Monday, March 24, 2008

Bola Sepak Utara vs Kemelut Ombak Di Timur

Nota pensyarah:
Kuiz ini mewakili 30% dari carrymark untuk final exam. Sila jawab dengan teliti. ;)

Soalan kuiz kita hari ini:
Adakah isu tak cukup tiket untuk menonton bola sepak di Kedah akibat tiket percuma adalah lebih penting dari kemelut perderhakaan segelintir pemimpin di Terengganu?

Jawapan saya:
Nampak benar agenda TV3 sebagai stesen TV lebih RTM dari RTM apabila tak sudah - sudah cuba mencari kesalahan demi kesalahan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang melebihi kredibiliti menunaikan tanggungjawab melaporkan yang benar. Ya betul, ramai peminat bola sepak di Kedah kecewa apabila tiket percuma yang dijanjikan rupanya sudah habis. Common sense ok, sapa cepat dia dapat. Usahkan tiket percuma, sapu tangan percuma pun berunsurkan faktor ini. Stadium bola sepak bukan boleh membesar mengikut berapa ramai yang hadir. Usahkan tidak berbayar, masa tiket bola sepak perlu dibeli dulu pun, tiket memang sold out. Jadi apa yang perlu dikecohkan oleh TV3 seolah-olah dia pula yang tidak dapat menonton perlawanan itu secara percuma???

Ikutkan berita sukan pukul 8.45, malam ni berita sukan dah jadi berita utama pula. Tak tahu sejak bila, isu ketiadaan tiket hendak menonton bola menjadi masalah negara! Dan juga, bagi yang tidak dapat masuk, skrin super duper besar di sediakan di luar stadium. (Yang ini tak ada pula dalam sessi laporan TV3 itu, huh!)

Apakah isu ini lebih besar dan lebih memalukan negara berbanding dengan isu kemelut perebutan kuasa di Terengganu? Mana perginya sifat aggresif TV3 apabila berhadapan dgn situasi di Terengganu? TV3 yang sama yang tak sudah-sudah melaporkan penderhakaan pemimpim pembangkang sewaktu kemelut di Perak? Kenapa sekarang, apabila isu yang sama timbul di negeri dibawah pimpinan BN, maka TV3 buat-buat tak nampak seterusnya pergi melaporkan sesuatu yang tidak perlu timbul pun.

Kemudian TV3 dalam laporannya yang aku rasa amat tidak professional, memberitahu tentang satu kontrak bernilai RM500,000 juta diantara seorang jutawan Qatar dan syarikat BDB (Nama syarikat: Bumi apatah). semata-mata kerana negeri Kedah kini dalam pentadbiran yang tidak sama dengan kerajaan Pusat. Hello, aku pun boleh bacakan berita, seorang jutawan Britain menawarkan kontrak bernilai 5billion pound sterling kepada syarikat kakikambeng Sdn Bhd tetapi menarik balik kontrak berkenaan akibat pergolakkan di Terengganu. Tidak bukti sahih, tiada sessi temuramah. Hanya tunjuk gambar bangunan sahaja, entahkan betul entahkan melawak.

3 comments:

Anonymous said...

"AMK mahu polis menyiasat kesemua Adun terbabit apa motif mereka bermati-matian mempertahankan Idris walaupun tidak direstui oleh istana..."

Katanya, beliau tidak faham mengapa Adun berkenaan berkonfrontasi kerana kedua-duanya merupakan dari parti sama iaitu Umno.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/80321

zuhairy.mustafa said...

btol tuh. aku rasa polis pun patut siasat TV-TV bernombor tu semua. sbb memaparkan kenyataan2 mengelirukan, bias, mengapi2kan permusuhan antara parti2 politik dan kaum2 di malaysia.

admin said...

TV3 mengong!! jenis yang suka berpoligami tak tak adil..mentekedarah ..tuut..tuut..tuut.. je yang depa tau..