Monday, March 24, 2008

Awas! Ombak Besar Di Bandaraya Warisan Pesisir Air

Drama. Drama. Drama. Malu betul aku jadi orang Terengganu sejak habis pilihanraya ini. Ingatkan episod drama perebutan dan percaturan hanya melanda Perak dan Pulau Pinang, akhirnya yang paling berdrama adalah Terengganu. Negeri yang kaya minyak sagu..eh minyak petroleum itu menjadi episod drama paling tragis. Drama perebutan kuasa sesama satu parti. Oh...sungguh sungguh berdrama.

Dari seawal selesainya pilihanraya, sudah timbul cakap-cakap drama ini apabila disuarakan Idris Jusoh tidak mendapat pekenan Sultan Terengganu untuk kembali menjadi Menteri Besar. Pada penggal pertamanya dahulu pun sudah nampak tanda-tandanya. Tapi untuk penggal ke dua, retaknya bagai sudah sampai masa untuk pecah.

Nah apabila sekarang diumumkan penerima watikah perlantikan untuk menjadi Menteri Besar ialah ADUN Kijal maka tiba-tiba sahaja meraung-raung ADUN-ADUN yang lain. Berdemonstrasi membawa sepanduk bagai. Kalau sehari sebelum pilihanraya, tv melaporkan penyokong Pas membaling batu kepada Bas Pengundi Hantu, kali ini yang berdemonstrasi adalah parti UMNO pula(tapi lebih kurang 100 orang sahaja), membawa sepanduk dan menolak calon selain Abe Derih.

Bukan hanya ADUN, peguam negara, Perdana Menteri, akhbar-akhbar arus perdana menteri juga turut menyalak-nyalak. Akhbar yang sama mengatakan Lim Kit Siang menderhaka kepada Sultan kini menjadi medium penderhakaan paling dasyat.

Petikan Utusan Malaysia hari ini:
Memandangkan institusi raja di Malaysia kini diasaskan pada institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan di Wesminster, London, maka apa yang berlaku kepada institusi ini di United Kingdom (UK) adalah amat relevan untuk dihayati.

Dalam sejarah Raja Berperlembagaan di UK, tidak pernah berlaku sebarang pelantikan yang dibuat oleh parti yang menang dalam pilihan raya dinafikan oleh raja, baik bergelar king mahupun queen. Raja Berperlembagaan di UK telah banyak melalui pengalaman yang luas dalam sejarah.

Tidak segan silu memerli Sultan Terengganu secara terbuka dan biadap. Mana pergi kata-kata penderhakaan kepada Lim Kit Siang? Paklah dan Najib serta anggota BN yang lain pula tidak segan silu juga mengugut untuk memecat ADUN Kijal itu sekiranya beliau hadir untuk mengangkat sumpah menteri besar pada hari ini, yang beliau tidak jadi hadiri mengikut sumber Malaysia Kini. Oh drama drama. Lebih drama dari drama Korea.

Dan sebaik diumumkan pilihan Istana Terengganu itu, maka beraraklah ADUN-ADUN lain menyatakan sokongan padu mereka kepada BEKAS BAKAL MENTERI BESAR Terengganu iaitu Idris Jusoh. Siap tandatangan tidak percaya kepada ADUN Kijal itu. Serta juga melaporkan kepada BPR tentang kes kes rasuahnya yang lalu. Aduh, aku teringat kata-kata Paklah sebelum bermulanya penamaan calon untuk barisan nasional (barisan Panasonic bak kata sebol dan barisan Pensonic buatan Malaysia bak kata Zuhairy), yang calon-calon BN kali ini sudah ditapis dan dihantar kepada BPR untuk siasatan. Kalau rekod bersih baru diambil jadi calon. Jadi ada tiga kesimpulan berbeza dalam kes ini

1. Paklah buat statement tidak betul, tiada nama calon di hantar untuk disemak oleh BPR.
2. BPR tak buat kerja, semua nama yang dihantar dikatakan bersih.
3. ADUN-ADUN Terengganu buat cerita sebab sokongan mereka kepada Idris Jusoh.

