Sunday, March 30, 2008

Apa Salah Blog dan Blogger? (Part 1)

Merujuk kepada satu artikel di Berita Minggu 30 Mac 2008 yang bertajuk 'Laman blog sekat maklumat sahih', aku quotekan sedikit yang ditulis di dalam artikel tersebut

JOHOR BAHRU: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas pengendali laman blog di negara ini kerana menyekat pengaliran maklumat sahih dan tepat yang ingin disalurkan kerajaan bagi menjawab semua tohmahan disiarkan dalam blog mereka.

Sehubungan itu, beliau mencabar pengendali laman blog supaya berani memberi ruang yang sama kepada pelawat mereka dan kerajaan untuk membuat ulasan bahan atau laporan yang disiarkan dalam blog.

"Saya ingin cabar pengendali laman blog supaya berani semuka untuk menegakkan kebenaran dan bukannya hanya menyiarkan ulasan atau komen sebelah pihak. Kita sudah cuba menghantar ulasan isu tertentu, tetapi bila kita masuk laman blog berkenaan, kita lihat jawapan yang kita hantar mereka tidak siarkan.

"Sebaliknya, mereka hanya menyiarkan komen yang mengutuk serta memfitnah kerajaan sehingga perkara yang tidak benar jika disiarkan berkali-kali dalam tempoh yang agak lama akan mempengaruhi pembaca terutama golongan muda,' katanya.

Ada banyak auta lawak dalam kenyataan di atas. Banyak sangat. Sampai tak tahu dimana harus aku mulakan untuk menepis kelawakan tahan babun kampung Dusun ini.

1. Pengendali laman blog menyekat pengaliran maklumat sahih.
- Bagaimana dengan televisyen, radio, surat khabar arus perdana? Bukankah mereka turut memainkan peranan yang sama. Menyekat pengaliran maklumat sahih dan hanya memaparkan apa yang baik untuk sebelah pihak sahaja. Jika ada sesuatu isu yang bergolak diantara dua parti (BN vs Pembangkang), 20 minit diperuntukkan untuk pihak BN, 2 saat diperuntukkan kepada parti pembangkang. Inikah contoh pengaliran maklumat sahih yang Datuk Seri maksudkan?

Jangan bercakap soal keadilan di internet dan blog menyekat maklumat sahih, kerana kami belajar dari apa yang kami lihat dan baca setiap hari dari kecil. Media arus perdana mengambil sikap serupa.

2. Mencabar pengendali blog untuk memberi ruang yang sama rata.
- Cabaran tiada makna. Berkali-kali parti pembangkang mencabar media arus perdana diberi ruang sama rata, adakah mereka mendengarnya? Adakah pernah kita saksikan Paklah dan Anwar Ibrahim berentap di dalam satu debat terbuka di TV? Tidak..tidak mungkin.

3. Saya ingin cabar pengendali laman blog supaya berani semuka untuk menegakkan kebenaran dan bukannya hanya menyiarkan ulasan atau komen sebelah pihak.
- Kenapa hanya ada komen sebelah pihak? Hahahah. Kerana ramai dari barisan yang ada sekarang tidak tahu menggunakan internet pun. Jadi tiada komen dari sebelah pihak yang lain. Apabila sudah kalah pilihanraya barulah belajar-belajar hendak buka url www.blogger.com dan mendaftarkan diri.

3. Kita sudah cuba menghantar ulasan isu tertentu, tetapi bila kita masuk laman blog berkenaan, kita lihat jawapan yang kita hantar mereka tidak siarkan.
- Oh betul ke? betul ke???? Selalunya yang berlaku adalah apabila cybertroopers yang singkat akal melayari blog orang, mereka meninggalkan ulasan tanpa fakta seterusnya dibidas kembali oleh pembaca lain. Bukan tidak disiarkan. Dan cybertroopers ini akhirnya kehabisan idea lantas tidak lagi berkunjung ke blog yang masih menunggu ulasan panjang daripadanya.

Oh siapa kita? Datuk Seri kah?

Untuk pengetahuan Datuk Seri, blog adalah ruang expresi diri kebanyakan pengguna internet. Kebanyakkan blog adalah milik persendirian dan pandangan mereka berbentuk personal (walaupun berblog politik, ekonomi dan sosial dan serta masakan dan resepi sekalipun). Tidak dipengaruhi oleh mana-mana kuasa besar, samada untuk mendapatkan tender dari kerajaan atau mendapat sejumlah wang hasil dari tulisan mengampu dan mengipas kuasa besar.

Jangan bermusuh dan terus memburukkan bloggers. Setip hari beribu blog baru muncul, takut nanti tak mampu pula media arus perdana bersaing dengan blog blog percuma ini.

5 comments:

sebol said...

patutnya ko jawap macam ni

3. Saya ingin cabar pengendali laman blog supaya berani semuka untuk menegakkan kebenaran dan bukannya hanya menyiarkan ulasan atau komen sebelah pihak.
SAYA PANTANG DICABAR

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

ikutlah langkah Khir toyo.. dah mula kenal blogspot.com.. :D

http://drkhir.blogspot.com/

Anonymous said...

Concur Our Swarthy Prices at www.Pharmashack.com, The Celebrated [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Chemist's boutique [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Visualize Countless Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Pick out a Peerless Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] In shore up of Your Intake ! We Vend Name specify [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

Anonymous said...

crt in neat this without charge or demand [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] indemnification at the liberal [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] alert with 10's of with it [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. worry [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no fade disheartening casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] pro UK, german and all signal the world. so in search the treatment of the cork [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] discontinuity us now.

Anonymous said...

You could easily be making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat hacking[/URL], Don’t feel silly if you haven’t heard of it before. Blackhat marketing uses not-so-popular or not-so-known avenues to build an income online.