Tuesday, March 18, 2008

Barisan Kabinet Yang Di Tunggu

Akhirnya selepas seminggu eh silap 10hari keputusan pilihanraya, barisan menteri kabinet yang ditunggu telah bukan lagi rahsia. sepertimana yang telah diumumkan hari ini. Tidak ada banyak kejutan.

Mak AP tidak disenaraikan. Baguslah. Ng Yen Yen mengambil alih kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setelah Shahrizat Jalil tumpas di tangan Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Senarai lengkap Barisan Menteri baru aku baca di Utusan Malaysia, the Star, Malaysiakini dan banyak lagi blog. ;)

Tidaklah berapa mengejutkan apabila menantu kesayangan tidak dipilih mengisi sebarang jawatan menteri di dalam kabinet baru ini walaupun ramai pada awalnya meramalkan beliau akan masuk senarai. Mungkin sudah disedari oleh Paklah yang ramai berpaling arah dari BN dalam pilihanraya ke 12 yang berlangsung 8 Mac lepas adalah kerana menyampah dengan kebiadapan dan kelantangan tak kena tempat menantu kesayangannya itu. Itu salah satu sebab utama. Mungkin Paklah upah orang buat kaji selidik kut? Mungkin Paklah nak orang lupa pasal menantu dan kontroversinya itu kot?

Tapi yang paling aku tidak suka ialah apabila dalam senarai itu, terselit nama-nama seperti Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Eh, bukankah dia ini yang ditangkap menyeludup duit sebanyak 1 juta Australia Dollar dengan alasan tak tahu berbahasa Inggeris? Bagaimana seseorang boleh menjadi menteri dengan rekod sebegini??? Inikah barisan tentera pertahanan paklah??

Untuk kementerian Tenaga Air dan Komunikasi turut menyaksikan Datuk Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri naik pangkat. Adeh, wait the minutes, bukankah orang ini dahulu yang mengatakan golongan blogger adalah penembak curi? Alahai sekarang sudah naik jawatan pula. Agaknya mungkin tak selepas ini ada akta sesiapa yang berblog menulis mengenai kerajaan akan dikenakan tindakan? Tak semua blogger adalah penembak curi. Blogger itu sendiri terdiri dari pelbagai jenis kategori. Ada yang cerita pasal masakan yang dimasak malam tadi untuk dihidangkan untuk keluarga.Yang itu penembak curi juga ke?

Menteri Kerjaraya juga bertukar rupa. Haha.. Akhirnya, kita tidak lagi boleh mengutuk Samy Vellu apabila berlaku landslide atau jalan raya runtuh, kenaikan tol dan sebagainya. Tapi walaupun Datuk Ir. Mohd Zin Mohamad jadi Menteri, kita akan sentiasa ingat jawapan-jawapan Samy Vellu. Dan semestinya juga jika Tol Jelapang berdarah lagi, kita tidak akan lepas dari memaki hamun Samy Vellu.

Azalina jadi Menteri Perlancongan? Hahahaha..Give me a break. Please. Paklah masih menteri kewangan? Oh come on.

Kepelikan sistem kabinet Malaysia ialah mereka dipilih bukan berdasarkan pendidikan mereka. Seseorang menteri bagai tiada pengkhususan. Sekejab jadi menteri sukan, sekejab jadi menteri perlancongan (menyebut sekadar contoh). Kemudian datang dengan pelbagai idea yang kadangkala tidak masuk akal. Menyebut satu contoh semasa aku berada di tingkatan lima. Tiba-tiba sahaja bahasa inggerisnya ditukar silibus kepada English 1119. Effective immediately. Tiba tiba sahaja ok? Buku teks belum disediakan, apapun tak ada. Macammana mahu belajar? Cikgu pun pening nak ajar bagaimana kalau buku teks pun tidak boleh digunakan?? Contoh apabila sesebuah kementerian ditadbir oleh orang yang tiada pengkhususan.

Mengkhusus dalam bidang syariah, tetapi jadi menteri kewangan? Oh....selamatkanlah aku dan negaraku Malaysia.

PS: Bekas pemimpin utama Semangat 46 jadi Menteri Penerangan? Kang makan tuan kang. Sekali bagi liputan kat PAS pulak. Hahaha. Teringat orang kampung aku bercakap mengenai Semangat 46, UMNO dan PAS. Semangat 46 cina buta sahaja dengan PAS. Bila dah habis edah, dia kembali berkahwin dengan UMNO kekasih hatinya. (Cina buta = berkahwin dengan yang lain sebelum boleh bersama dengan suami yang telah menceraikannya dengan talak tiga)

PS 2: Patutlah menantu tak jadi Menteri, sebab kena istihar harta rupanya.

4 comments:

sebol said...

Yang terlibat dengan budak 14 tahun itu Rahim Tamby Chik, bukan Mat Tyson.

aku kena belajar masak la, nak boh kat blog

wawa said...

ezza, cina buta tu ko tuju kat seseorang kah.

hahaha..

kirim salam pada cina tak buta tu ya

ezza erisa said...

sebol,
hehehe my bad my bad..
aku mcm lupa lupa tak ingat terus nama dia..sib ko ingatkan..idak musti aku masih ingat diaorang org yg sama..

wawa,
wahahahaha...tau tak pe :P

zool said...

Apa2 pun kita tengok camne...
Jangan plak nanti semua blog ditutup..
Takkan blog timbalan menteri ditutup kot kan ..
Timbalan Menteri apa aku?? Rujuk
http://sebolku.blogspot.com/2008/03/draf-kabinet-bayangan-beras-padu.html