Tuesday, February 26, 2008

Terdesak betul Be End.

Lawak betul iklan undilah barisan nasional kat televisyen itu. Selang lima minit mesti keluar. Agaknya berapa banyak duit yang dilaburkan oleh Be End ya untuk masuk tv sekerap itu? Sudahlah di waktu perdana, waktu berita perdana pun dia masuk juga berkempen. Waktu menonton cerita pun dia ke udara juga. Could we have a peaceful one hour?? Without all this nonsense public campaign. Parti lawan langsung tak berpeluang masuk membeli waktu perdana untuk menyiarkan iklan kempen mereka.

Paling lawak sekali...apabila iklan tersebut menunjukkan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia sepanjang berada di bawah pemerintah Be End. Apa yang kelakar? Apa yang kelakar? Ulang soalan, apa yang kelakar.

Ditunjukkan pembangunan berterusan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Ada yang bercakap mengenai era pertanian etc. Sampai keluar muka Tun Mahathir, ditunjukkan Litar Sepang, KLIA, ERL, Putrajaya..etc..

Sampai giliran Paklah, tunjuk power point koridor yang dirasmikan BARU BARU INI. Power point je???? Hahahahaha hahahaha hahahahaha x 100.

Itu jeke kejayaan empat tahun memegang tampuk pemerintahan Malaysia? Power point je? hahahaha lagi seratus kali.

Kita sudah berada dilandasan yang betul. (kejab lagi datang keretapi laju gilis kita)

6 comments:

Anonymous said...

hahaha..dtg ERL lggr sbb dok tgk landasan.

Anonymous said...

mana la nak cekau duit buat koridor serentak neh...\
neh kempen jer pun dah baper riban dah abes...silap....makan juta.....

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

oh minyak petrol x leh turun tapi buat projek koridoraya ni buleh pulok... sapa bilo rakyat nok kene tipu ning... oh rakyat sedarlah jgn tgk TV sebelum pilihanraya ni.. kamu akan di tipu habis-habisan hidup2..

zairulk said...

BN cukup hebat dlm kempen perang saraf, sebagaimana iklan nih. Bayangkan pakcik/makcik kat kg yg dok tgk tv tiap2 hari..drpd marah2 kerajaan terus jadi sejuk..akhirnya undi BN jugak. Pembangkang tang part perang saraf memang fail laaa...

Anonymous said...

Tunku abdul rahman... father of independence
Tun razak... father of developement
Tun Mahathir... father of technology
Paklah... father in law of Khairy

d7angel said...

aku nak tumpang gelak gak hahahahahahahaahaaha x trilion kali. dlm ramai2 pemimpin tuh, muka yg last tuh paling tak best aku dengar ucapan dia. tak de karisma...hah hah hah hah