Monday, March 31, 2008

Apa Salah Blog dan Blogger? (Part 2)

Dalam masa satu hari, Berita Harian (hari minggu dikenali sebagai Berita Minggu) menyiarkan dua bentuk kutukan kepada blog dan blogger. Artikel pertama sudah aku sebutkan dalam siri pertama. Ini adalah siri ke dua. Blog hatred?

Dalam ilustrasi dibawah, blog digambarkan sebagai tempat menabur fitnah. Tempat seseorang tanpa nama berusaha menjatuhkan orang lain dengan niat paling jahat dan busuk dalam hatinya. Senang cakap, apakah pernah pelukis kartun ini mendengar peribahasa 'tiada angin manakan pokok bergoyang?' Mungkin juga beruk di atas pokok yang mengoyangkannya.

Banyaklah cantik blog tempat menyebar fitnah. Kalau hendak belajar maksud fitnah, ada baiknya menonton filem pendek 15minit yang dihasilkan oleh seorang ahli politik Belanda bertajuk Fitna itu.. Itu barulah sebetul-betul fitnah namanya! Salahkah blog dan blogger mempersoalkan apa yang sebenarnya berlaku dikalangan pemimpin mereka?

Huh. Aku gelarkan diri aku sebagai anti anti blog (Anti kepada yang anti blog). Hahaha.



Posted by Picasa

3 comments:

Wawa said...

wahh..

blog aku pun kira blg tempat fitnah ke?

aduhai..

main pukul rata je lah diorang nih.

ezza erisa said...

blog ko pun tempat fitnah gak....
fitnah pasal breastfeeding...

wakakaka larikkkkkk

Mohd Azli Rimon said...

errrmmm...
aku rasa statement tu agak general.
Dia tak kata semua blog tu tempat menyebar fitnah. Disebabkan segelintir bloggers menjadikan blog mereka tempat menyebar fitnah atas agenda mereka sendiri menyebabkan dia berkata begitu.
Mungkin di sebabkan penulis statement tu hendakkan perhatian pembaca baru di tulis ayat yang sebegitu.