Thursday, February 14, 2008

Janji Pilihanraya Saya

Undilah saya dalam pilihanraya yang bakal berlangsung pada 8 Mac ini kerana saya boleh mengotakan janji-janji manis saya seperti mana yang saya telah tabur dalam pilihanraya yang lepas-lepas. Berikan parti saya kemenangan besar supaya saya pun boleh besar kepala dan berdiri, duduk, tidur dengan selesa di atas sehingga tidak mampu lagi mendengar suara keluhan orang yang mengundi saya.

Saya juga akan meneruskan kesinambungan perjuangan saya yang belum selesai sebelum ini. Pembangunan lima wilayah yang baru saya rasmikan baru-baru ini memerlukan saya untuk bergerak dan berdaya saing.

Saya berjanji, sekiranya parti saya iaitu parti Tengkorak menang (tak besar pun tak mengapa, asalkan cukup untuk mendapat suara majority di parlimen iaitu 2/3), harga minyak dan lain-lain barang keperluan akan naik juga tetapi tidaklah sampai menjadi yang paling mahal di Asia Tenggara. Saya akan gunakan subsidi yang boleh dijimatkan untuk membina banyak lagi pengangkutan awam seperti landasan ERL dari Johor ke Perlis, dari Kelantan ke Selangor.

Saya juga akan membina landasan keretapi di Terengganu supaya murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah di Terengganu tidak perlu lagi menyewa bas untuk membuat lawatan ke negeri Kelantan untuk melihat keretapi dan landasannya.

Saya juga berjanji akan memberikan sebuah kereta kancil 660cc bagi semua yang masuk dalam rancangan Bersamamu, Finding Angels dan silap-silap yang masuk rancangan Trippin pun saya akan bagi kereta kancil 660cc sebijik seorang. Almaklum, saya memperuntukkan sebilangan besar dari simpanan saya untuk menang pilihanraya kali ini.

Janji saya yang paling agung, sementelah saya juga suka memuat turut perisian cetak rompak, siri televisyen popular Amerika Syarikat, serta filem-filem luar yang lambat masuk ke Malaysia, serta lagu-lagu popular dalam bentuk MP3, saya akan menghapuskan akta cetak rompak dan isu memindah turun ini. Malah saya akan wujudkan akta yang membenarkan semua rakyat memindah turun dengan percuma.

Undilah parti Tengkorak saya, dan yakinlah pada saya dan perwakilan saya yang mewakili saya di tempat anda semua kerana janji –janji saya sangat manis. Kalau saya menang pada tahun 2008 ini, saya akan datang ke tempat anda semula pada tahun 2012 pada waktu pilihanraya untuk berkempen untuk menang pilihanraya itu juga.. Sepanjang empat tahun saya memerintah nanti, jangan sibuk pula mencari saya kerana saya mungkin berada di luar negara, merasmikan perniagaan keluarga saya. Almaklum, saya akan menjadi pemerintah yang sangat low profile dan jarang sekali berada di dalam negara.

Berkenaan isu banjir pula, semua mangsa banjir akan di pindahkan ke balai raya setiap kali banjir dan bot-bot percuma akan disediakan untuk mengangkut lembu kerbau dan ayam itik anda semua.

Saya juga berjanji, tidak akan tidur dalam persidangan dan memalukan delegasi Malaysia kerana saya akan bermain games di telefon bimbit Sony Ericson k800i saya (model ini akan saya jual sebaik menang pilihanraya, dan saya akan memilih telefon yang mempunyai kamera 5.0MP pula). Kalau saya sangat mengantuk dan bosan dengan ceramah merapek selepas saya habis bermain games, saya mungkin akan cuba menghantar mms kepada rakan-rakan perwakilan lain dengan membuat muka seperti tidur, tetapi sebenarnya saya tidak tidur. Saya pura-pura sahaja.

