Monday, February 25, 2008

Hari Penamaan Calon Yang Kontroversi

Kalau dah perlu dibayar cukai setem, kenapa diumumkan pada disaat akhir? Teluskah begitu? Ada negeri yang hari cutinya Jumaat, terpaksa berkejar sehingga ke Kuala Lumpur untuk mematikan setem. Bijak sungguh strategi SPR untuk memenangkan Be End.

Khairyl Jamaluddin Abu Bakar, permohonan yang kontroversi dari awal. Setakat 9 tahun (mengikut katanya) bergiat dalam politik sudah bermimpi kerusi parlimen. Bagaimana dengan yang berpuluh tahun menjadi orang politik,usahkan kerusi parlimen, kerusi pejabat pun belum tentu dapat diduduki. Yang lebih kontroversi apabila borang pencalonannya di terima biarpun tiada perkataan Bin di dalam borangnya. Yang kemudian di bantah oleh parti PKR. Tetapi SPR dengan begitu senget sekali menolak bantahan itu kerana katanya di dalam IC Khairyl Jamaluddin itu sendiri tidak ada Bin. Wah wah wah, setahu aku..setiap warganegara yang beragama Islam, akan disertakan Bin dan Binti di dalam kad pengenalannya. Anak buluh betongkah Khairyl sehingga tiada Bin dalam IC nya? Sama-sama kita nilaikan.

1. Samada memang anak buluh betong
2. Atau helah SPR untuk membantu Be End
3. Lahir kat luar negara, sebab kalau lahir luar negara, selalunya mereka tak letak Bin or Binti sebab taknak anak mereka kena panggil Bin pula dek kawan-kawan sekolah.

Isu Uncle Samy Vellu juga amat kelakar. Katanya hari lahirnya 8 Mac, kenapa dalam IC nya 20 / Jun pula? Ingatkan artis je tipu-tipu usia. Aisey ....bila pula mau cucuk botox?

Aku tak suka cara Pengerusi SPR jawab soalan. Angkuh semacam. Eksen betul jawab soalan wartawan. Kalau taknak tertekan, pencen awal-awal. Jangan duk sibuk pinda perlembagaan demi menjamin kemenangan Be End.

I heard I heard, banyak betul anggota tentera dan polis ada dua tempat mengundi tahun ni. 1. Undi Pos. 2 Undi mengikut kad pengenalan asal sebelum masuk berkhidmat jadi tentera atau polis. Wah wah wah.. Sistem dah canggih, itupun boleh terlepas pandang ke wahai SPR?






Posted by Picasa

3 comments:

zairulkm@Birm said...

waa..apsal your posting lately asyik belasah KJ je..anyway kena faham stail org M'sia (baca:Melayu) berpolitik..asal masa kempen nih dpt RM100, kain batik sehelai..lupa terus segala kesengsaraan di bawah BN..tetap setia mengundi parti yang sama. Peh tu bila minyak naik lagi pas election nih (confirm!)..terus bising2...

kena belajar stail org Cina berpoltik...di setengah kawasan mereka pangkah calon BN (cth Perak-Kampar) kawasan lain mereka undi pembangkang (Perak - Batu Gajah)..baru ada check and balance...opposition nih komponen penting dalam demokrasi..kalu kat UK nih..suara opposition cukup dihormati oleh pemerintah Labour..M'sia tang part teknologi semuanya mencontohi UK/US..tp part demokrasi tak nak ikut pulak...

ezza erisa said...

hehehe..bukan menghentam KJ...tapi KJ menghentam dirinya sendiri apabila dengan tanpa perasaan segan silu mengunakan pengaruh mertuanya untuk menjadi orang politik.

beliau boleh menafikan...tetapi bagi yang memandang..alahai..takkan mahu percaya...tambahan dengan kelancangan mulutnya..yang...boleh diibaratkan...lebih kuah dari kawah...hehehe

zuhairy.mustafa said...

KJ tu sndiri terlalu angkuh gayanya...