Wednesday, March 19, 2008

Bas Sekolah Itu...

Macam biasa jalan agak sesak walaupun jam sudah melebihi pukul 7.00malam. Sewaktu aku melalui jalan Damai (berhampiran LRT Damai), aku mengekori sebuah bas sekolah. Itu fenomena biasa, petang-petang sudah semestinya turut sama berada di jalan raya adalah bas yang dinaiki oleh pelajar sekolah ini.

Apa yang menarik perhatian aku mengenai bas itu ialah gelagat pelajar-pelajar yang berada di barisan paling belakang kerusinya. Mulanya hanya kelihatan beberapa pelajar lelaki bergelak ketawa sambil mengkerumuni seseorang. (Ingat ya, aku di dalam kesesakan jalan raya, kereta banyak berhenti dari bergerak jadi aku mempunyai banyak masa untuk menganalisa apa yang aku bakal lihat).

Kemudian aku melihat seorang pelajar perempuan bangun dari tempat duduknya, ya rupanya dialah yang menjadi tumpuan di seat belakang itu berdiri. Bagaimana aku tahu dia perempuan? Berambut panjang, di ikat..memakai baju kurung. Kemudian kedengaran suara bising-bising...memintanya kembali duduk. Pelajar-pelajar lelaki tadi kembali mengkerumuni pelajar perempuan tersebut. Ada bunyi gelak ketawa panjang. Ada pelajar lelaki yang tiba-tiba mengambil tempat disebelahnya. Aku melihat kepalanya tiba-tiba sahaja tidak kelihatan.

Astaga, aku cuba bersangka baik...mungkin sebab sudah remang senja...maka aku melihat sesuatu yang aku imaginasikan sahaja. Berkali-kali aku geleng-geleng kepala. Aisey....pelajar-pelajar lelaki itu rupanya tengah meraba-raba pelajar perempuan itu secara beramai-ramai. Adeh...apalah nak jadi. Baru kenal alam persekolahan sudah berkerumun nak meraba perempuan.

Al maklum, kegiatan itu berlaku di tempat duduk belakang....pemandu bas aci kerat jari punyalah takkan nampak. Menakutkan betul. Itu baru satu bas yang kebetulan berada di hadapan aku. Apakah ini berlaku setiap hari di setiap bas sekolah?aduh...oh sudahkah aku sebut, bas yang berada dihadapan aku ini membawa hanya pelajar sekolah rendah?


4 comments:

sebol said...

Menteri Pengangkutan yg perihatin...

norf said...

eyee..
primary school?
hrmmm..

zuhairy.mustafa said...

astafirullah.. gagalnya islam hadhari di peringkat bas sekolah tersebut (aku tak sebut peringkat nasional ye) :p

Anonymous said...

dah lingkup kepala hotak budak² zaman nih....asuhan tak betui la tu...

-kak na-