Saturday, March 15, 2008

Bangsa Angkasa Mendarat Di Komtar?

Perjuangan UMNO Pulau Pinang dihadapan komtar (yang pada awal bacaan aku dinternet katanya mereka akan berarak di Shah Alam, yang menyebabkan aku dan beberapa rakan yang lain gelak terguling, nak bantah kerajaan negeri Pulau Pinang, berarak di Shah Alam..Shah Alam tu bawah negeri Pulau Pinang ke) membuatkan aku terfikir akan bangsa ini. Ya bangsa yang in the making? Ke bangsa yang sudah pupus sejak Syeikh Mustazar balik dari ISS.

Agak menyampah melihat golongan ini beramai-ramai berkumpul di hadapan KOMTAR. Korang semua ambil cuti separuh hari ke? Ke keluar sembahyang jumaat kira terus pergi berarak?

Apa yang aku tak suka dengan bangsa angkasa ini adalah tahap fikiran macam kacang menglembu (abaikan kacang meng…kita ambil perkataan lembu sahaja)? Mari aku senaraikan.

1. Tidak mendapat permit tetapi TV3 melaporkan seolah-olah ini merupakan perhimpunan paling mulia dalam sejarah perhimpunan haram yang berlaku. Berlangsung dengan aman.
2. TV3 memberi liputan meluas tunjuk segala jenis angle, (nasib baik angle bangsa angkasa sedang korek hidung tidak dimuatkan) serta menemubual sebanyak mungkin orang-orang dari kalangan bangsa angkasa ini yang bercakap ikut pandai lutut dia sahaja. Tarik balik semua projek mega. (Oh mementang projek mega itu nanti tidak menguntungkan poket ko, menguntungkan poket orang lain, mula la nak menjadi beruk jalanan)
3. FRU dan polis hanya ditugaskan untuk duduk rileks sambil tengok bangsa angkasa berdemonstrasi secara aman
4. Puak-puak bangsa angkasa ini berhasrat hendak mengadakan demontrasi sehingga Lim Guan Eng si Ketua Menteri menarik balik tindakannya menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. (lama betul aku tak dengar pasal DEB ini, kalau adapun dalam RMK9 yang selepas itu aku tak tahu apa jadi, mengkayakan beberapa orang manakala beratus ribu orang yang lain…kehidupan mereka tidak berubah seincipun!)
5. Kononnya perhimpunan ini begitu aman sehingga tidak ada sebarang tangkapan, tidak ada sebarang kecederaan, tidak ada sebarang pecah harta awam. (Laporan TV3)

Okeh, mari kita bandingkan dengan dua demonstrasi besar yang berlangsung penghujung tahun lepas.


1. TIdak mendapat permit dan digelar perhimpunan haram. TV3 melaporkan 30saat sahaja. Itupun gambar pendemo pendemo membaling batu ke arah petugas keamanan dan sebagainya. Perhimpunan digambarkan sehabis ganas.
2. TV3 bukan setakat tidak melaporkan dengan telus, tiada temubual dengan mana-mana pendemo kecuali Khairyl Jamaluddin (yang memanggil pendemo sebagai beruk, nah sekarang orang UMNO yang berdemontrasi itu juga layak dipanggil beruk jalanan, kenapa tidak kau panggil orang-orang kamu sebagai beruk pula kali ini) dan ketua polis negara yang mengancam dan mengugut supaya rakyat tidak ke perhimpunan haram ini.
3. FRU dan Polis tidak sabar-sabar menembak gas pemedih mata, dan water canon yang menggatalkan.
4. Puak Bersih dan HINDRAF hendak mengulang perhimpunan mereka buat kali ke dua, sebelum sempat kali ke dua berlangsung sudah banyak tangkapan ke atas ahli-ahli parti pembangkang di tangkap dan disumbat ke dalam penjara, ada yang sampai di tahan di bawah akta ISA.
5. (Berkait dengan isu no 3) Of course apabila sudah basah kuyup dan mata pedih serta di kejar-kejar oleh FRU dan Polis, kesabaran siapa yang tidak nipis??? Perhimpunan yang sepatutnya aman akan bertukar menjadi ganas. Apabila api amarah meningkat, usahkan harta benda aman…kambing di tepi jalan pun boleh disepak sampai mati. Apabila keganasan berlangsung, maka tangkapan terpaksa dibuat. Yang sepatutnya boleh dielakkan sekiranya FRU tidak gatal-gatal menembak gas pemedih mata.

Betul, biarpun sebelum itu terang-terang menjadi satu perkara yang amat besar dan “haram” jika dilakukan oleh bangsa di bumi, tetapi jika yang melakukannya ialah bangsa angkasa maka ianya akan dipandang tinggi, oleh media, terutamanya TV3,

PS: TV3 turut dikenali sebagai tv3suku oleh golongan forumner cari. ;) Well, rasanya tepat sekali name calling itu.


1 comments:

Anonymous said...

BN & TV3 2-2 bongok

KJ lihatlah pengikutmu sudah disumpah jadi babun

Paklah. pegi mampos lah dengan org tua ni