Tuesday, March 18, 2008

Me, Bitching

Menyampah. Hahaha. Betul aku menyampah dari pagi sampai ke tengah hari. Menambahkan lapar aku sahaja. Cerita serba tak kena ini bermula macam biasalah, diwaktu pagi.

Pukul 7.30pagi aku bergerak ke Putrajaya. Selalunya dari Setiawangsa ke Putrajaya pada hari kerja mengambil masa satu jam, jadi aku buat belanjawan (budget) akan sampai ke Putrajaya pukul 8.30pagi. Walaubagaimanapun, sewaktu di MRR2, jalan sesak teruk dari sebelum exit Jalan Cheras / Kajang. Selalunya berhampiran simpang keluar Taman Connought barulah sesak. Jalan dengan penuh sabar (awal lagi nak hilang sabar pun), rupanya ada kereta Wiralution sudah kemalangan. Parah juga gayanya.

Perjalananan diteruskan, masih lagi jalan sesak, Sampai di depan Shell berhampiran susur Bandar Tasik Selatan, jalan sesak semula. Aku nak ke Putrajaya maka harus guna susur keluar Sungai Besi. Huh, apakah masalah sehingga jalan sesak nak ke simpang keluar ini? Aku sudah mula rasa macam lapar (belum makan pagi), apabila aku mula lapar, mulut aku mula la rasa ringan ringan je. Lepas 6-7minit hanya untuk masuk ke susur, di hadapan balai polis Sungai Besi itu rupanya ada kemalangan. Myvi merah penyek bontotnya di cium oleh bas, manakala bas persiaran itu pula di langgar oleh iswara Z. Oh Z itu menandakan ia kenderaan tentera. Kalau Perdana plat Z aku akan panggil Perdana Z. Begitu juga dengan kereta-kereta Z yang lain. Hahaha

Sampai di Putrajaya pada pukul 9.05pagi. Setengah jam lebih lambat dari masa yang aku belanjawan. Menunggu di depan kaunter selama sejam. Kemudian balik ke Kuala Lumpur. Di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, sesak pula. Apakah ini??? Pukul 10 lebih sesak apa lagi? Di jalan bertentangan selepas tol SMART, di susur jalan ke Cheras, ada sebuah Proton Waja melanggar pembahagi jalan. Awat banyak betul kemalangan yang aku kena tempuhi hari ini? Macam biasa, sebagai warga bandaraya Kuala Lumpur, kita harus memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut.

Aku selalu dengar radio kata, jangan memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan, argh...nasihat tak boleh pakai. Selagi namanya manusia yang bersifat ingin tahu, pasti akan memperlahankan kenderaan untuk melihat. Yang tak perlahan langsung tu, pasti bukan manusia. Selepas susur Cheras itu, jalan kembali laju. Aku berkira-kira untuk ke TMPoint Menara TM sebelum balik ke pejabat.

Sampai di Menara, mencari tempat meletak kenderaan. Wah wah wah sebesar-besar TM tidak bolehkah kamu menyediakan tempat letak kenderaan untuk pelawat?? Aku terpaksa membayar RM5.00 untuk meletak kereta di luar bangunan TM selama satu jam di tempat yang tidak layak untuk bergelak tempat letak kereta pun. Tepi timbunan pasir tuh!

Selepas mendapat tempat letak kereta, aku segera berjalan masuk ke bangunan TM untuk kedai TMPoint. Menekan butang untuk urusan TMNet. Nombor sekarang, 3010, nombor aku 3014. Waktu sekarang 11:12. Sempatlah aku melihat sekeliling. Tempatnya bersih menarik. Tapi yang menyampahkan dari enam kaunter, 2 adalah Application, 2 adalah Payment, dan 2 lagi untuk CELCOM. Dari 2 kaunter Application itu, satu sudah menjadi kaunter untuk permohonan talian telefon. Tinggal satu kaunter sahaja untuk TMNet. TMNet jatuh bawah kategori Application ke? Setelah menunggu 20minit, dan nombor aku belum di panggil, aku bergerak ke kiosk Surfing. Maka surfinglah aku seketika. Terbaca aku akan pengumuman di atas skrin itu yang berkata, free surfing for 15minutes. Hoh, free surfing for 15minutes. Menunggu kau panggil nombor giliran aku dah dekat 40minit.

Konon dedulu ada iklan TMPoint sungguh pantas sampai tak sempat kawan di dalam kereta berehat, nah betul sangat lah tu...naik masak hati aku tahan sabar (kombinasi lapar sebab tak makan atau minum apa-apa dari pagi bersama kombinasi sesak sebab kemalangan). Aku isi borang kaji selidik, Besar-besar aku pangkah ‘Tidak memuaskan hati’. Selepas 50minit menunggu, akhirnya tibalah giliran aku. Disebabkan aku ini selalunya mudah lembut hati, borang kaji selidik yang sepatutnya aku bagi kepada orang kaunter tu, aku biarkan dalam beg. Tak sampai hati pula aku nak bagi borang yang aku tulis tak puas hati itu. Keluar dari bangunan TM pukul 12.00 tengahari.

Dari TMNet menghala ke Maybank. Oh lupa nak cakap di Putrajaya tadi aku cuba mengisi minyak dengan Maybankard. Tak boleh. Aku cuba keluarkan duit dari ATM di Petronas untuk mengisi minyak juga tidak boleh. Katanya kad aku rosak. Sepak juga kad ini karang. Duit dalam wallet ada 50ringgit sahaja. Kalau isi dengan maybankard tak perlulah aku keluarkan duit.

Isilah juga dengan duit 50 itu, sampai di Dataran Maybank, Bangsar, aku bergegas ke ATM. Huh, elok sahaja berfungsi. Dapatlah perkataan-perkataan sensor kat kad itu sebijik dua. Oh menambahkan sakit hati aku pada hari ini, aku nak top up kad touch and go kat toll booth kat Bangi punya entrance masuk ke Lebuhraya Seremban - KL. Boleh tutup pulak hari ini lorong tambah nilai itu. Isk...rasa nak sepak je. Tapi nak sepak apa? Hahaha

Sampai di pejabat, makan-makan tengahari, huh...tiba-tiba macam kena magik...terus mood aku elok balik. Lapar memang boleh mengubah personaliti aku. Macam ada split personality seketika. Baca email dari officemate, katanya dia kena MC hari ini sebab kena gigit nyamuk waktu print email dari komputer aku dan minta aku halau nyamuk dari tempat aku.. Satu, komputer masing-masing sorang satu. Why the hell you need to print the email from my computer? Second, kena gigit nyamuk sampai MC, kau rasa aku duduk kat meja ini, 2-3tahun kalau banyak betul nyamuknya...dah lama aku mati tau? ke tiga, nyamuk terbang...bukan duk setempat sahaja. Ke empat, apa ke faedah aku nak jadi penternak nyamuk sampai aku perlu orang cakap dengan aku tempat aku bernyamuk????

Cool down Ezza, hari ini hari penamaan menteri. Nanti tak sempat nak catch up berita pula. Huhu


2 comments:

wawa said...

haha..penat aku ikuti kisah bitching kau nih.#

dan paling kelakar pasal nyamuk tu.

jumaat nanti aku cuti boleh tak aku guna alasan kena gigit nyamuk masa nak punch card<
hahhaha

ezza erisa said...

hahaha....boleh boleh.....lebih afdal kalau guna alasan, masa tgh drive...nyamuk masuk dalam kereta gigit..hahha..kena u-turn balik umah :P