Kelakar juga apabila melihat temuramah dengan Setiusaha Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang begitu bersungguh-sungguh menunjukkan sokongan kepada Idris, tetapi dalam satu temuramah lain berita dengan Idris Jusoh, beliau berkata...kalau dah tak dipilih nak buat macammana? Macam tak kisah sesiapa pun dipilih untuk menjadi Menteri besar, Kononnya rakyat dan pemimpin lainlah yang beriya hendak dia kembali memerintah. Two face betul. Siapa berjuang untuk siapa ini?

Kenapa pula pihak atasan Parti UMNO begitu bersungguh-sungguh tidak mahukan calon lain selain Idris untuk menjadi MB? Bukankah semua dari parti yang sama? Ideologi politik yang sama? Apa yang tidak kena sehingga perlu membuat rusuhan dan sepanduk ‘Kami Mahu Idris, Natang?’ Natang mana? Mu gak eh...banyok cakap. Dok mikir dulu.

Kenapa Paklah dan Najib juga bagai tidak dapat menerima hakikat dan suka suki nak campur tangan pemilihan MB negeri Terengganu? Ada apa-apa rahsia ke yang disembunyikan bersama dengan Idris Jusoh? Apakah salah satu faktornya ialah duit minyak itu? Nak bawa lari untuk membina sebuah lagi istana di negara orang?

Dengan pemecatan ADUN Kijal itu, kini kemelut drama Menteri Besar Terengganu nampaknya belum selesai. Popularnya negeri aku! Aku tidak kenal seorang pun dari ADUN di Terengganu, tetapi serasanya.. bila sudah dapat kuasa, semua gelap mata. Menderhaka kepada Sultan pun tidak mengapa, asalkan akhirnya kuasa berada di dalam gengaman.

ADUN Kijal dikatakan tidak mendapat sokongan ADUN-ADUN lain, Idris Jusoh pula mendapat sokongan 21 ADUN lain tetapi tidak mendapat pekenan Istana. Daripada mereka bertikam sampai mati disitu, ada baiknya kalau 22 ADUN lain termasuk Idris Jusoh itu memilih calon lain untuk dipersembahkan kepada Istana. (Walaupun dengar cerita 6 nama calon sudah ditolak).

Alahai..dengan tiadanya Idris Jusoh jadi Menteri Besar, projek Jertih Souq mungkin tergendala. Hahaha. Mungkinkah selepas WPI, Bandaraya Pesisir Air pula yang bakal tergadai kepada Singapura?

Mungkin ADUN Kijal tidak bagus, mungkin dia samseng kampung dusun yang terkenal, TETAPI siapakah yang awalnya mencalonkan BELIAU untuk bertanding pilihanraya mewakili kawasan KIJAL itu? UMNO bukan? Jadi rentak tari sekarang, dengan semua ADUN kononnya tidak bersetuju dengan pilihan Istana seperti badut sarkas. Kesian sungguh ambe melihatnya. Alahai Ganuku. Terasa nak cabut sticker penyu di cermin belakang kereta dan perkataan Terengganu di cermin depan kereta aku. Malulah I.

2 comments:

zairulkm said...

Sy bermastautin kat Nganu sejak 02...semlm sy call kawan2 kat KT...peliknya walaupun rakyat x suka apa yg UMNO buat nih...tp rakyat Nganu masih rileks je....tak htr apa2 memorandum ker, perhimpunan sokong Sultan ker..
Dr satu segi amat baguslah sebab x nak mengeruhkan suasana, tp kalu nak mempertahankan Sultan.. inilah masa yg terbaik. Bukan nak apa-apikan tp waktu LKS menderhaka kat Sultan Perak dulu...rasanya penuh gegar M'sia dibueknya..
Lepas ni kalu bangsa lain memperlecehkan Sultan kiter..jangan dok bising2 dah sebab orang kita sendiri yang memulakannya...

ezza erisa said...

Ayah saya kat terengganu kata, ramai juga orang kampung yg sokong Idris. Termasuk dia. huhuhu