Sunday, February 17, 2008

Media Arus Perdana Bodoh?

Agaknyalah kot, Dua tiga kali juga aku tertanya-tanya sebelum aku buat kesimpulan ini. Kalau sekali salah, makanya kesilapan. Kalau berkali-kali diulang, memang tak lain dah tak bukan… selain dari perkataan pengampu besar (atau berat sebelah), media arus perdana Malaysia juga bolehlah dinobatkan sebagai media yang bodoh, mungkin terbodoh di dunia, atau juga di seluruh galaksi bima sakti. Dan galaksi – galaksi lain yang mungkin wujud. Patutnya media arus perdana Malaysia ini, diflush ke dalam lubang hitam di angkasa lepas.

Kenapa aku kata media Malaysia ini bodoh?

Parlimen sudah dibubarkan pada 13 Februari, pada malamnya berkumandanglah berita di waktu perdana mengenainya. TV3 masih tertidur semasa menulis ayat berita dengan memanggil Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) sebagai Perdana Menteri.

Berita tadi pula, memanggil Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Surat khabar NST hari jumaat juga dengan tidak segan silu merujuk AAB sebagai Perdana Menteri.

Parlimen sudah dibubarkan, mana ada jawatan PM atau TPM? Kerajaan pun sudah tiada. Mungkin kerajaan yang sama akan naik, tapi bagi tempoh 13 Februari sehingga petang 8 Mac, Malaysia tidak ada parlimen. Kalau tiada parlimen dari mana datangnya PM dan segala jenis mak nenek menteri kabinet yang lain?

Aku juga rasa nak muntah darah dengan cara media arus perdana dipergunakan untuk parti BN berkempen. Semuanya baik, semuanya elok di pihak BN. Najib pergi ke tanah felda pun duk siar cakap kerajaan dah bagi tanah dah bagi itu ini, buat apa undi parti lain? Aku nak juga dengar kempen parti sebelah satu lagi di kaca tv.

Berita malam tadi memualkan aku sampai aku hanya boleh tengok berita 5minit pertama sahaja. Diceritakan ‘satu pertubuhan tidak berdaftar’ buat demonstrasi untuk menghalang proses pilihanraya.

What??????? Putar belit apakah ini? Setahu aku, kumpulan Hindraf itu berkumpul untuk berjumpa AAB untuk memberi bunga ros. Berkenaan pula mereka ingin membuat rayuan pembebasan pemimpin – pemimpin HINDRAF yang di tahan di bawah aksa ISA. Jadi apa kaitan demonstrasi pembebasan pemimpin Hindraf dengan dakwaan berita yang mengatakan ia menghalang proses pilihanraya? Betul betul aku rasa nak terajah sahaja tv ketika itu. Tapi kalau terajang nanti, aku juga yang perlu beli tv baru. (Hehe) Sudahnya terkeluar ayat-ayat yang membuatkan aku segera beralih tengok 712. Tengok berita celebriti Amerika lagi bagus. Tidaklah sampai ayat-ayat tidak elok keluar dari bibir aku.

5 comments:

suealeen said...

erisa,
salam perkenalan... ingatkan aku je naik nak muntah darah & nanah dgn media arus perdana ni... tiap kali berita lak tu... (dah takde orang mati accident lagi dah gamaknya, etc.). sampai ke berita sukan pun ada muat sekali pasal atlet dibenarkan off masa mengundi.. takyah la cerita pasal tu.. orang tak mao tau tu semo kalo men bola pun tahap budak darjah 5 (hehe.. chek maghah ka..)..

dirasmikan oleh si bla, bla, bla.. menteri sekian2.. mana ada menteri lagik dah.. isk.. punya tak malu...

zairulkm@Birmingham said...

cik erisa..sekali lagi saya bangga dengan posting ini, walaupun sinis tapi tajam..sebenarnya itulah kami pihak opposition merasa sejak bertahun lamanya...media yang amat-amat memualkan..seolah2 pemerintah terlalu maksum..tiada cacat cela..pembangkang hanyalah penghasut..malah dianggap penderhaka dan pengkhianat negara.

Jeling2 bagaimana pemilihan calon presiden US dibuat..bagaimana Obama & Clinton berdebat di tv..cukup sempurna dan beradab..ada pihak berhujah dan pihak lain membidas..itulah demokrasi terpimpim (meminjam sedutan skrip Tiga Abdul)

Saya cukup impikan saat seandainya Pak Lah berhujah dengan TG Hj Hadi juga dsertai DSAI & Lim Kit Siang..err berani ker?

Wawa said...

ah aku pun smlm tengok donal trumnp channel 712 lagi best.

muak aku baca suratkabar, tengok berita.

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

tau tak kerajaan sekarang sedang mengungkit kembali apa yang telah mereka bagi kepada rakyat.. patutkah kerajaan mengungkit dengan rakyat?..

OH BN maksum ha ha ha.. yang bengkok pun dia kata lurus, maksum apa.. Ketua ulama Islam Hadhari mempunyai isteri yang cantik dengan rambut yang bersepai-sepai tanpa sehelai 'jilbat' menutupi auratnya.. oh waraknya...

Islam hadhari diterima oleh ulama terkenal?.. benarkah? oh.. sucinya..

ezza erisa said...

suealeen,
kekekek kita senasib..muak dgn berita kat tv..

zairul,
paklah berhujah dengan opposition parties leaders? jadi dlm mimpi mungkin. orang yang takut bayang-bayang memang kuat meraban dan suka di ampu oleh media media berpengaruh besar.
hehe

wawa,
dun forget to watch american next top model setiap senin di 714. pukul 8 malam. better dari tengok berita. nasiblah we have plenty of other channels to watch. idak sure aku mati di depan tv akibat dibrainwash.

aizam,
ya..mengungkit itu dan ini. seolah-olah kita semua berhutang dengan mereka dan kita harus X di kertas undi atas jasa-jasa mereka. (wekkk)

hairan pula apabila mereka tidak mengungkit masalah yang turut mereka berikan kepada rakyat iaitu kenaikan harga barang-barang dan kekurangan dan kehabisan stok barangan keperluan.