Sunday, February 24, 2008

Kenapa Anda Harus Tengok (Errr) Duyung

Erk….tajuk macam positif sahaja. Sekejab lagi encik kayu_ria akan datang menghentam akulah nih. Seorang kawan dari forum kcarlife telah mengajak aku tengok tayangan perdana Duyung di Midvalley (boleh sebut nama tak ni? Kau kan selalu nak berahsia? :P). Heh, tiket percuma pantang ditolak. Hehehe. Jadi dengan tiada sebarang keraguan, aku katakan ya. Aku juga tidak tahu langsung pasal filem ini selain yang aku tahu si Maya Karin si pontianak sudah bertukar menjadi Duyung pula kali ini.Maka pada hari Jumaat selepas waktu kerja, bergeraklah aku ke Midvalley yang letaknya 100kangkang kera sahaja dari pejabat aku itu. ;)

Jadi pada masa ditetapkan masukkan kami semua ke panggung wayang itu. Ramai juga orang-orang yang berpakaian glamour, yang aku sendiri tak pasti, artis atau kawan-kawan artis.

Sebenarnya cerita ini sungguh ringkas. Sinopsisnya boleh aku ceritakan dalam masa 30saat sahaja. (Amaran! Amaran! Tutup browser sekarang kalau tak mahu terbaca spoiler yang tak spoil langsung ini).

Jimmy, si miskin yang hatinya baik. Bertemu dengan si duyung. Oleh kerana kebaikan hatinya maka si duyung memberikan harta-harta lanun kepadanya. Jadilah Jimmy kaya raya. (ini sahaja plot ceritanya)

Dari 3 baris plot itu, dikembangkan menjadi cerita satu jam setengah yang rasanya tidak keterlaluan boleh aku katakan mendera mental aku. Sehingga terasa waktu begitu lambat sekali berlalu. Adalah 5-6kali aku tengok jam di lengan.

Kalau adapun penyelamat cerita hanya rupa cantik Maya Karin dan Orix si beruk Fuyoh (filem ini ditaja oleh Digi maka tidak hairan apabila si beruk Orix hanya mampu menjadi tukang promosi digi). Itu yang paling tak menarik apabila filem dijadikan tempat menjual iklan. Adeh. Celcom dah taja filem, Digi dah. Hotlink bila nak taja filem? haha.
Lakonan Saiful Apek masih di tahap biasa seperti kita tengok di filem-filem yang lepas. Dialog-dialog kelakarnya sungguh menarik perhatian dan tidak kering gusi. (Gusi mana kering woi…ada air liur hehehe)

Benda-benda yang membuatkan cerita ini sedikit membosankan:

1. Ekor Duyung itu sangatlah nampak murahan.
2. Emas di tempat tinggal Duyung..wakakaka..sungguh nampak tipu sekali
3. Harta karun yang ditinggalkan oleh Duyung di pulau Jimmy. Wakakaka, sungguh nampak murah. Kalung pearl yang boleh dibeli di Pasar Filipina di Kota Kinabalu dengan harga RM10.00 seutas ohkey..
4. Baju-baju pelakon. Aduh…tak mampu diselamatkan oleh pemandangan laut yang cantik. Kenapa semua baju pelakon mesti berwarna kusam? Satu warna je pulak tuh.
5. Kalau ada pun kelainan, Jimmy tidak bercinta dengan si Duyung. Yang lain semuanya boleh dibaca. Dari siput tiupan memanggil si Duyung kepada si penjahat yang berjumpa dengan Duyung dan seterusnya ditangkap untuk dijual.
6. Pelik juga apabila Jimmy dan keluarga kelihatan amat miskin tetapi mampu pula membeli pakaian dan peralatan skuba.


Sewaktu penghabisan filem, naiklah kredit. Patutlah.. pengarahnya si Prof Razak. Yang terkenal sebagai adeh..malas nak sebut. Adeh… patutlah semua pelakon kaku cam kayu. Walaupun si Maya Karin itu actress hebat tetapi langsung tidak diberi peluang menonjol di dalam filem ini. Macam tak sangka pula aku Maya Karin yang begitu berprestige sanggup berlakon di bawah pengarah ini.

Kalau sesiapa boleh layan filem-filem seperti Meet the Spartan, Scary Movie dengan gelak ketawa tanpa menghiraukan logik dan sebagainya, bolehlah menonton filem Duyung ini. Ingat, expectation itu jangan ditinggikan. Aku terlalu letak expectation tinggi sementelah Cicakman berjaya mendapat pungutan berjuta-juta. (Walapun cicakman juga adalah filem bukan original – gabungan Spiderman dan Batman).

Apapun review aku dan pandangan aku, aku yakin filem ini akan box office juga kerana gabungan KRU dan Prof Razak adalah gabungan penerbit dan pengarah box office. Walaupun ceritanya sedikit mengecewakan tetapi tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya mereka cuba lari dari tema biasa. Dan mereka layak mendapat kredit untuk itu.

Bintang: erm...2.5 / 5. Kira bolehlah tengok.

4 comments:

Anonymous said...

hehe klau arahan Prof R.M ni, jgn ler expect tinggi sgt..
mmg dah bole agak dah..

ps: huhu sorry ler aritu kalut sikit

wawa said...

patutle smlm kat ym ko ada cite pasal kru dgn prof nih.

eheh..sorri smlm guwe sakit pingang..lalu malas layan cite kru nihn.

:)

ezza erisa said...

hahaha cyber, malangnya aku tak tahu ini filem siapa......kalau tahu dah memang masa nak masuk wayang tu..aku suruh level expectation aku merendahkan dirinye..hehehe

zuhairy.mustafa said...

kritikus jugak ko ni eh, ala2 tikus mondo dah. keke..tp aku setuju penulisan ko.