Friday, March 07, 2008

Jangan SPR batalkan Pilihanraya Sudah…

Kali ini kepincangan SPR paling menyerlah. Zaman teknologi canggih ini, sebesar kuman kesilapan pun akan mudah kelihatan. Cara paling mudah, penyelesaian paling senang ialah JANGAN MEMBUAT APA-APA kesilapan.

SPR tahun ini, dah jadi drama queen. Mulanya dengan tempoh yang singkat, katanya borang penamaan calon perlu dibayar cukai hasil. Eh, kemudian dibatalkan. Yang hantar borang tanpa bayar setem hasil pun diterima. Katanya sudah ada pekeliling baru selepas pekeliling pertama. Usahkan begitu, yang tidak bertanda tangan, yang tidak berBIN pun diterima. Borang-borang yang diterima ini, hanya dari sebelah parti sahaja.

Kemudian, SPR buat cerita kelakar lagi. Mulanya dakwah hitam dikatakan akan dicalitkan diibu jari mereka yang sudah mengundi untuk memudahkan dan melicinkan proses. Dakwat tidak mudah tanggal itu dibeli dari luar negara berharga lebih TIGA JUTA RINGGIT. Kemudian SPR main drama pula apabila tiga hari sebelum pilihanraya, membatalkan niat itu. Dan dengan itu, dakwah bernilai TIGA JUTA itu sia-sia sahaja pembeliannya. Katanya hendak dilupuskan dengan menggunakan cara sistem barter. (Dakwah cap emas ke sampai berjuta??) Tak ke membazir berjuta-juta million belanja untuk dakwat sahaja? Pakai sahaja marker pen. Senang tanggal.

Alasannya, dakwat jenis sama telah diseludup masuk ke dalam negara bagi tujuan menghuru-harakan pilihanraya. Aaaa???? Sumpah aku tak faham. Siapa yang nak huru-harakan pilihanraya? Semua orang menunggu dengan sabar tarikh 8hb untuk memangkah calon kegemaran atau parti kegemaran mereka.

Jangan SPR buat cerekarama sudah. Tiba-tiba diumumkan, pilihanraya tidak boleh dilakukan kerana akan menimbulkan huru-hara.

Satu soalan aku, kenapa SPR suka sangat buat penamaan calon dan hari mengundi sangat-sangatlah cepat sebaik parlimen dibubarkan? Bukankah ada tempoh masa yang sedikit panjang untuk tujuan itu? Bukan apa, parlimen bubar dua minggu lepas, alih alih sudah mengundi, kesian betul melihat yang merancang nikah kahwin pada hari tersebut. Nak ditangguhkan sudah terlambat disebabkan sudah melayangkan kad jemputan ke sana ke mari. Tapi apalah sangat rakyat nikah kahwin, F1 yang menyumbang pendapatan pada negara pun, Paklah tak hiraukan.
Terlelap....


Selamat mengundi, kalau pilihanraya tidak dibatalkan. Haha, saya akan bergerak balik ke Terengganu untuk mempromosi Parti Tengkorak sehari lebih awal. Sepanjang perjalanan, saya juga akan singgah di stesen-stesen minyak untuk memberi kad prepaid bekalan minyak kepada pengundi-pengundi bertuah. Tunggukan kehadiran saya bersama dengan Skuad Kancil Tengkorak.Pelbagai freebies yang lain turut disediakan. Kain batik? Sudah tentu ada.

Ask youself, what do you really want?
Do you want good job prospects?
Do you want your family to be save and well?
Do you want your children to be prepared for the future?
Do you want to be in a place where live is good, peaceful and stable?
Do you want to make Malaysia better and stronger?
This 8 of March what are you really voting for?
The choice is in your hand.

Apa yang aku betul-betul mahukan ya?
Seorang Perdana Menteri baru yang bebas dari penyakit tidur dan tidak dipengaruhi oleh anak menantu dalam membuat sebarang keputusan membabitkan isu-isu negara. Adakah terlalu susah untuk kemahuan itu menjadi satu kenyataan?


0 comments: