Thursday, February 14, 2008

Hari Rabu Aku

Cuti, tersedar sebab bunyi mesej dari rakan sepejabat. Adeh, apa pasal mesti hantar mesej pada pukul 9 pagi. Lainkali kena tulis dalam handover email, jangan hantar mesej atau telefon sebelum pukul 10.00 pagi melainkan sangat-sangat penting. Hahaha.



Apabila sudah bangun, aku membasuh baju pula. Selepas membasuh baju (minggu depan aku akan beli mesin basuh..jangan di tanya kenapa, kita semua maklum sebabnya), aku lepak tengok NCIS di Star World. Kemudian teringat pasal bateri kereta aku yang sudah hampir meninggal. Aku nak bawa pergi charge lah. Kalau kalau mampu bertahan sehingga akhir bulan sebelum mendapat gaji. Kalau tak dapat juga, maka aku akan naik LRT sampai dapat gaji. Wahahaha. Kunun.

Kemudian jenguk ke luar tingkap bilik seketika, tak lama lagi, akan berdiri sebuah kompleks membeli belah Jusco di depan tingkap bilik aku. Aduh, dekatnya kompleks membeli belah itu nanti. Makin cepatlah duit aku surut setiap bulan. Sekarang macam air sungai kecil mengalir, bila dah buka Jusco tu nanti rasanya seperti air sungai besar lah aliran tunai aku nanti. Hahah

(Gambar bakal Jusco Setiawangsa)

Image Hosted by ImageShack.us

Aku keluar pergi bengkel kereta. Katanya kena caj bateri sekurang-kurangnya tiga jam. Aku ambil keputusan untuk tinggal kereta dan jalan kaki balik ke rumah. (Yang merupakan tindakan yang aku kesali sampai hari ini, haha). Dari area keramat permai (berhampiran LRT Setiawangsa ke rumah aku yang terletak di atas bukit itu), aku jalan kaki. Berjalan di tanah rata, di lorong pejalan kaki siap berbumbung menyeronokkan juga. Aku banyak notis benda-benda yang selama ini aku tak pernah ambil perhatian langsung pun. Tetapi apabila sampai di Petronas Setiawangsa, aku mula rasa menyesal amat menyesal berjalan kaki. Dahlah jauh, kena mendaki bukit pula itu.

Semasa itu aku amat bersyukur aku ada kereta selama ini. Aku tak pernah rasa sekali pun berjalan dari situ ke rumah aku. Penat ya ampun, kalau sesiapa yang sedang merancang nak jogging, bolehlah pilih route ini. Rasanya kadar berbukitnya 60darjah kot. Dahlah aku ini bukan minah jogging atau exercise. Sesekali mendaki bukit, tercungak la jugak RM1.50. Maka dengan ini aku kena akuilah, aku memang penghuni bukit.

(Ini sneak peak jalan yang aku daki, tinggi lagi aku nak naik tuh)


Image Hosted by ImageShack.us

Sampai di rumah pada pukul 12:30 tengahari, buka forum cari katanya PM nak buat pengumuman, terus buka tv. Maka dapatlah tengok secara langsung pengistiharan pembubaran parlimen. Petangnya, sewaktu nak mengambil kereta, aku sudah tidak mahu berjalan lagi. Aku tahan sahaja teksi. Hehehe,

Waktu balik, terus setting balik semua siaran radio, dan ingatkan nak meronda pergi tengok wayang ‘Dunia Baru’ tapi aku rasa mengantuk sangat dan penat. Sampai ke rumah, aku melayan internet seketika, tengok spekulasi pilihanraya etc dan kemudian membuta. Fuh, sungguh indah Rabu aku.

2 comments:

sebol said...

minggu depan agaknya ada tak topik "Hari Rabu Aku"?

ezza erisa said...

tak tau..saya tak tahu..
tak mungkin.

esoknya saya akan adakan sidang akhbar selepas menghadap Agong

haha