Friday, March 21, 2008

Isytihar Harta Selepas?

Sebelum memulakan tugas dalam barisan kabinet, mereka perlu mengiystiharkan harta masing-masing terlebih dahulu. Bagaimana dengan yang meminta agar barisan menteri kabinet mengistiharkan harta itu? Adalah beliau tidak perlu mengistiharkan hartanya?

Pelik juga, sewaktu nak jadi menteri kabinet perlu mengistiharkan harta. Apabila di tolak dari kabinet tidak pula perlu istihar harta? (Waktu Masuk = Declare, Waktu disepak keluar = Bawa harta banyak pun takde siapa orang tahu).

Menteri-menteri lama yang tidak diambil kembali, patut juga mengistiharkan harta mereka. Entah berapa billion sudah mereka dapat semenjak memegang jawatan – jawatan penting. Buat perbandingan, wajarkah peratusan pendapatan bertambah itu?

Sepatutnya bukan sahaja menteri, seluruh keluarga mereka pun harus mengistiharkan harta. Begitu juga dengan Perdana Menteri dan seluruh anak keluarganya. Barulah nanti tidak ada menteri yang menjawab mereka membawa ke Australia berjuta-juta Dollar dengan alasan tidak tahu berbahasa Inggeris dan balik ke Malaysia sambil menafikan yang itu wang miliknya. Itu milik abangnya si businessman. Kenapa Menteri Kabinet sahaja yang perlu mengistiharkan harta? Apa pemimpin paling tinggi kebal ke?

Bak kata Tan Sri Aishah Gani, generasi masa kini tidak bijak memilih pemimpin (berikutan kekalahan BN di banyak tempat), mungkin kita boleh lihat secara terbaliknya, pemimpin sekarang tidak bijak berbanding pemimpin dahulu. Sebab itulah undi banyak beralih arah.


1 comments:

Mohd Azli Rimon said...

Agak agak orang mcm kita ni bila lak ndak dapat arahan soh declare harta?