Wednesday, March 05, 2008

Apabila Yang Taknak Berfikir Bersuara



Demikian pernyataan beruk eh Khairyl Jamaludin dalam satu ucapan kempen untuk parti Be End. Antaranya, katanya bumi, bintang, bulan akan musnah pada hari kiamat. Hanya dacing yang tinggal. Hanya dacing yang kekal untuk menimbang amalan-amalan manusia.

Hell, nama sahaja lulusan Oxford, atau ijazah beli? Semalam dalam NST, dia juga berkata..rupanya hensem datang dengan brain. OMG. Hensem ke kau? Berotak ke engkau?

Paling utama, ada ke Allah swt nyatakan dalam mana-mana surah yang dacing adalah alat untuk menimbang dosa pahala kat hari kiamat nanti. Paling penting, dacing BN???? Kita kalau bercakap, jangan ikut sedap mulut, nanti kalau orang kata kita bodoh...kita naik angin.

Dia kata, hanya dacing yang kekal. Dacing kekal tu senget sebelah mana?

Dan katanya kerajaan PAS paling banyak rasuah. Iya? Iya ke? Banyak ke negeri yang Pas memerintah. Kebodohan itu amat jelas. Kita tengok berkadaran secara langsung sudahlah ya. 13 negeri : 1 negeri. 13 kepunyaan BN: 1 kepunyaan PAS. Berapa banyak agaknya PAS mampu rasuah untuk menyamai kadar 13 buah negeri. Kalau dijual langsung kelantan itupun tidak akan boleh sama.

Jangan dibual bicara pasal rasuah, jangan bicara pasal bukit gondol. Selain kelantan, negeri lain tak ada bukit yang gondolkah? Tragedi di Kampung Pasir, Hulu Kelang, bukankah disebabkan landslide akibat bukit gondol? Hulu Kelang tu di Kelantan kah? Betulkah Kelantan nak jual semua hasil buminya kepada Singapura? Apa pula WPI di Johor itu yang terang lagi bersuluh akan memberi kesenangan kepada Singapura?

Sekarang BN pula menolak untuk berdebat dengan PAS dan parti pembangkang lain secara berdepan. Kenapa? Kata salah seorang ahli politiknya...kalau dah BN sama dengan orang utan, pergi sahajalah berdebat dengan orang utan. Aduh, mentalmu sempit sekali. Sah sah takut. Lagi-lagi kalau diletakkan Zainudin Maidin dalam lapangan debat..sudah pasti sampai ke sudah ‘I cannot hear you’.

Sekarang lagi, berita-berita arus perdana menteri sibuk dengan kata-kata Nik Aziz patut minta maaf kerana menggelarkan BN sebagai orang utan. Oh come on. Kenapa tak desak sekali Khairyl Jamaluddin minta maaf pada semua rakyat apabila beliau dengan angkuh dan sombongnya memanggil berpuluh ribu yang hadir semasa perhimpunan Bersih sebagai Beruk Jalanan?

3 comments:

Anonymous said...

oh biasalah bila dah beruk berucap maka beruk lah kata-katanya.. takpa jangan dacing makan tuanya sudah... Siapa khairy untuk berbicara tentang Tuan guru Nik Aziz?.. Nik Aziz hanya melihat khairy itu seorang anak yang nakal dan babil sahaja.. Orang BN kalau kata khairy kata tuhan ada dua pun percaya kot..MasyaAllah... Mengucaplah.. Harap-harap BN boleh bawak la kamu ke syurga...

sebol said...

Bila agaknya dia nak mengaku jual pasir ke singapura?

pirate_enigma said...

berani dia main2 bab hari kiamat dan nama malaikat ya...biarlah dia berani di dunia. akhirat nanti hanya Allah sahaja yang mengadilinya.