Monday, February 18, 2008

Politik Malaysia dari Kaca Mata Aku

Aku sebenarnya baru berjinak-jinak dengan senario politik tanah air. Sebelum ini aku tidak peduli walau sekelumit pun. Tapi disebabkan sekarang adalah trend politik diperbualkan di sana sini, terpaksalah aku ambil tahu sedikit sebanyak. Siapa yang tidak bercakap mengenai politik sesungguhnya samada sudah bosan dan jemu dengan scenario politik tanah air atau sememangnya tidak ingin ambil tahu lagi.

Kerana, pada akhirnya selepas berbelanja jutaan ringgit, parti Barisan Nasional akan kembali berada di tampuk selesanya. Harapan untuk parti selain dari parti komponen BN untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia dilihat hampir mustahil dengan pelbagai faktor yang sedia ada. Untuk mengurangkan majoriti kerusi parlimen itu mungkin, untuk memerintah adalah tidak mungkin. Ya, mari mengundi dan mendapatkan kerusi sebanyak 76 di dalam parlimen. Biar sampai huru hara nak membentuk kerajaan. Kenapa saya rasa BN akan kekal memerintah?

1. Parti selain komponen BN tidak bersatu. Mereka hanya bersatu apabila menjelang pilihanraya, sedangkan parti komponen BN tidak pernah berpecah. Barisan Alternatif yang diwar-warkan untuk bersaing dengan BN amat kabur. Parti apakah yang berada di dalamnya? Kerana setiap kali pilihanraya, anggotanya berbeza-beza. Tahun ini aku belum melihat sebarang sign dan petanda yang DAP akan berada di dalam Barisan Alternatif. Mungkin aku tersilap. Setiap satu parti mempunyai agenda berlainan dan mungkin tidak dapat menarik perhatian pengundi. Ambil contoh politik Amerika, mereka mempunyai dua parti politik yang kuat, iaitu Republican dan Democrat. Tidak hairan apabila kedua-dua buah parti penah menerajui tampuk pimpinan Amerika.

2. Kekangan kempen. Parti selain parti dalam BN mengalami masalah kempen. Apabila televisyen dan media cetak terang-terang menyebelahi sebelah pihak dan pihak yang lain itu di anggap pengkhianat negara (meminjam kata-kata dalam komen zairulK dalam entry sebelum ini.). Makcik-makcik, pakcik-pakcik yang berada di kampung yang tidak ada pilihan lain selain menonton dan membaca media arus perdana sudah hampir 100% dipancing undinya dengan segala macam kempen. Sekolah agama rakyat tidak akan terbiar etc.

3. Kekangan kewangan. Apabila parti parti diluar komponen BN bergerak, mereka terpaksa menggunakan wang parti yang terkumpul entahkan banyak entahkan sedikit. Tempat berkumpul juga menjadi satu masalah. Di pihak BN, kewangan tidak menjadi satu masalah. Manakan datang berjuta duit dalam tabung BN untuk digunakan bagi kempen pilihanraya itu? Duit siapakah itu?? Tempat berkumpul pula sudah hampir pasti dewan-dewan dan balai-balai raya. Walaupun ia bukan hak BN tetapi kerana sebelum ini BN yang memerintah jadi balai raya itu BN yang punya.
Juga kekangan kewangan apabila wang untuk penamaan calon dinaikkan dari RM5,000 ke RM20,000.

4. Ketakutan orang ramai. Ini sebab paling utama aku rasa. Orang ramai takut untuk berubah. Takut untuk mencuba berada dalam kepimpinan dan idea baru sementelah dari tahun 1963 sudah disogokkan dengan corak pemerintahan yang begini. Sedangkan, peluang itu datang 4 -5 tahun sekali untuk merubah. Kalau kerajaan baru tidak boleh memberi perubahan padahalnya kita boleh menukarnya kembali ke pemerintahan lama.

Oh, aku bukan anti mana-mana parti politik. Tetapi kerana begitu kuat sekali parti BN berkempen dan mencuri waktu Buletin Utama maka aku rasa muak. (Mungkin tak entry-entry aku ini dipanggil menghasut? Sukahati aku lah nak bersuara, hak aku sebagai warga Malaysia nak menyuarakan pendapat aku…kot kot ada cybertroopers upahan BN datang pulak)

Aku juga tidak suka dengan konsep Islam hadhari yang diperkenalkan sejak 4 tahun lepas. Betul, aku tidak pernah bercakap mengenai konsep ini kerana aku memang menyampah. Apakah itu Islam Hadhari? Agama baru ke? Bukan. Islam sederhana kata orang-orang yang arif dengan maksud hadhari itu. Oh,,,pengsan seketika. Aku cakap terus terang, kita ini diberi pilihan..samada berada dalam Islam sebenar dengan mengikut al Quran dan sunnah atau kita jadi orang bukan Islam. Tidak ada kesederhaan dalam mengikut al Quran dan sunnah.. Either Islam or not. There is no third option which is Islam sikit-sikit atau dalam bahasa BN Islam Hadhari.

Ada satu lagi yang aku benar-benar meluak dengan scenario politik Umno secara khasnya. Siapakah Khairil Jamaluddin yang begitu lantang memanggil orang lain sebagai beruk beruk jalanan? Siapakah dia? Mungkin mertuanya boleh menasihatkan supaya orang yang bernama Khairil Jamaluddin itu tidak menceburi diri dalam politik secara serius kerana itu salah satu sebab kenapa orang ramai merasa jemu dengan pentadbiran mertuanya. Bak kata pepatah lama, lebih sudu dari kuah. Lebih beruk dari pokok.

PS: Tanda-tanda dekatnya kiamat apabila kita memilih orang yang batil menjadi pemerintah. Oh tanda-tanda kiamat yang lain ialah, apabila kita memperhiaskan masjid untuk berbangga-bangga sehingga kita lupa apa sebenarnya kegunaan masjid. Terima kasih.

3 comments:

Wawa said...

1st of all, ko perasan tak kat rtm1 ada promo pasal parti pembangkan g ni punya satu identiti.

ahaha..kelawak kelawak sangat sbb tujuan diorang wat promo konon2 nak tunjuk yang pembangkang tu buruk la, tapi entah camne terkeluar tagline satu identiti ke ap antah.

2ndly, khairil jamaludin tu sapa ntah..maybe gabungan dua dj radio khairil ngan jamal jamaludin kot. khairy la beb.

:P

ezza erisa said...

he apa itu rtm1? ada 10tahun rasanya aku tak tekan channel tu kat tv aku.. :D

wakakaka ..see..betapa aku benci dan menyampah dekat orang yang sesenang memberukkan orang..sampai tak tahu nama dia siapa.. :D

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

btw syabas buat erisa atas nukilanya.. saya setuju dgn pendapatnya tanpa ada sebarang kata-kata bantahan..

BN hanya mampu meraih undi makcik & pakcik kat kampung yang tiada option lain untuk mengetahui perkembangan sebenar..

Memang parti alternatif tidak mampu memerintah negara kerana faktor wang dan sumber media.

Bagi saya BN dah hampir menjadi satu corak 'agama' bagi pengikut-pengikutnya.. Islam Hadhari?.. Malaikat maut tak tanya nanti kamu beragama Islam Hadhari..

Abdullah Badawi, lihatlah isteri kamu yang membuka aurat tu sebelum kamu ingin menekankan kepada Islam Hadhari.. betulkan dulu org yg terdekat dengan kita sebelum mewar-warkan tentang apa itu Islam Hadhari...

Wahai pengikut BN.. Kamu butakah? atau kamu sengaja butakan diri kamu dengan soal ini..