengguna.

1. Farmasi perlu dibuka 24 jam, kerana banyak klinik 24 jam dibuka di Malaysia. Sekarang ini kebanyakan farmasi swasta hanya bekerja sampai pukul 5 petang sahaja. Kalau bawak preskripsi ke farmasi swasta, maka belah malam memang takkan dapat ubat preskripsi. Kalau tak - tengah sakit2 nak tunggu besok pagi - ada farmasi yang kena bakar..

2. Ada sesetengah ubat yang doktor prescribe tak ada kat farmasi. Sekarang ini, saya cuma prescribe apa-apa ubat yang ada di dalam inventory saya di klinik. Takkan saya nak prescribe ubat di luar inventory, ini akan menyusahkan pengguna. Andai kata saya prescribe 5 jenis ubat (mana saya tahu ubat itu ada di farmasi berhampiran atau tidak), tetapi farmasi satu ni ada 3 jenis sahaja, pelanggan terpaksa cari farmasi lain untuk 2 jenis ubat lagi. Mungkin lepas shopping 4farmasi lagi baru jumpa baki ubat. Ini akan menyebabkan banyak farmasi akan dibakar....

3. Bak kata penulis blogger ini, farmasi yang terletak agak jauh daripada klinik akan menyusahkan pengguna. Pengguna yang muntah2 dan sakit teruk mahukan kelegaan yang cepat. Mereka tak ada mood nak shopping ke sana-ke sini. Mereka nak beli ubat dan balik cepat. Nak-nak kalau pukul 4 pagi, jumpa doktor, tapi tak dapat ubat pulak tuh, kena carik farmasi kat tempat lain 2 kilometer jauhnya. Kena pulak bila sampai farmasi tutup, atau slip preskripsi tidak dapat dibaca atau takde ahli farmasi. Sekali lagi sebuah farmasi akan hangus dibakar.

4. Bila lihat kos pula, kos ubat di farmasi mungkin akan meningkat. tetapi yang paling pasti akan meningkat ialah kos konsultasi doktor. Macamana doktor nak bayar klinik dan kakitangan nya kalau sekadar konsultasi RM 8 untuk seorang pesakit? Sebelum ini kos ini boleh diserap dengan jualan ubat. Kos konsultasi pasti akan meningkat ke RM 20 seorang pesakit? Atau mungkin lebih. Klinik akan berkurang kerana keuntungan doktor tidak dapat menampung kos perniagaan. Kali ini klinik pula akan dibakar sebab nak claim insurance...

5. Pada masa sekarang pun telah ramai ahli farmasi menjual ubat tanpa preskripsi. Maaf ye tuan-puan ahli farmasi, ini bukan tuduhan tetapi pengalaman. Ubat seperti antibiotik dan ubat batuk berkala banyak dijual di farmasi tanpa preskripsi. Apabila cadangan ini dijalankan, perkara ini akan semakin merebak dan tidak terkawal. Buat apa nak pergi jumpa doktor? Buang duit je, terus je beli ubat kat farmasi. Akhirnya, ini akan menyebabkan self diagnosis semakin menjadi2 dan akan mengundang bahaya.

----------------
Bukan tidak ada kebaikannya, tentulah ada. Cuma sebelum dijalankan pastikan kerajaan menimbang buruk baiknya keadaan ini. Farmasi dan klinik swasta bukan terletak sebelah-sebelah sebagaimana di hospital. Bukan kah ini akan menyukarkan pengguna. Implikasi yang saya sebutkan di atas juga adalah valid.

Dan bagaimana kerajaan ingin menghalang doktor-doktor swasta mogok di seluruh Malaysia sekiranya idea ini dijalankan?... haha.. yang ini saya seronok nak tengok..

Wallahu A'lam