Sunday, March 02, 2008

Be End, Lets End Now

Dibawah ini adalah isu-isu aku untuk hari ini.

1. Poster: Paklah Tak pandang kamera
Pemimpin tertinggi PM, mungkin menjadi satu-satunya pemimpin dalam semua parti bertanding yang tidak memandang kamera sewaktu membuat fotografi untuk poster. Apabila yang calon-calon lain menggunakan gambar passport (mungkin) tetapi pemimpin ketiduran ini pula memandang kearah lain sambil tangannya melambai.

Ia bukan isu besar tetapi kamu berkempen mengemis supaya orang pangkah sebelah lambang dacing, tetapi yang kelakar, dalam poster pun sudah seperti cakap tak serupa bikin. Kita boleh simbolikkan

Tangan melambai muka tak tengok kamera sebagai simbolik…meh aku letak dialog.

Bye bye semua, I nak pergi ke rumah I di Australia merasmikan kedai kari keluarga I. You semua duk Malaysia baik-baik mengharung banjir tau. Mari pergi sayangku Jin.

PS; poster boleh dilihat berhampiran anda, hanya ada satu sahaja poster Paklah melambai tangan dan tidak pandang kamera tu. Aku taknak upkan gambar poster tu kat sini, kerana secara tidak langsung ia turut mengandungi perkataan Undilah Be End. Aku tidak mahu menjadi satu lagi medium (selepas semua TV termasuk Asteruk, semua Media cetak) pengiklanan gampang Be End

2. Website Warkah Untuk PM
Hari ini diumumkan yang PM bakal mempunyai websitenya sendiri yang bernama Warkah Untuk PM. Internet bukan ada kat Malaysia semalam, dah lama dah. Baru sekarang terfikir nak berkomunikasi dua hala? Sebelum ini buta IT ke? Harapkan PA semua jawab email?

Sebab itulah blogger dan ramai orang-orang kat net ni, sokong belah opposition agaknya.

Oh. Lupa nak maklumkan menda kelakar pasal website Warkah (ke Jenazah) untuk PM ini. Kelakar apabila ia dikatakan bakal menjadi komunikasi dua hala TETAPI perasmian pun dibuat oleh Najib Tun Razak. Ai sey man, awal-awal sudah nampak website ini akan jadi website tinggal. Kata Warkah Untuk PM, kenapa manusia lain pula yang merasmikannya? Najib ke PM Malaysia? Dimana komunikasi dua hala apabila PM sendiri pun sudah lenyap tidak merasmikannya. I bet, he do not even know (or care) what is the URL for this website.

3. Undilah BN: Selamat Aman Makmur. Citpodah.
Poster Be End lagi. Ke arah negara, Selamat, Amat, Makmur.

Selamatkah negara Malaysia ni sebenarnya? Kalau selamat kenapa kadar jenayah meningkat hampir 50peratus? Apa jenis keselamatan yang dimaksudnya ini? Kalau selamat kenapa Paklah dan menteri-menteri lain upah bodyguard 4-5 orang berkawal apabila melalui kawasan awam? Kalau selamat, kenapa di jalan raya, 5-6buah kereta polis jadi pengiring?

Kalau selamat, kenapa tak pernah nampak muka Paklah jalan sorang-sorang kat pasar Malam. (Erm, which kindda remind me, Tun Mahathir pernah berjalan dalam Pasar Ramadan seorang diri dalam hujan, ada yang terperasan kehadiran beliau maka telah memayungkan beliau). Apakah kita pernah tengok Paklah jalan kat pasar malam sorang-sorang? Usahkan sorang-sorang, ke pasar malam pun tidak pernah. Jadi dekatkah beliau dengan rakyat????

Kalau selamat, kenapa perempuan berjalan sesorang selalu tidak berakhir dengan perkataan ‘Selamat Sampai?’ Ada ada sahaja kejadian yang berlaku. Rogol, culik, penyeluk saku. Selamatkah Malaysia?

Sibuk pula pasal opposition party buat ceramah tak dapat permit, tu kanak-kanak yang hilang dua bulan tu, kenapa tak jumpa sampai sekarang? Selamat ke tu?

Kata kearah negara selamat, aman, makmur tetapi untuk kediaman rasmi PM, ada security system yang berharga RM20,000,000 (kira kosong tu baik-baik). Selamat ke tu? Apa faedahnya ini? Kata ke arah Malaysia selamat. Selamat anda seorang je ke?

Image Hosted by ImageShack.us

0 comments: