Tuesday, February 12, 2008

Hari Selasa Aku

Bangun dengan tak bermaya sebab malam tadi aku melayan games ‘Tropix’ main monyet beli-beli pulau sampai pukul 1 pagi. Kemudian bergerak ke Putrajaya pagi tadi.

Balik dari Putrajaya terasa ingin buat kaedah mythbuster (rancangan dekat Discovery Channel). Jadi kebetulan aku terasa nak bawa kereta dengan penuh leisure dan menikmati permandangan Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban. Maka aku telah mengikut belakang bas Mutiara sepanjang jalan. Tak adalah ikut secara ekstrem, sampai jarak 2 kaki. Aku bagi ruang rasanya 10 kaki (atau lebih kurang jarak apabila dua manusia terbaring). Sungguh, kereta aku terasa lebih ringan. (Mengikut mythbuster yang telah di buktikan benar, mengikut belakang kenderaan besar, mengurangkan rintangan angin dan seterusnya menjimatkan penggunaan petrol).

Dan iya, sekali lagi aku katakan, kereta aku terasa lebih ringan kerana tiada rintangan angin, sementara berkenaan petrol pula tidaklah pandai aku hendak mengukurnya kerana aku baru mengisi minyak tangki penuh semasa di Putrajaya sebelum itu. Kalau dah mythbuster kata, confirm / sah boleh kurang penggunaan petrol, siapa aku untuk menyangkalnya sementelah aku sudah merasa perbezaan semasa aku memandunya.

Kemudian aku sampai ke pejabat, disinilah cerita lawak bodoh sombong ini bermula. Disebabkan sambungan internet ini amatlah perlahan, aku menelefon TM. Maka seperti biasa rutin rutin itu ini sudah aku buat kerana macam biasa, mereka sudah ada arahan-arahan rasmi untuk memaksa aku meletakkan gagang tanpa membuat aduan.

Maka aku yang agak bijak ini, membuat dulu semua apa yang mereka akan tanya sebelum telefon. Kemudian datanglah soalan kelakar ini:

technical support: cuba check lampu modem
aku: dah check. lampu power nyala, LAN menyala lip lap lip lap blinking, DSL menyala permanent.
technical support: oh, ada problem tu, LAN tu sepatutnya menyala tak blinking

aku dalam hati; dakyah mana ko pakai ni. Penat aku argue, tak juga dipercayainya. Memanglah lampu LAN tu blinking. Kalau lampu DSL yang blinking tu barulah masalahnya kat situ.

Sudahnya aku tanya, cut the chase, saya cuma nak buat report, boleh ke tak? Dia masih duk memaksa aku tak percaya aku dah buat semua yang aku dah buat. Siap tanya ada buat msconfig all tak? Aku cakap dah. (Tapi aku memang tak buat pun yang ni, tak ada kaitan pun)

Dia macam tak percaya, siap tanya aku, macammana step buat msconfig all. Hahahaha. Macam dua hari aku mengadap pc. Aku terangkan satu-satu. Ha baru la macam percaya. Dey pakcik, berapa hari jadi technical support ni? Nak main teka teki dengan aku lah pula.

Oh akhirnya aku berjaya buat aduan selepas bergayut dengan mamat itu selama 31:08. Penat tau. Apabila aku dah tahu ia bukan salah server atau modem di belah aku dan masih cuba di perkotak dan di spongebobkan.

Oh, TM, better advise your technical support / helpdesk about LAN led. Blinking is good sign. TQ

Speed aku dibawah ini adakah normal untuk pakej korporat 1.5MBPS?


Image Hosted by ImageShack.us

3 comments:

sebol said...

kalau ikut pentunjuk modem yg streamyx kasi, blinking tu maksud dia tengah cuba nak dial tapi tak dpt.


tapi kalau untuk switch LAN biasa, blinking tu maksud dia OK

ezza erisa said...

LAN nak mendail? bukankah DSL yang mendail? dan blinking tu maksudnya tgh handshaking dgn server..kalu duk blinking DSL tu maksudnya handshaking tak habis-habis2..hehehe

sepanjang observation aku pada lampu LAN itu, memang ianya blinking dari zaman aku memula configure nya lagi. hehehe

sebol said...

mana tau dia panggil modem tu "LAN"