Tuesday, March 25, 2008

Bila Paklah nak Pecat MB Terengganu?

Bukan apa, semalam beriya-iya ugut, nak juga aku tunggu sampai ke episod pemecatan. Yang sangat aku ragu. Ugut je lebih. Kalau pecat betul, maknanya dah mengingkari keputusan MPPR yang berhendak orang itu menjadi ketua pemerintah negeri Terengganu. Paklah dalam satu ditemuramah oleh TV lebih RTM dari RTM pula mengatakan pihak istana tidak sepatutnya memberi jawatan tersebut selain dari yang telah dipilih oleh pemimpin tertinggi parti, selain dari yang menerima watikah perlantikan dari Paklah. Betul ke nak pecat ni? Aku tunggu, aku tunggu.

Yang ADUN-ADUN yang mengugut nak letak jawatan sekiranya Ahmad Said di pilih juga menjadi Menteri Besar tu pula, kenapa tak letak jawatan lagi? Bukankah Ahmad Said sudah diarahkan masuk ke pejabat pada hari ini? Letaklah letaklah letaklah jawatan itu. Mahu ada pilihanraya negeri yang berkesudahan satu lagi negeri mungkin jatuh ke tangan parti pembangkang. Nak juga tengok sampai takat mana orang-orang Terengganu spesis tak sedar diri ini begitu taksub pada parti politik sampai sanggup jadi penderhaka Sultan.

Ramai orang tergelak, kelakar, yang terguling pun ramai. Apa ke jadah berebut jawatan? Kalau di Perak logiklah juga kerana itu kerajaan campuran dan DAP menang lebih banyak kerusi dari PKR dan PAS. Tapi kisah di Terengganu seolah-olah menonton Spongebob Squarepants yang tidak berotak. Entah apa yang hendak direbutkan apabila masing-masing yang dilantik atau yang tidak dilantik adalah dari parti yang sama?

Mana ayat berkhidmat untuk rakyat tu? Bukankah parti dipilih untuk berkhidmat untuk rakyat? Ini tak sudah-sudah berkelahi pasal perebutan kuasa. Rasa nak tembak mati je semua pemimpin tidak sedar diri sebab utama kenapa rakyat memilih mereka. YB ke YAB tak payah nak dihormati. B bukan berhormat semata-mata, B juga mewakili BERKHIDMAT. Kalau gegar lebih, kerja tak jalan, baik tak payah nyibuk merusuh serah memorandum bagai kat pasar istana. Damn I hate BN conflict so much now.

Kita tunggu;
1. Paklah punya ugutan hendak memecat Ahmad Said.
2. Semua ADUN BN Terengganu hendak letak jawatan sekiranya Ahmad Said menjadi Menteri Besar
3. Rakyat Terengganu mengamuk bakar semua rumah pemimpin parti politik yang poyo. (Haha!)

4 comments:

zuhairy.mustafa said...

yup btol2 belaka sumer2 tu. apa kejadahnya depa ni sumer. klu x setuju dgn sultan, bgtau la sultan ckp si ahmad ni kaki rasuah ke apa ke? (pastu korg gak kena dah tau kaki rasuah napa korg pilih jd calon ms PRU12 dulu). pekata, pihak istana keluar statement kat media; soh sultan bertitah: barang siapa menderhaka, beta hukum bunuh (ala2 hang tuah menderhaka dulu) :P

roslan said...

isu Mb deris tidak di perkenan sulta nn ..

isu mnggunangkan istilah natang spt di TV3 dn d blog oleh izo : http://www.izoblog.com/isu-semasa/poster-umno-biadap

memang sppnya di kenakan tindakan swjarnya .. spttnya ISA kpd pememgang sepanduk @ yg terlibat dalam perhimpunan.. akta favorite UMNO .. ( ISA ! ISA! ISA! )

apa2 hal 'ketokohan' mat said tertera di sini :

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8084


alahai .. out of service plak ganu dalm smusim dua ni ..

Mohd Azli Rimon said...

Kenapa Sultan Mizan tak mau Idris Jusoh? Sebab projek Masjid Kristal tu salah kiblat? sbb maincon dia patrick lim aka patrick badawi ( besan pak ) ?
Sultan Mizan tidak kisah kalau paklah tak setuju ngan pilihan istana, tp bila buat election balik tau tau jer lah sapa yg akan menang dlm keaadaan sekarang ni.
Paklah patut letak jawatan lah...
Di patut malu dengan tindakannya tuh.

Motivasi Kerja said...

Kesian rakyat negeri Terengganu. Banyakkanlah bersabar.