Monday, March 10, 2008

Bila Tak Sedar Diri

Hehe, mungkin aku terlambat bercakap pasal keputusan pilihanraya yang sungguh memberangsangkan ini. Maklumlah, aku balik menunaikan tanggungjawab memangkah parti pilihan. 518.7KM perjalanan sehala semata-mata dua kertas undi. Hehe, (sib baik aku tidak dicap sebagai pengundi hantu, idak memang aku naik hantu).. Hahaha

Keputusan pilihanraya kali imi sungguh menarik, menggembirakan dan sungguh mengasyikkan. Manakan tidak, aku pernah
mengharapkan 75 kerusi parlimen dimenangi oleh pembangkang yang tidak bersatu itu. Akhirnya harapan itu menjadi kenyataan, bukan setakat 75 kerusi. Tambah lagi lapan. Amik kau!

Di malam keputusan pilihanraya itu, aku menonton banyak saluran, tapi mujurlah aku ketika itu menonton tv1. Salah seorang tetamu jemputan dengan slambanya berkata, mungkin kekalahan ini adalah kerana iklan-iklan pilihanraya Be End di kaca televisyen terlampau mendesak rakyat mengundi sehingga rakyat rasa menyampah!. YA BETUL!!!!


Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.


Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika anda tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya menyebabkan BN hilang banyak sokongan.


Temubual dengan Tun Mahathir. Aku harus mengakui, aku golongan ini. Golongan yang menentang BN tetapi bukan penyokong pembangkang. Buktinya dalam blog ini aku tidak pernah sekali berkata yang aku bersetuju dengan ideology mana-mana parti pembangkang baik islamik atau sekular.. Apapun, terjemahan aku di dalam kertas undi cukup jelas. Menentang BN. (Undi aku bukan rahsia)

Yang paling kelakar, apabila Paklah kata, kita bukan kalah, kita menang sedikit. Ini adalah keputusan pilihanraya terburuk untuk Be End (yang hampir hampir the end) tetapi beliau masih tidak sedar. Kalau sehingga hanya menang majority mudah, tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan. Kalau kali ini majority mudah, pilihanraya akan datang mungkin boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya pula.

Ada pula soalan wartawan berbunyi, apakah Paklah merasa tertekan dan akan berundur dari kerusi PM dengan melihat kepada keputusan ini? Jawabnya, ‘saya tidak tahu siapa yang tekan saya’. Astaga, itu keputusan pilihanraya itu, itulah tekanannya. Rakyat ada sebab kenapa menolak BN, Sebab itu jelas nyata. Rakyat malu berketuakan seorang ketua yang selalu blur,,, selalu tidak tahu, selalu terlena, selalu nampak penat.

Sedar Lah, rakyat sudah jemu dengan ketidaktahuan kamu.

Dalam mengejar ciptaan sejarah untuk menjadi PM yang lebih bagus dari yang sebelumnya, sedar Lah, kamu sudah mencipta sejarah sebagai PM pertama yang selalu tidak tahu. Mungkin ada baiknya kalau kamu mencipta sejarah menjadi PM Malaysia pertama meletak jawatan dengan bermaruah. Takkan mahu mencipta sejarah sebagai PM pertama yang menyebabkan rusuhan supaya kamu meletak jawatan pula???

Untung juga, kerajaan kali ini berupa kerajaan majority mudah kerana tidaklah nanti ada perlembagaan-perlembagaan diubah sewenang-wenang untuk menyedapkan satu pihak.

Bak kata seorang tetamu di malam keputusan pilihanraya, pengundi-pengundi muda (golongan baru lepas habis U, golongan professional muda-mudi) yang berjumlah 4juta orang itu memilih berdasarkan bacaan dan penilaian mereka. Kerana mereka terdedah kepada banyak sumber di internet. Bukan hanya apa yang disajikan di televisyen dan media arus perdana yang menyokong sebelah pihak sahaja.

Mak minah membeli santan
Niat dihati membuat kari
Sibuk hendak merawat kelantan
Sampai terlepas empat lagi negeri

PS: Tahniah kepada semua kepimpinan Be End yang kecundang. You deserved it!Tahniah kepada Samy No Value kerana muka tak malunya yang masih ingin menjadi pengerusi MIC biarpun sudah tewas teruk, Tahniah kepada Pemangku Pengerusi Gerakan kerana berani meletak jawatan mengaku kekalahan gerakan di penang adalah tanggungjawabnya, (tak macam pengerusi Umno)Tahniah kepada Zainudin Maidin yang selepas ini buleh Erection lagi 5 tahun akan datang, tak perlu lagi buat-buat tak dengar kepada Al Jazeera, Tahniah juga kepada Shahrizat Jalil yang posternya di Lembah Pantai macam rupa artis bollywood you, cantik sangat....berapa banyak professional photoshop diupah untuk nampak cantik begitu? Hehe

Image Hosted by ImageShack.us

Dah outdated dah fesyen-fesyen bollywood ni, patutlah tak menang. Kekeke


3 comments:

zairulkm said...

rasanya tak perlu kita orang luar kacau rumahtangga UMNO nih..x perlu desak sapa2 resign...kita biarkan mereka (ahli2) menentukannya..yang pasti pemilihan UMNO tahun nih yang paling panazz...ada pemilihan tahun nih...belum tentu Pak Mertua dan menantu selamat.

Cuma apasal laa Besut@Nganu masih kekal dengan kebiruan? Awak tak kempen kaw-kaw ke kat sana?

suealeen said...

zairulkm... kalo rakyat cam kita tak desak, siapa lagi nak desak? UMNO? sampai bila2 pun mereka akan loyal dengan tuan mereka... kalo tak, pasti kena cantas!

but to my personal opinion, dia takleh resign dulu. najib nak ganti? apa kes yang profail tinggi yang libatkan najib? sesungguhnya tiada pemimpin yang benar2 berkarisma dalam Be End. yang leh pakai pun MUNGKIN zahid hamidi... tu pun ada gak cakap dia yang tak ikut fact...

ezza erisa said...

Besut tempat Menteri Besar BN, rakyat nampak dah banyak benda dalam pembangunan sejak BN (khususnya sejak Idris Jusoh jadi BN) memerintah. Kalau zaman BN Wan Mokhtar sepi, zaman PAS sepi, zmaan Idris Jusoh agak ada kemajuan, itu yang hijau tenggelam.

Agaknyalah.

Saya balik sehari sebelum je..tak sempat nak pergi hulur kain batik untuk merayu undi. Hehehe