Wednesday, March 19, 2008

Hari Ini Selepas Pengumuman

Radzi Syeikh Ahmad yang digugurkan dari kabinet, meletak jawatan dalam UMNO berkuatkuasa serta merta.

Anifah Aman, yang diletakkan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan menolak jawatan itu dengan alasan sudah memegang Timbalan Menteri selama dua penggal berturut-turut. Sudah senior alasannya. Hendak bagi kepada muka baru. Oh come on, kecewa bukan apabila tidak dinaikkan pangkat?

Mak kepada AP pula pun dengar cerita hendak letak jawatan Ketua Wanita UMNO kononnya bukan sebab kecewa tidak tersenarai tetapi kerana tiada Wanita UMNO yang dilantik menjadi Menteri. Iye ke?

Peguam negara pula dikatakan buat drama berkenaan dengan perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu.

Bapa perjuangan beruk pula berkata dia tidak akan menerima jawatan Menteri (menerima tuh...macam ada orang tawarkan sahaja, jeng jeng jeng) selagi bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri. Kekononnya ia telah dimaklumkan sebelum pilihanraya lagi. Tipu tipu tipu. Tipulah kata taknak terima, padahal baru sedar dari tidur yang dia tu liabiliti paling besar kepada Pak Mertuanya seterusnya terpaksa melupakan hasrat menjadi Menteri Kabinet. Kalau lepas zaman Paklah, jangan haraplah di beri jawatan Menteri. Tak ada sesiapa yang nak berkawan dengan orang yang sungguh berlagak macam dia tuh.

Tiada tindakan akan dikenakan ke atas Mukhriz. Dalam berita semalam aku tengok, ramai juga pemuda-pemuda UMNO tersengih-sengih dikeliling Mukhriz sewaktu diwawancara. oleh stesen TV swasta yang macam RTM. Hari itu katanya pendirian Mukhriz bukan pendirian pemuda UMNO, tapi ada peluang menyelit depan kamera macam sokong pula.

Peliklah sekarang ini, politik sekarang politik mengkayakan diri sendiri dan keluarga. Bukan lagi berjuang untuk bangsa dan negara. Jika pemimpin zaman dulu bermandi darah untuk mendapatkan kemerdekaan, pemimpin sekarang bermandi peluh, berhabis minyak, berhabis proksi untuk kekal menjadi Menteri Besar dan sebagainya.

Kalau betul berjuang untuk negara, sesiapa jadi Menteri Besar pun tak kisahlah kan? Asal dari pihak yang sama. Kenapa nak bergaduh, berpecah belah sebab jawatan? Mudah, sebab jawatan menjanjikan kuasa. Kuasa menjanjikan kuasa tanpa batasan. Semua benda mudah di dapati dengan kuasa. Duit? Kereta? Sebutlah kambing gurun sekalipun, semuanya mudah didapati.

Perjuangan apakah ini? Bila tidak dilantik terus letak jawatan? Kepentingan peribadi semata kah? Alahai.. Malaysiaku, Pemimpin ku.


1 comments:

zuhairy.mustafa said...

zaman khilafah dulu, org yg memula kaya raya (lebih kaya dari PM agaknya) sebelum dipilih menjadi pemimpin hanya ada harta utk menyara hidupnya untuk beberapa hari je selepas memegang tanggungjwp pemimpin. tp skrg kat SINI lain plak. REVERSED ENGINEERING kot kekeke