Thursday, February 28, 2008

Penuh bicara politik

Sampai tak ada ruang untuk berita lain. Kesian aku. Kesian aku. Kesian aku tak sanggup nak tengok berita kat TV. Berita kat TV sebelum pilihanraya ini bukan lagi berita untuk pengetahuan am tetapi untuk menambah dosa kering dan basah.

Tahukah kita apa yang berlaku sejak demam pilihanraya ini berlaku? Apa yang media tidak beri liputan kerana ruang muka depan surat khabar penuh dengan cerita-cerita negara muflis kalau turunkan harga minyak. Eh, duit untuk buat Masjid Kristal yang berjuta ringgit tu, kalau guna untuk subsidi minyak lagi bagus tahu. Tak ada faedahnya buat masjid tetapi penduduk Pulau Wan Man tak cukup pun untuk berjemaah sembahyang Jumaat. Sudahlah nak masuk kawasan itu dikenakan bayaran. Sejak bila pula nak menunaikan sembahyang, berbayar nih? Pening lutut aku yang tak berapa warak ni tau?

Berita yang sepatutnya hangat tetapi dipinggirkan sebab memberi ruang Be End berkempen di waktu perdana

1. Kematian Lelaki dalam Penjara yang masih dalam kes mahkamah berkenaan kes bunuh kanak-kanak perempuan.
Patut jadi hangat ni, sudah tentu kena belasah dek kekawan satu sel atau tah sesiapa sebab tak ramai penjenayah kejam bunuh kanak-kanak tau.

2. Mayat dalam Bas Puteri Umno
Siapa mayat tu? Kenapa tak diperbesar-besarkan cerita itu? Tak ada ruang. Sibuk berkempen

3. Gempa bumi di Aceh. 7.2 di skala richter. Apalah sangat nasib malang rakyat Aceh, cerita politik lagi sedap. Boleh kutuk-kutuk orang, boleh fitnah-fitnah orang. Pakat reramai makan daging busuk kat bawah tanah nanti.

4. Kes Sharlinie
Senyap sunyi dah eh. Setakat gambar poster kat tol booth je sekarang ya? Dulu dalam Buletin Utama kata patut siarkan setiap hari posternya dalam berita. Apa jenis kata-katakah ini?

5. Google buka pejabat di Singapura
Sedih pun iya. Aku dah berkira nak update resume. Tak jadilah camni. Gegak gempita kerajaan (sebelum gagak gempita pasal pilihanraya) pasal google sedang meninjau peluang membuka pejabat di Malaysia.
Google Buka Pejabat Di Singapura

Tapi yang ini regional sales office sahaja. Mungkin Google masih meninjau peluang nak buka pejabat di Malaysia idaklah teman pasti.

Tapi takyahlah gebang membesar-besarkan hati rakyat kalau belum tentu datangnya lagi encik Google itu. Tak jadi kang, kecewa lah I.

6. Demonstrasi Orang Be End
Apabila calon yang mereka sokong tidak diangkat dalam penamaan calon. Contoh di marang terengganu, punyalah ramai yang berdemonstrasi. Tak masuk buletin Utama pun

7. Drama Po Kuan DAP
Tarik diri lepas tu masuk bertanding balik. Di api-apikan oleh akhbar arus perdana cakap ada pergolakan besar dalam DAP Perak. Yang BN Terengganu sampai 70% muka baru tu, tak ada pergolakkan ke.

8. Tesco Jual Ayam Tak Halal
Di saman 5 juta. Ada kecoh masuk berita utama tak??? Hal kebajikan seluruh umat Islam tuh.

Berita tak perlu diperbesar-besarkan

1. Haji Hadi tak nak bersalam
Heh, besar betul isu itu. Sumpah aku nak tergolek. Kot iya pun nak tonjolkan imej buruk, tidaklah perlu memberi liputan pada sesuatu yang tidak perlu.

2. Nurul Izzah Bertanding
Dikatakan hanya menjadi bayangan ayahnya. Eh dipihak Be End tu penuh anak menantu cucu cicit kambeng semua bertanding takde pula jadi isunya.

3. Negara Akan Bankrap
Ugutan paling kelakar. Well, kita tak tengok lagi macammana kerajaan baru memerintah macammana. Yakin betul Be End yang kalau pembangkang memerintah, negara akan bangkrap. Mungkin mereka ada idea dan solution untuk membaikpulih keadaan semasa. Siapa tahu?

Dengan keadaan sekarang, aku rasa sesiapa memerintah pun akan bangkrap juga. Kos sara hidup tinggi, gaji kecil.

4. Kempen Be End bagus: Yuran Sekolah Dimansuhkan
Lapan kali gelak please. Berapa ringgit dimansuhkan? Sekolah rendah RM4.50 Sekolah menengah RM12.00. Itu sahaja. Jadi janganlah meriak-riak macam orang sawan yang pendidikan di sekolah adalah percuma. Mana ada percuma??? Percuma bermaksud, pelajar pergi daftar hari pertama sekolah..dapat buku dapat apa-apa sahaja tanpa menghulur walau sepuluh sen pun.

Jangan buat lawak oh key?

5. Nik Aziz panggil orang UMNO, orang utan
Wah wah wah..besar betul cerita ini. Time Khairyl beruk eh..Khairyl A/M (bukan A/L or A/P, A/M anak menantu) Perdana Menteri memanggil orang-orang yang hendak berkumpul di Dataran Merdeka sebagai Beruk Jalanan tidak pula menjadi satu berita hangat di televisyen.

Bagi aku, Nik Aziz pun sama, tak payah layanlah beruk-beruk ini. Orang berpendidikan tidak membalas najis apabila dilontarkan najis.

Kata Nik Aziz, orang utan itu sopan, bukan binatang. Ada perkataan orang. Adeh, pak nik aziz, nama sahaja Orang....mendenya binatang.

Nanti kalau aku terpandang lagi, aku ulas lagik :D

4 comments:

sebol said...

Khairy dulu panggil blogger "monyet", dia tak sedar yang blogger.com tu google punya, itu pasal google lari Singapore.

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

apa nak buat.. yang masih dilema bangsa kita. Bangsa yang masih berfikir kemajuan itu datangnya dari bangunan2 pencakar langit.. sedar tak sedar bila mendongak keatas mereka lupa tanah dibawah mendap..

Kot-kot larry page & sergey brin sokong PAS kot tu google lari ke Singapore tuu..

zairulkm said...

lately, Pak Lah & Najib bukan main defensif lagi, sepatutnya berkempen atas nama BN mana boleh guna segala kemudahan kerajaan..tapi yalah M'sia Boleh (boleh blah!)

kempen BN nampak keterlaluan..golongan makcik/pakcik kat kg for sure akan terpengaruh..harap2 orang muda (macam tuan punyer blog nih) tetap akan mengundi pembangkang

ezza erisa said...

sebol,
mungkin juga... kerana google tahu apabila berada dimalaysia, banyak pula nanti proksi proksi beruk mintak sumbangan amal tak jariah.

zairul.
kempen BN memang terlebih banyek. tv, suratkhabar...oh.terbaru ..di stesen LRT pun ada juga. mcm negara Malaysia ini hak kepunyaan BN sahaja