Ada lagi janji manis saya, jumpa saya lagi kalau saya rajin nak berkempen. Alah buang masa sahaja kempen-kempen ini, kemenangan ditangan saya sudah terjamin. Parti PUAS pun bertanding 60 kerusi parlimen sahaja. Saya bertanding 1000 kerusi. Parti ketidakadilan rakyat saya belum dapat maklumat lagi.

7 comments:

Jie said...

sy dtg nk mengundi ni, tak de ke beras sekampit....kain batik sehelai..hhehehehe

tak pun kad top up..yg 30 inggit tau!

sebol said...

kak jie,
beras sekampit takde le
tapi beras padu ada

ezza erisa said...

jangan risau, saya akan berikan bekalan beras berterusan (siap refill) selama 1tahun pertama pemerintahan sekiranya kak Jie mengundi saya...

Kain batik pula, saya akan suruh perwakilan saya dari Langkawi menyeludup keluar sebanyak mungkin untuk diberikan kepada kak Jie, nanti anda akan dapat kain batik free dan seterusnya memulakan perniagaan kain batik.

Ini janji saya khas untuk kakjie. Untuk orang lain nanti saya fikirkan nak janji manis apa pula

hahahaha

-> Aizam a.k.a KeRoLL said...

Di Dun Saya mengalami masaalah kekurangan poster untuk ditampal-tampal di tiang-tiang lampu. Saya juga mengalami masaalah untuk menampal poster sebab diacukan senapang oleh ketua kampung saya disebabkan saya menampal poster di depan rumah dia..

Saya terpaksa duduk di bilik gerakan 24 jam sehari takut poster yang saya tampal dicabut oleh anak-anak buah ketua kampung saya.

Saya tahu parti saya tak bertanding di kawasan ni tapi janganlah poster saya diarahkan dicabut...

Saya bukan nak menyamar saya pengikut dia tapi duit saguhati tu saya berhak dapat sebab itu duit rakyat bukan duit mana-mana parti..Lagipun saya belum kawin lagi..

peraih undi said...

huhu..janji sudah ditabur..tinggal nak berkempen je nie..dtg la bertandang ke blog saya..ad ruang2 utk berkempen disitu :P

ezza erisa said...

Saudara Aizam,
Setelah saya dan pucuk pimpinan lain berbincang mengenai permasalahan yang dibangkitkan, sukacitanya saya ingin memaklumkan, sebanyak 100mesin pencetak akan dibekalkan ke kawasan saudara bagi mengatasi masalah kekurangan poster di tempat saudara.

Saya juga telah mengarahkan bekalan senjata dihantar bersama-sama dengan mesin pencetak tersebut. Kalau saudara diacukan dengan senapang oleh ketua kampung yang tidak membenarkan saudara menampal poster di halamaNGGG rumahnya, jangan segan silu menggunakan senjata yang akan sampai tidak lama nanti.
(Latihan penggunaan senjata api telah dan mungkin dipelajari oleh saudara semasa menjalani kursus Khidmat Negara dulu, dan jangan risau, sekiranya yang tertembak itu mati, saya akan melantik peguam paling berwibawa iaitu Kapal Sink untuk mewakili pihak saudara dengan alasan membela diri)

Saya juga telah mereka sebuah perisian menggunakan platform Jawa untuk menentukan shift setiap penyokong saya supaya tidaklah saudara seorang sahaja yang tak mandi dan tak tidur berjaga 24jam sehari di Post parti Tengkorak.

Semua aduan dianggap penting oleh saya. Tanpa sokongan rakyat, siapalah saya. Tak dapat saya nak songlap duit nanti.

(Surat dengan cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan)

Pengundi Hantu said...

bagus2 Parti nie, memang memenuhi kehendak rakyat semasa, saya akan pangkah tengkorak idop nie, ermmmm baju batik ke songket ke takan tak de Boss, asik kain pelikat jerrrr, bosan aaaaa, Pastu bagi jugak la HPhone N82, baru la ada gaya Pemimpin Perihatin, pastu jgn lupa sediakan kapal belayar ke Australia untuk kita bersenang senang bila banjir...IDOP TENGKORAK, Vote for Malaysia, Vote for Parti Tengkorak