Tuesday, March 25, 2008

Bahasa Melayu VS English

Semalam, sewaktu aku hendak mendepositkan cek bayaran bil Tenaga Nasional di mesin deposit cek Public Bank, aku mengalami satu masalah. Di sini aku perjelaskan:

1. Tekan skrin
2. Pilihan Bahasa – aku pilih Bahasa Melayu
3. Urusan – aku pilih Bayaran Bil
4. Keluar senarai bil, ASTRO MAXIS ETC – Aku pilih TENAGA
5. Kemudian arahan di skrin menyuruh aku memasukkan bil Tenaga Nasional itu untuk di imbas atau key in manual maklumat – Aku masukkan bil untuk di imbas
6. ‘Masukkan jumlah cek' – Aku tekan 1 eh tapi ada jadi 0.01 pula jadinya di skrin. Apakah ini? Aku tekan cancel.

Aku mula dari awal sekali lagi

1. Tekan skrin
2. Pilihan Bahasa – Aku pilih English
3. Urusan – aku pilih Bill Payment
4. Keluar senarai bil – ASTRO MAXIS ETC – Aku pilih TENAGA
5. Kemudian arahan di skrin menyuruh aku memasukkan bil Tenaga Nasional itu untuk di imbas atau key in manual maklumat – Aku masukkan bil untuk di imbas
6. ‘Please key in the cheque amount’ – Nah sekarang baru aku faham, dia suruh aku masukkan jumlah bayaran yang tertera di cek. Bukan suruh masukkan jumlah berapa banyak cek yang aku ada. Cik porrah betul.

Kesimpulan, Jumlah Cek dalam bahasa Melayu tidak sama maksudnya dengan Cheque Amount dalam Bahasa Inggeris. Jumlah cek bermaksud berapa banyak cek yang hendak dimasukkan. Harapnya Public Bank boleh mencari ayat yang lebih sesuai. Mungkin boleh guna, ‘Masukkan jumlah bayaran’ atau sesuatu yang lain. Pening Ahkak tau.

3 comments:

sebol said...

Sila masukkan amaun Cek.

atau kalau takut orang kampung tak faham amaun,
"Sila masukkan nilai cek"

ezza erisa said...

a'ah amaun cek pun rasanya lagi ok dari jumlah cek

Jie said...

hehehehe....kredit BM masa SPM sekadar cukupkan syarat wajib masuk IPTA