Monday, March 03, 2008

Iklan Be End Lagi

Selalunya aku tengok iklan Undilah Be End dalam bahasa Melayu sahaja kerana selalunya terkeluar semasa sedang menonton Berita. Disebabkan aku, dengan penuh jayanya tidak mahu lagi menonton berita (biar aku tak tahu perkembangan semasa, dari aku mati dibrainwash)serta sebaik sahaja aku dapat sense iklan kempen, aku segera beralih siaran maka aku sudah agak lama tidak mendengar bait-bait ayat dalam iklan itu.

Tapi malam ini, sebab ia diiklankan dan remote control berada jauh maka aku terpandang versi englishnya pula.

Kalau dalam bahasa Melayunya berbunyi
'Kita sudah berada di landasan yang betul'
sekejab lagi datang keretapi laju gilis kita

Dalam bahasa Englishnya berbunyi begini
'We are on the right track'
Aku sambung
'woi, ikut kiri jika tidak memotong'
'lu selow la bai'

Hahaha.

Oh semasa aku sedang menulis entry ini, terdengar motor-motor membunyikan hon di jalan di tepi rumah. Aku jengah melihat, cis golongan mat rempit yang ditarbiah oleh Be End untuk menjadi geng beruk (menurut kamus Khairyl Jamaluddin bakal Ahli Parlimen Rembau, orang yang berdemo di jalan raya dipanggil beruk, jadi jangan marah aku noooo) konvoi mereka rupanya.

3 comments:

zairulkm said...

m'sia seperti mana australia/new zealand selaku bekas jajahan british yg menggunapakai konsep demokrasi uk sebagai asas pembentukan negara. Namun di australia/nz tidak timbul isu media berat sebelah, pengundi hantu, mengungkit kembali pembangunan, duit negara jadi duit bn etc.

di mana silapnya demokrasi di m'sia? saya ckp sedih dgn negara yg diagungkan sebagai Islam hadhari nih...bayangkan negara orang putih meskipun on-muslim ckp jujur, amanah dan prihatin. Kita (yg mengaku muslim) selagi ada peluang menipu/makan rasuah...semua sapu!

Anonymous said...

be end jer lahhhhh....dah nyampah tahap tenuk ehh tahap beruk dahhh...

- kak na -

ezza erisa said...

skrg mereka (Be End) berkata medium internet dan blogger berat sebelah, ke arah pembangkang. Sungguh kelakar. Yang mereka duk konker media cetak dan eletronik tu tak berat sebelah?

Blog, forum dan internet adalah medium yang luar kawalan mereka. Jadi mereka menuduh internet berat sebelah. Sungguh mengharukan.

Oh berita dlm NST semalam,(atau dua hari lepas) mengatakan media arus perdana tidak berat sebelah. Mereka turut menyiarkan sehingga kadangkala mencapai 40% berita opposition party.

Ye ye...40% yang buruk sahaja.