Wednesday, March 26, 2008

Internet Served a Painful Lesson



Ayat paling aku suka:
“We thought that the newspapers, the print media, the television were important but young people were looking at text messages and blogs”

Haha, sudah tentu yang tersebut di atas itu penting, tetapi kerana kepentingannya sudah diubah arah bukan lagi sumber mendapat maklumat mesra, tepat betul memaksa rakyat beralih sumber untuk mencari berita. Sekarang kalau nak tengok drama bolehlah tengok TV, kalau nak tengok berita...tengok boleh...nak percaya kena bandingkan dulu dengan suara kat internet.

Internet bukan seratus peratus punca rakyat tidak memangkah BN, (ia salah satu sebab, tapi bukan semuanya disebabkan internet). Banyak sebab lain, janji tidak dikota, menantu kepada Perdana Menteri yang lebih sudu dari kuah, lebih udang dari mi, kenaikan harga minyak, bekalan gula dan minyak tiba-tiba hilang dari pasaran, kenaikan harga barang keperluan yang lain, Antatuya, VK Lingam etc

Mujur juga ada internet, sekurang-kurangnya ada juga tempat parti lain berkempen. (Walaupun cubaan BN berkempen di Yahoo site mendapat kutukan hangat). Haha

Tertarik dengan satu komen di Malaysia today yang berbunyi:
BTW, the only reason to say the above by BN is that the Internet CANNOT be muzzled as it crosses boundaries and countries .... where NEP and ISA are just 3 alphabets.

Posted by Picasa

2 comments:

suealeen said...

kalo lebih udang dari mee.. aku suka je.. hehehe

suealeen said...
This comment has been removed by the author.