Thursday, February 28, 2008

Kopi dan Pasta Sahaja

(Copy and Paste Only)
Dr. Ismail Salleh pertikai kenyataan Najib mengenai kenaikan harga minyak

Baru sebentar tadi (Rabu 27 Feb08) saya menonton TV1 rancangan ISU SEMASA siaran lansung, jam 9.30 hingga 10.30. Panel jemputan kali ini adalah: (1) Senator Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh (cacat penglihatan) (2) Dato Saleh Majid, pakar ekonomi (3) Dr Nik Hasyuden Yusof, pensyarah Ekonomi. Iaitu di bawah tajuk "Ekonomi dan Pilihanraya".

Saya sangat tertarik dengan kenyataan Dr Ismail Salleh berkaitan kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak. Saya sempat mencatit ulasan Dr Ismail lebih kurang begini.

"Dalam kempen pilihanraya, Dato Seri Najib menyatakan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya nanti"

Kata Dr Ismail lagi:
"ini adalah kenyataan yang boleh menyelirukan masyarakat, kerana sebelum ini lebih kurang 2 bulan lepas,Perdana Menteri dan menteri-menteri melalui media TV dan akhbar telah menggambarkan bahawa kerajaan sudah tidak boleh lagi menanggung subsidi minyak yang banyak berikutan kenaikan harga minyak dunia melepasi 100 dollar setong.Seolah-olah harga minyak terpaksa dinaikkan di negara kita"

Kata Dr Ismail lagi:
"Kenyataan Dato' Seri Najib ini boleh mengelirukan kerana media sebelum ini sudah memperjelaskan kepada rakyat, rasional kenaikan harga minyak itu dan meminta rakyat serta memahaminya, dan perlu bersedia dengan kenaikan ini"

ULASAN SAYA:

Tahniah atas kenyataan yang jujur dengan membahas isu ini. Suatu kenyataan yang tidak merapu seperti Najib.Walaupun Dr Ismail seorang yang buta matanya, tapi hati dan pemikirannya tidak buta, tapi Najib nampaknya lebih buta pemikirannya. Bolehkah kita berpegang pada janji Najib ini? Najib kata harga minyak tidak naik tetapi tak beritahu tempoh selepas pilihanraya itu sama ada berapa hari, berapa bulan atau berapa tahun.

Kalau lepas pilihanraya, minyak naik, adakah kita boleh berhimpun di depan rumah Najib, menuntut janji-janji pilihanrayanya. Hairannya dalam menifesto BN tidak dinyatakan bahawa BN berjanji tidak akan menaikkan harga minyak. Ini kenyataan Najib sahaja.

Sebelum ini juga Najib mempertikaikan BERSIH dan HINDRAF membuat demo jalanan. Najib kata "kalau hendak buat di stadium kita boleh bagi" Tetapi apabila dipohon, ditolak. KALAU NAJIB JANJI SEMUA TAK BOLEH PERCAYA....


Original Source:Here

4 comments:

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

percaya pada Rasul & tuhan sahaja yg boleh 100%..

kumb@ng said...

tindakan untuk pancing undi tu.. selepas PRU, kalau Bn menang sebulan pas tu minyak naik...5 tahun lagi tu nak tunggu...masa tu najib anggap rakyat dah lupa...

zuhairy.mustafa said...

tula dia..pemimpin melayu yg mudah lupa. apa nak takot..ckp je la mmg naik tp tatau bila.

ezza erisa said...

muka yang berjanji tu..fake gile...

aku pun leh janji.....AKU JANJI AKU TAKKAN VOTE ORANG FAKE. hehe