Wednesday, March 26, 2008

Kerana 26,000...

Punyalah sibuk TV3 gembar gemburkan pasal Kedah beri tiket menonton perlawanan bola percuma. Penuh pula drama mengatakan Kerajaan Negeri perlu membayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sambil menemuramah bapa kemajuan beruk Malaysia mengatakan ketidakwajaran tiket percuma itu kerana menyebabkan kesesakan luar biasa di luar stadium.

Tadi aku dengan tekunnya mendengar berita. Nak juga aku tahu berapa ratus ribu sebenarnya yang perlu Kerajaan Negeri Kedah bayar kepada FAM. Nah, RM26,000 sahaja. Kerana 26k itu berita mengembar gemburkan seolah-olah Kerajaan Negeri Kedah sangatlah bodoh kerana memberi tiket percuma dan sudah rugi berjuta-juta limau.

Kerana 26,000 itu juga berita tiket tak cukup mendapat liputan meluas dan berjaya menduduki tangga pertama mengalahkan krisis dan kemelut politik UMNO di Terengganu. Malam ini, sewaktu kisah 26,000 masih disebut-sebut, berita mengenai kemelut politik UMNO di Terengganu langsung tidak masuk berita. Apa sudah jadi dengan jawatan Menteri Besar Terengganu? Dengar khabar....Paklah menurut kata Sultan Mizan.

Masih menunggu 22 ADUN BN Terengganu meletak jawatan. Ugut-ugut ayam tak macho lah bang.;)

2 comments:

wawa said...

haha

sama cam aku la ezza.

akutunggu gak amount u sekali 26k je.

gila la diorang ni.

26k tu celah2 taik gigi je.

ko dah baca belum kisah 3 datukkena tarik balik gelaran.

haa cepat2 buat entry la ezza.

Mohd Azli Rimon said...
This comment has been removed by the author.