Thursday, February 14, 2008

Hari Khamis Aku

Orang TM (yang membahasakan diri sebagai Telekom, waktu dia telefon handphone aku dia akan menyebut..’ezza, ni telekom ni’ heheh) telah datang ke pejabat pada hari ini. Ya semalam dia ada telefon, tetapi waktu itu aku sedang berada di dalam kereta mendengar lagu Linkin Park dengan penuh kekuatan. Oh, sudahkah aku maklumkan, yang sebelah pembesar suara kereta aku belah depan telah pecah akibat mendengar lagu Linkin Park itu? Adehh...duit lagi.

Sewaktu dia di dalam bilik server sedang menguji line, aku bercerita kepadanya perihal mamat helpdesk yang menyuruh aku buat msconfig dan berkata LAN led sepatutnya nyala permanent.

Bukan sahaja aku nak tergelak, dia pun dua kali tergelak. Dan terus berkata, ala diaorang bukan tahu apa, diaorang ikut buku manual depan mata je. Pakai belasah je bagi arahan. Kalau pelik-pelik masalah, diaorang pun dah mula mengelabah.

Aku cakap dengan orang telekom itu, setiap kali aku nak buat aduan, aku dah siap-siap uji semua benda yang mungkin, restart server, restart modem, buat direct connection, jadi bila aku telefon aku memang nak buat aduan semata-mata, aku bukan nak dengar apa perlu aku buat pasal aku dah buat semuanya sebelum telefon.

Orang Telekom itu, menukar modem dengan sebuah modem baru, tapi masalah belum selesai, setakat ini dia sudah balik dan cuba tukar port di tempatnya pula kerana tiada masalah di tempat aku. Packet Drops berterusan,tracert yang aku lalukan dalam 30kali, hanya 5 yang pertama sahaja lepas pergi. Yang lain time out.

Ada masalah dengan line. Katanya line drop. Tidaklah pula aku faham. Maka aku menuntut penjelasan, katanya line drop sampai tak mampu nak sokong Streamyx. Itulah penerangan ringkas. Penerangan panjang aku tak minta pula.

0 comments: